Gili Trawangan, Meno dan Air
Haih, hilang idea dan mood lagi. Sebenarnya dari last week lagi saya try untuk mengarang tetapi entahlah, semuanya terhenti di perenggan pertama lagi..

Pic : Mr Google
Alhamdulillah, saya sudah tiba di sini. Anda, bila lagi?
Penginapan kami di Gili adalah Pondok Bidara Homestay, dengan harga Rp100,000/room. Bilik ok, bersih dan cantik (tetapi wujud masalah lain, nantilah saya ceritakan). Kami ambil 2 bilik untuk 2 malam. Apa yang menariknya homestay ini mengadap ke bukit, so keadaan sangat dingin dan dikelilingi dengan rumah-rumah penduduk tempatan. Jadinya jangan hairanlah kalau memalam buta terdengar bunyi kambing mengembek atau kuda mendengus (erkk) - dah sememangnya kandangnya terletak bersebelahan dengan homestay ini :D. Tetapi jangan risau bersih dari segala bau-bauan.

Bilik dah dapat, solat pun sudah kami terus bersiap untuk snorkeling. Untuk trip ini Rp120,000/person without food. Ya tak apalah, dengan keadaan laut yang bergelora, saya yakin apa yang masuk itulah yang akan keluar semula. Jom layan gambar.
Inilah boat yang kami naiki. Laut agak bergelora time ne, mujur dah telan pil dari awal so agak bertabahlah sepanjang tempoh tersebut :)
'Good Heart Reef' - kami bertiga (saya, ckin dan mir) tak turun pun untuk snorkeling. Bot yang kami naiki - glass bottom boat, jadinya tak perlu nak bersusah payah untuk melihat apa yang ada di dasarnya - semuanya jelas kelihatan.
Nampak tak coralnya??hehehe
Seterusnya kami menuju ke 'turtle reef' di Gili Meno. Alala, saya sangat teruja kerana kelihatan beberapa ekor penyu sedang lepas bebas. Ini pengalaman pertamalah tengok penyu live sebegitu hehehe. Kali ini cuma mereka berdua sahaja yang terjun sedangkan yang lain melihat/mencari-cari kelibat penyu dari permukaan sahaja.Sayangnya, kami tidak dibawa singgah mendarat di Gili Meno sedangkan saya ingin sekali ke sebuah tasik yang terdapat di pulau ini. Ya tak mengapalah, ada alasan untuk repeat :D
Puas di Meno, kami bergerak pula menuju ke Gili Air. Kami singgah di sini, lepak-lepak menikmati pemandangan indah berlatarbelakangkan Gunung Rinjani (lucky, cuaca sangat baik saat itu). Lama lepak di sini, sebab nak tunggu sunset.
Puas di Meno, kami bergerak pula menuju ke Gili Air. Kami singgah di sini, lepak-lepak menikmati pemandangan indah berlatarbelakangkan Gunung Rinjani (lucky, cuaca sangat baik saat itu). Lama lepak di sini, sebab nak tunggu sunset.

