South Korea Winter Trip 2015: Day 9 ~ Yeongdodaegyo Bridge & Taejongdae, Busan

Friday, March 11, 2016

South Korea Winter Trip 2015: Day 8 (Part II) ~ Sunset di Oryukdo & Gwangan Bridge, Busan

Hari-hari terakhir, esok dah nak balik ke tanah tumpah darah tercinta. Terngiang-ngiang lirik lagu Berita Dari Rantau "Betapa indahnya negeri orang. Tak seindah tanah tumpah darahku"; rindu dengan ayam masak merah mak, rindu dengan bantal busuk yang ditinggalkan di rumah...

Pagi ini Nana request nak tengok jambatn 'terangkat' berdekatan dengan Jagalchi Market. Jenuhlah kitaorang cari info waktu jambatan tu 'terangkat'. Ada yang kata jam 12.30pm. Tengok Busan travel guide, katanya 2.30pm. Mana satu yang betul ini? Akhirnya kitaorang sepakat untuk try jam 12.30pm. 

Untuk ke Yoengdodaegyo Bridge ini, senang je sebenarnya. Lokasinya betul-betul bersebelahan dengan Lotter Mall, Busan. Keluar dari Exit 8 jalan je 200 meter ke hadapan dah pun sampai.

Daeyeon Station, Line 2 - transfer to Line 1 at Seomyeon Station - Nampo Station, Exit 8
Inilah Yoengdodaegyo Bridge. Jambatan ini akan 'terangkat' bila mana ada kapal yang akan melaluinya.

Tunggu punya tunggu, sampai ke sudah jambatan tak terangkat. Kesian Nana tak dapat nak capture moment tersebut; mungkin dah takde rezeki. Try tanya ahjussi pun kami dimaklumkan info yang sama di mana ianya hanya akan berfungsi bila ada kapal yang cuba melintasinya - begitulah lebih kurang. 
Bot nelayan banyaklah yang melalui kawasan ini..

Seterusnya kami bergerak menuju ke Taejongdae. Nak pergi sini tak susah pun. Berdekatan Yeongdodaegyo Bridge ada bus stop yang mengadap Lotte Mall, so di situ ambil je bas nombor 8 atau 88 terus ke Taejongdae. Tak perlu susah hati nak turun mana sebabnya Taejongdae letaknya di last station.

Dari bus stop ke entrance perlu menapak sikit tapi takdelah jauh mana pun, dalam 5-8 minit je berjalan. Mulanya saya ingat nak jalan kaki je untuk explore Taejongdae ini tapi bila kawan-kawan yang lain dok bersungut tak larat, oklah kita naik tram. Untuk tram bayaran yang dikenakan adalah 2,000 won/person. Dah ada tiket, jangan main belasah je naik tau. Tengok dekat tiket tu, korang punya giliran jam berapa. Nanti mereka akan panggil ikut giliran waktu tu.
Kitaraong punya giliran jam 1.23pm
 Tram yang digunakan untuk mengelilingi Taejongdae.

Ada 5 hentian di sepanjang trek ini dan kami cuma singgah di dua tempat sahaja; tak larat. Di Yeongdo Lighthouse pun saya explore sendirian selepas kawan-kawan yang lain ambil keputusan untuk lepak dibangku yang ada sebab tak larat nak turun/naik tangga. Saya try panjat lighthouse, ternyata gayatnya. Separuh jalan je lepas tu saya ambil keputusan untuk turun dan menapak ke Sinseon Rock. 
Nampak je rendah lighthouse tu, hakikatnya tinggi juga tau.
Inilah Sinseon Rock. Angin di sini kuat giler, melayang dibuatnya. Melihatkan keadaan di sini, emm memang sesuai sangat dijadikan lokasi untuk bunuh diri hehehe.
Awal memang ketar lutut juga nak ke sini tapi minah 2 orang tu ajak saya follow mereka. Ikut ajelah walaupun rasa macam nak melekat je kat dinding batu tu sebab seriau.
Stone waiting for her husband - begitulah nama yang diberikan kepada batu ini hehehe. Apa sejarahnya? Sila google sendiri, saya malas :D
Kesian tunggu suami sampai bertukar jadi batu
Layan ajelah ye...
View dari atas. Agak busy juga di perairan ini


Puas jalan sendirian saya kembali mencari kawan-kawan yang lain. Dari sini kami bergerak ke Gukje Market untuk acara kegemaran kawan-kawan iaitu shopping. Saya lepaskan mereka untuk cuci mata sampai bersih manakala saya sendiri? Emm lepak di balai polis; tumpang heater (nasib tak kena halau) hehehe.

You Might Also Like

4 comments

  1. Uiii zilla turun ke bawah tu..uhh gayaat ler nekcik..mcm nak diterbangkn rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. gayat juga nekcik tapi sebab keinginan nak tgk apa yang ada di bawah, gayat letak tepi huhuhu

      Delete
  2. lengangnya Taejongdae.. Danubi kosong eh.. kami pi manusia merenyut sakan sampai tak dan pun singgah. balik dengan perasaan kuciwa hampeeeh ehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai je sebenarnya cuma tak masuk dalam gambar je hehehe..takpe CT, tu maknanya ada alasan nak merepeat :D

      Delete

Subscribe