Vietnam Trip 2016 : Day 2 (Part III) ~ White & Red Sand Dunes, Mui Ne

Friday, September 30, 2016

Entry sebelumnya Vietnam Trip 2016 : Day 2 (Part II) ~ Fairy Stream & Fishing Village, Mui Ne

Dari fishing village menuju ke White Sand Dunes agak jauh sebenarnya, sekitar 45 minit. Pemandangan sepanjang menuju ke White Sand Dunes sangatlah memukau melalui jalan dipesisiran pantai. Dengan bentuk muka buminya seolah-olah mengimbas kenangan saya di Labuan Bajo dan NZ beberapa tahun yang lalu. Traffic di sini memang lengang giler. Kalau nak sewa kereta atau motor dan pandu sendiri memang takde masalah dengan keadaan jalanraya yang lengang. Cumanya di sini kami terpaksa bersaing jalan dengan lembu. Beberapa kali kenderaan terpaksa berhenti di tengah jalan untuk memberi laluan kepada lembu-lembu yang sedang melintas. Hati-hati, takut dirempuh lembu pula nanti. 
 Jalan di pesisir pantai. Pemandangan yang sangat memukau cumanya satu perkara yang saya perasan, pantai-pantai di sini agak kotor dengan sampah sarap. Sayang sungguh!
Awas lembu melintas

White Sand Dunes
Ini lokasi yang memang saya nantikan. Tengok gambar di internet, giler cantik. Harap-harap keindahannya sama seperti yang saya lihat di internet. Lokasinya agak tersorok; patutlah ada yang tak jumpa jalan masuk di sini. Tiada bayaran masuk dikenakan. Buat kawan-kawan yang malas nak menapak ke padang pasir bolehlah sewa ATV dengan harga VND200,000 (giler mahal). Oleh kerana budget yang terhad, kami berdua ambil keputusan untuk menapak sahaja. Konsepnya, santai menikmati pemandangan. 
 Pintu masuknya. Nanti akan ada yang offer ATV di sini.

Satu perkara yang sangat menyakitkan mata, sampah sarap terutamanya botol air mineral bertaburan di sini. Haih, sayangnya tempat cantik sebegini dihiasi dengan sampah sarap. Apa salahnya bawa keluar sampah sarap tu dan buang di tempat yang sepatutnya. 
Trek awal

Tak mudah sebenarnya berjalan atas pasir. Habis kena kerah tenaga. Cuaca pula memang sangat terik, haih semakin mencungap dibuatnya. Memang ambil masa jugalah nak susun langkah agar tak pancit di tengah jalan. Oh ya, di sini kami diberi masa cuma sejam. Inilah masalahnya kalau ikut tour, semuanya kena ikut masa. Dengan keadaan yang luas, mustahil kami akan dapat explore keseluruhan kawasan ini dalam masa sejam. Kami sepakat untuk berjalan sejauh mungkin dan berpatah balik sebelum tamat waktu yang diberikan. 

Layan gambar.
Waaa cantik!! Pokok-pokok mulai jarang di sini.
Irdhi - disebabkan beliau ne kacak sangat so saya tayang gambar dari belakang ajelah ye ;-) *ampun pak!
Saujana mata memandang luasnya. Kalau kawan-kawan ambil ATV, mereka akan bawa ke lokasi yang berasingan. Kerana itulah kawasan ini bebas dari pengunjung yang lain.
'Puncak' untuk bukit pertama. Semput nak sampai sini hahaha!
Hati-hati duduk sebab takut mengelongsor ke bawah.
Pasirnya yang halus (dah nama pun pasirkan?)

15 minit sebelum waktu yang diberikan tamat kami ambil keputusan untuk berpatah balik. Emm matahari pun dah 'jatuh', jadinya suasana menjadi lebih tenang dan 'syahdu'. Sayang tak dapat nak explore lebih jauh dan kerana itu saya memang pasang niat untuk kembali di sini dan kami siap berangan nak pacak khemah di sini untuk layan milky way (err ada ke orang khemah di sini?). Ada yang nak ikut? Silalah email saya.
Suasana yang syahdu. Tasik yang kelihatan itu adalah White Lake (Lotus Lake)
Matahari semakin 'turun'.. 

Red Sand Dunes
Untuk ke Red Sand Dunes kami perlu berpatah balik ke Mui Ne dan jaraknya memang tak jauh pun dari pekan Mui Ne (sekitar 5km sahaja). Tak susah pun nak cari tempat ni sebabnya lokasinya betul-betul di tepi jalan besar dan mengadap laut. Tiada bayaran masuk dikenakan cumanya di sini keadaannya memang serabut sangat. Maksud saya banyak sangat gangguan terutamanya dari local yang offer papan slide untuk main pasir. Nak sewa atau tidak terserah tapi itulah ramai sangat, jadi terganggu sedikit. Kami diberi masa cuma 20 minit sahaja. Singkat giler masa yang diberi, terus takde mood nak pergi jauh-jauh. Oh ya, di sini katanya tempat paling sesuai nak layan sunset tapi kami berpendapat lebih syok layan di White Sand sebab pengunjung tak ramai. Em, takpelah next time InsyaAllah..
 Waktu ni saya dah kehabisan tenaga untuk panjat ke atas.
Luas kawasannya tapi tak tahulah apa yang menariknya di sini sebab tak sempat pun nak explore.

Tamat masa yang diberi kami bergegas kembali ke pekan Mui Ne dan kami diturunkan di hotel masing-masing. Hari yang panjang, kami dah kebuluran (last makan ada di Saigon malam sebelumnya huhuhu).

* bersambung

You Might Also Like

9 comments

  1. cantiknya..
    tapi kalau panas2 ni akak mmg surrender..
    akak sure boleh pancit sebelum memulakan langkah. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak,

      saya risau juga aritu nak jalan tgh panas membahang tu..takut migrain kononnya tapi bila dah sampai tetengah padang pasir tu mmg lupa diri dibuatnya..migrain ke mana, apa ke mana hehehe

      Delete
  2. sy pernah tengok org slide atas pasir dlm Kshow - Superman Returns tu :D menarik sangat!!

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. superman returns dgn the return of superman, rancangan yang sama ke hanis?

      Delete
  3. nice view! sayang banyak sampah. memang tak suka kalau tourist attractions tak terjaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg menjadi masalanya, sampah tu semua ditinggalkan oleh pengunjung..haih!!huhuhu

      Delete
  4. terimakasih bos tentang infonya dan semoga bermanfaat

    ReplyDelete

Subscribe