India Trip 2016 : Apabila Rs500 dan Rs1000 dah tak laku...

Friday, November 11, 2016

Suasana pagi ini di Axis Bank, Paharganj. Tak taulah dari jam berapa mereka ini beratur. Menarik pagi ini kami (pelancong luar) siap buat satu line khas...

Pengumuman mengenai penghapusan Rs500 dan Rs1000 oleh Perdana Menteri India saya terima melalui teman saya, Irdhi; satu-satunya wartawan tidak berbayar yang setia mengupdate pelbagai berita terkini seluruh dunia kepada saya *ampun Irdhi. Berita itu juga saya terima saat kaki melangkah keluar dari hostel di Manali untuk mencari sarapan sebelum berangkat ke Rohtang Pass. Terkejut dengan berita itu, kawan-kawan yang lain cuba mencari info yang sama dan nah ternyata berita itu benar.

"Mana kami nak cekau note Rs100 untuk semua urusan?"

Rata-rata restoran, hotel, pejabat pos dan kedai-kedai lain di Manali dan di sekitar India mula tidak menerima wang Rs500 mahupun Rs1000 untuk sebarang urus niaga. Giler! Ini benar-benar giler! Bayangkan bagaimana kucar-kacirnya keadaan di sini. Lebih memburukkan keadaan, bank ditutup hingga 11 November 2016 dan hanya beberapa bank sahaja yang beroperasi dan melimitkan seorang hanya dibenarkan untuk menukar wang ke note Rs100 dengan nilai Rs4000 sahaja!

"Macam mana kami nak survive?"

Kami disini cuba mengumpul note Rs100 yang ada ditangan masing-masing dan wang itu kami kongsi untuk membeli makanan. Barangan lain seperti cenderamata dan sebagainya memang jangan haraplah boleh dibeli kecuali kalau korang berjaya memujuk penjual untuk menerima note Rs500 atau Rs1000. Jika tidak, mampu tengok dari jauh ajelah huhuhu..Nasib baiklah sektor pengangkutan awam dibawah kerajaan masih menerima note Rs500 dan Rs1000. Sekurang-kurangnya kami masih berpeluang untuk keluar dari Manali dan kembali ke Delhi. Jika tidak? Haruslah kami bertapa di sini sehingga 11 November 2016.

***

Update untuk hari ini, atm machine still tak boleh pakai. Kalau semalam kami ke bank-bank di sekitar Connaught Place, hari ini kami mencuba nasib di bank sekitar Paharganj. Moga berjayalah transaksi hari ini memandangkan bank beroperasi cuma 1/2 hari sahaja. Last option yang saya nampak sekarang, minta sedara mara di Malaysia untuk transfer wang via western union..Stress, dah 2 hari tak mampu ke mana-mana..

You Might Also Like

10 comments

  1. pengalaman unik selepas terjebak demo semasa kat Thailand dulu... :D

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. syieda,

      huru hara sgt keadaan di sana tau..dgr kata, mungkin keadaan akan stabil after dec ni..so kalau jadi nak ke sana, bersiap sedialah dgn pelbagai kemungkinan

      Delete
  3. Replies
    1. ajla,

      mmg pengalaman yang tak boleh ditukar ganti..ada yang saya jumpa sampai ambil keputusan untuk cancel cuti di India dan on the spot beli tiket flight balik ke negara memasing sebab tak boleh nak survive dengan matawang yang tak laku..masa saya di pejabat pos utk withdraw duit dari western union, local dah start mengamuk dan nak serbu masuk..seram juga time tu takut terperangkap dalam pejabat pos tu nasib sebelum jadi apa2 saya sempat lari keluar dari ambil rickshaw keluar dari kawasan tu dan balik semula ke hostel...

      Delete
  4. Selalu ada tantangan di setiap Perjalanan. Menjadi cerita tersendiri yang sangat menarik untuk dikenang Mbak Zilla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu mas gunadi...bila jadi begini, rasa bersyukur sgt dengan apa yang ada di negara sendiri wpun banyak 'lompang' sana-sini..

      Delete
  5. Baru je sembang ngn colleague dari India semalam pasal isu ni, on the bright side, ni salah satu cari diorg nak fight for corruption dan tau sapa yg simpan black money. Imagine kawan aku cakap, ada yg sampai campak duit2 tu, kat tong sampah, sebab tak mo tukar kat bank, sb takut kena tangkap. But for us yg dtg tempat diorg, bila kena mcm ni, agak sengsara jugak lah kan, gila ke hapa siap ada limit per day utk setiap transaction, tapi kawan aku ckp tu utk cash je, debit card still bleh guna unlimited selagi ada duit dlm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Na,

      until yesterday, orang masih beratur panjang depan bank dan pejabat pos..money changer semua tutup sebab tiada cash begitu juga dgn atm machine tak berfungsi kerana tiada wang..semalam punya keadaan (hingga jam 5pm), keadaan agak 'panas' di sekitar delhi..dari berita yang aku baca semalam katanya keadaan seperti ini akan berterusan hingga disember ini..bukan setakat foreigner, local pun tak bolh nak survive sebab apa pun tak boleh nak buat; ada duit, tapi takde fungsi.mmg susah sgt keadaannya Na..

      Delete

Subscribe