10D 9N Thailand Trip : Persediaan Awal

Friday, March 25, 2016


Susulan dari entry saya JOM : THAILAND 2015, dari mencari 10 orang peserta menjadi 17 orang kesemuanya. Paling menarik kesemuanya perempuan; sekali lihat dah macam rombongan Kak Kiah ke Thailanda lah pula hehehe. Apa pun, walaupun ada 17 kepala dengan 17 ragam yang berbeza tapi semuanya ngam. Kiranya saya memang enjoy sepanjang 10 hari dengan mereka ini. Bab-bab sentap-menyentap tu biasalah, tak perlu difikirkan sangat mau spoil mood dibuatnya. Apa pun, terima kasih banyak-banyak buat semua yang sudi follow trip ini. Siap berteman rapat dah kami sekarang ini.

a) Itinerary
Ini part yang paling, paling, paling dan paling mencabar minda saya sebagai ketua rombongan. Itinerary sentiasa berubah hinggalah di hari kejadian untuk disesuaikan dengan keadaan semasa dan atas nasihat guide merangkap driver kami. 

Day 1 : 17 - 18.12.2015
KL - Hatyai by bus
Check in Louise Guesthouse, Hatyai 
Sightseeing around Hatyai
Hatyai - Bangkok with Lion Air Thai

Day 2 : 19.12.2015
Sunflower field, Lopburi
Pasak Jolasid Dam
Sunset at Khao Kho
Camping di Khao Kho

Day 3 : 20.12.2015
Sunrise at Khao Kho
Sri Dit Waterfall
Camping at Thung Salaeng Luang

Day 4 : 21.12.2015
Sunrise tour at Thung Salaeng Luang
Route 12 Highway Cafe (Phitsanulok - Lom Sak Route)
Camping at Phu Tab Berk

Day 5 : 22.12.2015
Free & easy at Phu Tab Berk
Phu Tab Berk to Kumphawapi (8 hours)
Check in guesthouse at Kumphawapi

Day 6 : 23.12.2015
Red Lotus at Kumphawapi
Drive to Khao Yai (5 1/2 hours)
Jim Thompson Farm
Check in guesthouse at Khao Yai

Day 7 : 24.12.2015
Piazza Palio
Toscana Valley
Flora Park, Wang Nam Keaw
Faprathan Farm
Khao Yai - Bangkok (2.5 hours)
Check in hostel, Bangkok

Day 8 : 25.12.2015
Day trip to Ayutthaya

Day 9 : 26.12.2015
Chatucak Market
Bangkok to Hatyai by bus (13.5 hours)

Day 10 : 27.12.2015 - 28.12.2015
Hatyai to Kuala Lumpur by bus (15 hours) 

b) Transportation
Trip kali ini memang giler sedikit. Mana taknya semua kami cuba dari bas, train, kapal terbang, minivan hinggalah kepada bot. Dalam 17 orang ini, kami berpecah kepada beberapa group dan kami berkumpul di Don Muang Airport.  Oleh kerana itu, bab transport saya berkongsi cerita berdasarkan kepada pengalaman saya sahaja

i) Bas
Kuala Lumpur - Hatyai
Gara-gara tiket untuk direct flight melampau mahalnya, jadinya saya, Syaza dan Eja ambil keputusan untuk ambil direct bas dari KL ke Hatyai. Untuk bas, saya beli tiket secara online dari website easybook.com
 
Sila print dan bawa ke TBS untuk ditukarkan kepada tiket  

Bangkok - Hatyai
Untuk tiket bas dari Bangkok ke Hatyai pula saya memilih untuk menggunakan service dari 12go.asia. Asalnya nak dapatkan tiket train tapi sold out lah pula, so last option yang ada adalah bas. Sebagai maklumat tambahan berkenaan website 12go ini, mereka ini sebenarnya adalah agent tiket. Jadinya, apa yang terpapar di website mereka (jumlah seat yang available) kadangk-kala tak sama dengan jumlah seat sebenar yang ada. Selepas confirm booking dan buat payment, mereka akan check samada tiket yang kita mahu itu masih ada atau pun tidak. Jika tiada, wang akan dikembalikan. Lagi satu, mereka hanya menerima transaksi menggunakan kad kredit sahaja.
Jangan lupa print dan tukar ke tiket di kaunter 

