South Korea Winter Trip 2015 : Day 4 (Part I) ~ Gwanghwamu Square & Gyeongbokgung Palace, Seoul

Friday, February 12, 2016

South Korea Winter Trip 2015 : Day 3 ~ Han River Guesthouse, Seoul (Review)

Terus terang, group kali ini memang santai habis pergerakannya. Suka hati nak keluar pukul berapa; sangat berbeza dengan 2 trip saya ke Korea sebelum ini. Hari ini memasing bagi cadangan untuk keluar selepas solat Zohor, penat katanya. Saya pun takdelah nak bising-bising, layan ajelah. Kesian juga melihatkan keadaan mereka. Jadinya, plan awal pagi untuk ke Ihwa-Dong Mural Village terpaksalah dibatalkan kerana kesuntukan masa.

Destinasi kami hari ini adalah Gwanghwamu Square, Gyoengbokgung Palace dan Bukchon Hanok Village yang berada berdekatan di antara satu sama lain. Dari lokasi ini, seharusnya kami ke Namsan Tower untuk layan sunset tapi dek kerana 'hanyut' seketika di Bukchon Village, saya bagi cadangan untuk ke Namsan Tower di hari berikutnya. Jadinya,  dari village langsung  aje ke Itaewon untuk dinner dan solat di Masjid Seoul.

Gwanghwamu Square

Mapo Station, Line 5 - Gwanghwamun Station, Exit 2


Rasanya semua dah tahu di Gwanghwamun Square ne lah letaknya patung King Sejong dari Dinasti Joseon. Dari pembacaan sana-sini, katanya beliau yang mencipta tulisan hangeul; betul atau tidak kenalah google sendiri ya. Tak berapa nak menghayati suasana di sini sebabnya tetiba muncul sekumpulan warga mainland - fuhh pepaham sendirilah macam mana keadaannya. Hilang terus mood nak menghayati suasana, dah jom kita terus gerak menuju Palace sebelum mereka-mereka ini ke sana pula huhuhu.
Sayup kelihatan patung Admiral Yi Sun-Shin - komandar yang mengetuai peperangan menentang Jepun waktu Dinasti Joseon.
Patung King Sejong dari Dinasti Joseon

Gyeongbokgung Palace
Jalan sampai ke penghujung Gwanghwamun Square nanti tibalah di gate Gyeongbokgung Palace. Bayaran masuk di sini adalah 3,000 won/person dan ditutup setiap Selasa. Ngam-ngam tiba di sini, ada Charging Guard Ceremony. Serius tak pernah tau pun ada ceremony ini di sini; kiranya rezekilah untuk kawan-kawan yang lain menyaksikan upacara ini hehehe. Saya sendiri memang dilantik menjadi photographer tak bertauliah buat mereka ini, takde sekeping gambar pun yang sempat dirakam. Tak mengapalah, saya pun pernah menyaksikan ceremony yang sama pada trip-trip yang lepas. Takde rasa terkilan pun yang penting mereka happy dan enjoy dengan apa yang disaksikan.

Jom jalan-jalan dalam palace ini.
Main building, tak sempat pun nak jenguk apa ada dalam tu sebab ramai sangat umat.
 Sisi lain main building
Asal nampak tiang merah macam ne terus ingat Lee Min Ho

Entah kenapa saya suka ketenangan yang ada dalam palace ini. Mungkin juga waktu kami di sini, orang tak berapa ramai. Senang nak layan dan sentuh perasaan sendiri hehehe. Apa yang pasti, banyak kali terserempak dengan pelancong dari Malaysia dan Indonesia dan macam biasalah lebih rela tegur orang luar dari tegur warga sendiri; lebih berbaloi gitu walaupun sekadar berbalas senyuman. 
Suka reflection yang ada
Angin dah start bertiup kenyang waktu ini, Grrrrr tak tahan, sejuk!!!
 Muzium - layan dari luar je malas nak masuk. Di sini kami juga satu family sedang bergaduh anak-beranak. Paling sadis, warga kita tu. Dok bergaduh kakak menghilangkan diri entah ke mana. Macam-macam hal. Kot ye pun nak bergaduh, carilah tempat tersorok sikit dan perlahankanlah suara tu. Ini tidak satu taman boleh dengar suaranya huhuhu.

Puas pusing-pusing palace kami ambil keputusan untuk jalan kaki ke Bukchon Hanok Village. Tak jauh mana pun, dalam 10 minit berjalan dari Palace.
Muzium berkenaan dgn art juga ini. Tak singgah pun, malas hehehe.
 Jalan yang lenggang. Kalau dalam palace tengok family gaduh hah kat tepi jalan ne pula sempat layan k-drama free dari satu couple ne. Sakan derang gaduh, nyaris tak kena tumbuk je makwenya *penyibuk sungguh aih hehehe

* bersambung

You Might Also Like

12 comments

  1. Kami tak sempat nak ke istana tu sbb balik dari nami salah naik tren. kelako rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya selalu confuse dengan palace yang ada di sekitar seoul ini, kay..tak taulah kenapa, otak tak boleh nak ingat perbezaannya hehehe

      Delete
  2. Apsal tempat-tempat ni lawa lain macam pada gambar Zilla... jeles!

    ReplyDelete
    Replies
    1. err tak taulah kay..rasa macam biasa je gmbr2 tu huhuhu

      Delete
  3. Dah 2 kali gi istana ni...tapi mesti penuh dengan manusia
    huhuhuhu especially pelancong dari China

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya kat seoul tu takde tmpt yang takde pengunjung..semua sisi padat huhuhu

      Delete
  4. Agaknya ni mesti bangun tido tak mandi terus jalan sebab tu banyak jumpa orang gaduh..ha..ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. derang yang tak mandi tu nekcik, bukan saya hehehe..

      Delete
  5. baca entry ni buat rse xsabar nk ke korea mei nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh, ke korea kita ekk? gud luck tau dan jgn lupa bawa minyak urut hehehe

      Delete

Subscribe