ii) Flight
Untuk pilihan flight dari Hatyai ke Bangkok kami memilih Lion Air Thai dengan harga tiket 1325 baht/one way. Ini bukan pengalaman pertama saya dengan Lion Air, dah kerap sangat sampai dah terasa selesa dengan service mereka. Sebagai tambahan, luggage 20kg adalah free hehehe. Selamat di situ memandangkan barangan kami boleh tahan banyaknya (terutamanya makanan). 

iii) Minivan 
Untuk makluman, sepanjang trip ini dari hari pertama hingga hari ke-7, kami menyewa kenderaan peribadi dari Siam Van Travel. Oleh kerana kami 17 orang kesemuanya, saya mengambil 2 buah minivan yang mampu memuatkan kami dan barangan yang berlambak banyaknya itu. Harga sewa untuk minivan (10 seat) adalah 5000baht/day dan untuk minivan (7 seat) adalah 4500baht/day dan harga ini sudah termasuk petrol, parking dan upah untuk driver. 

c) Penginapan
Untuk penginapan memang dari awal saya dah maklumkan pada Miss Cherry, wakil dari Siam Van Travel yang kami lebih berminat untuk camping. Jadinya, kami memang walk in aje di hari kejadian untuk melihat dan memilih tapak perkhemahan yang dikehendaki. 
 'Hotel' bertaraf 5 bintang di Tung Salaeng Luang

Manakala di Hatyai, kami sempat lepak di Louise Guesthouse (500m dari train station) untuk beberapa jam dengan harga 350baht/room. Murah gilerkan? hehehe. Oklah tu sekadar nak letak beg, mandi dan solat sementara nak tunggu malam harinya untuk berlepas ke Bangkok. 

Di Bangkok pula (di hari-hari terakhir), kami menginap 2 malam di Orchid Hostel, Silom dengan harga 493baht/person.


d) Lain-lain
Untuk makanan, memang 90% kami bawa dari Malaysia. Ini termasuklah beras, tepung, minyak masak, kicap dan sebagainya. Maklumlah lokasi yang bakal kami singgahi kali ini memang tiada komuniti muslim (kalau ada pun berada di luar kawasan). Jadinya, untuk 17 perut yang perlu di isi, bayangkan sendirilah berapa banyak makanan yang perlu kami angkut siap-siap dari Malaysia. 

Selain dari makanan, kami juga membawa mestin, periuk, pinggan/mangkuk dan beberapa alatan perkhemahan yang lain bagi memudahkan kami. Namun di hari kejadian, ada juga beberapa kali kami meminjam kuali/periuk dari warung/restoran berhampiran. Manakala untuk dapur, kami sewa dapur arang dengan harga 50baht/dapur dan 50baht lagi untuk arang. 

Siapa kata susah nak camping di Thailand? Senang giler, yang penting wangnya harus ada. Untuk khemah dan matress pula kami sewa di setiap lokasi yang kami singgahi. Cuma sleeping bag aje yang kami bawa dari KL. Tak selesa kot nak pakai sleeping bag 'bekas' orang lain, betul tak?

You Might Also Like

8 comments

  1. Bila dah ramai tu bermacam ragam ye Ziela..
    Tak pe yg penting enjoy dan happy kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia kak..tapi yang bestnya semuanya sekepala + giler2..so senang sgt2 nak handle trip kali ini...

      Delete
  2. seronoknya ,saya xpernah merasa tido dlm khemah,insya allah satu hari nanti pasti sy nk ikut trip awk..

    ReplyDelete
  3. aku tak penah camping. one day aku akan ikut ko jugak bcamping. meh kita camping sini nak? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. godaan apakah ini? hahaha

      Jea, aku nak try glamping nanti...nanti kita p sesama ekk :D

      Delete
  4. bestnya, betol, yg penting wangnya harus ada,,haha

    ReplyDelete

Subscribe