Johor : tak best pun...

Friday, December 09, 2011

Mencilok untuk update blog saat kepala sangat kusut dengan bebanan kerja2 harian. Maaf pada mereka2 yang berkenaan sebab tak reply email2, perlu meneutralkan diri terlebih dahulu sebelum saya merepek yang bukan2...

Saya ke Johor pada 22/11/2011 - 25/11/2011 yang lalu atas urusan kerja. Itu pun setelah berkali2 date diadjust, sat ke depan, sat kebelakang sampai saya sendiri pun pening dan akhirnya 2 @ 3 hari sebelum berangkat big boss bagi kata putus. Time tu lah dok kalut nak cari budget hotel (maklumlah tengah bulan, kena dahulukan duit sendiri huhuhu). Sebenarnya saya memang takde idea berkenaan Johor Bharu dan kawasan sekitarnya. Hotel memang banyak tapi persoalannya tah dekat, tah tidak dengan town. Lihat map memang nampak dekat, hakikatnya tak naklah tertipu huhuhu. Dalam masa yang sama, my friend minta kawannya di Johor untuk tolong survey budget hotel berdekatan dengan Wisma Persekutuan JB dan menara Tabung Haji JB dan akhirnya nahhh, tercampaklah kitaorang di Kozi Hotel, Danga Bay.

Pagi 22hb tu kami bergerak ke JB dengan kereta jabatan (jadinya tak bolehla nak claim transport hehehe). Hampir 3.++pm jugalah sampai sebab menyinggah ke Pontian dan sesat di sana-sini. Letih kerana masa banyak dihabiskan dengan membuta (aktiviti wajib).

Dah nama pun budget hotel, apalah yang boleh kita harapkan, betul tak? Saya berdua with my boss, share deluxe room dengan rate RM120.00 (gov. rate). Murah sangatlah tu, bukan nak berlepak 24jam dalam bilik pun ehehe, p sana pun kerana kerja jadinya masa akan dihabiskan di opis. Melangkah masuk ke dalam bilik, wowww, hebat hehehe. Namanya budget hotel tapi keadaannya selesa sangat-sangat, semua lengkap tak seperti *tut* hotel yg serba-serbi perlu dibayar ;-) Dengan tv 32', memang wow lah (tapi sayang channel tak best langsung heheh). Berkubang sat ataih katil sementara menungggu hujan reda untuk mencari makan.

Rata-rata yang turun ke JB kali ini memang 'buta' mengenai town ini. Nak makan pun tak tahu nak cari kat mana memandangkan banyak restoran yang tidak menjalankan operasi sempena Hari Keputeraan Sultan Johor pada 22hb itu. Malas nak pening-peningkan kepala kami singgah aje di Danga Bay yang terletak berdekatan dengan hotel. Huih, lainnya suasana tidak seperti 3 tahun lepas. Tak meriahnya, rupa-rupanya Danga Bay dah pun menjadi Danga Bay Marina, cehhhh sungguh!!! Patutlah tak ramai melayu yang kami jumpa di sini sebabnya isshh sapa2 yang dah ke sana sure tahu kenapa, malas saya nak cerita. Pusing2 kawasan sekitar, ada fun fair; saya dan my boss lepak kat situ; err mengabiskan duit di situ melayan frust hehehe...

Puas menghabiskan duit, kami berpatah balik ke area hotel, pusing2 sat dan singgah di Sekinchan Ikan Bakar. Owhh bukan untuk makan ikan bakar tapi untuk tapau nasi lemak, lapar sementara saya pula ke 7E yang terletak di Tune Hotel, JB untuk mencari roti dan kudapan yang lain. Susahnyalah nak cari makan huhuhu.

3 malam di sana, dunia hanyalah hotel-opis-hotel. Tapi ada satu tempat makan best yang terletak di antara Wisma Persekutuan dan wisma Tabung Haji, JB. Orang di sana panggil warung batu. Makanan yang dihidang nampak macam tak menari tapi rasa mantap. Sempat rasa ABC coklat extra, uihh bestlah!! Semangkuk licin dihabiskan tanpa sedar :D. Kalau nak makan seafood best pula boleh try di gerai Selat Tebrau yang terletak dalam 10 minit dari hotel, odw ke wisma persekutuan. Tapi malam ajelah, siang saya tak tahu derang buka atau pun tidak. Try ais jelly, heaven!! hehehe.

Tak banyak pic yang berjaya saya snap kerana kamera-kamera saya rosak akibat hujan. Nak nangis pun tak guna sebab benda dah jadi. Saya rasa pada sapa2 yang biasa ke hulu dan ke hilir mesti terasa seperti ada yang tak kena bila tiada kamera disisikan? Itulah yang saya rasa hingga ke saat ini kerana kamera-kamera saya masih belum siap dibaiki :-( Owhh ok, masa untuk kembali ke dunia nyata, jumpa lagi di next entry (trip atas awan)







*gambar diambil guna compact camera aje...
**jgn pula yang ada salah mentafsir tajuk entry saya ini..tak best sebab p ataih sebab keje + tak sempat pun nak pusing2 town :P

You Might Also Like

9 comments

  1. Oh Kozi Hotel ni adalah hootel wajib saya kalo tersesat ke Johor mau pun singapore. Single rum dalam 80 je kan... Hehehehe

    ReplyDelete
  2. area opis gomen mmg x de yg menarik sangat kot heheh... tapi klu jenis yg suka snappy gambar, nape x amek kat kawasana muzium di raja dan taman bunga bhadapan ngan wisma persekutuan tu..

    klu ada transport leh gi area iskandar (like putrajaya...)
    maybe next yr leh g Legoland (like USS kat area situ) ;-)

    ReplyDelete
  3. area danga bay mmg dah 'mati'..dorang ada new plan untuk bangunkan kawasan tu..kalao kawan-kawan datang JB skang, i also donno mana nak bwak dorg,,kat JB ni banyak shoping malllllllll jek..elok beno la ngan simbol nya as "bandaraya beli belah".:p

    ReplyDelete
  4. awat tak gi premium factory outlet? lerr....

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas infonya. Tak tahu sangat accomodation di kawasan JB, sebab selalu pun gi site Pasir Gudang & bermalam di sana.

    ReplyDelete
  6. Janggel, Kozi memang 'kozi'lah ehehe..selesa,cuma sedikit jauh utk ke pusat bandar, kena ada transport...

    Ako, sebab p ngan bos tak boleh nak menyinggah wpun hati nak sgt2 menyinggah..kebtulan time tu hari keputeraan sultan johor, ceria sgt suasana keliling..tapi takpelah, dah takde rezeki...

    yantie, frustlah dgn danga bay..dulu sikit punya happening kat situ, kan? saya tanya bdk2 kat opis tu mana nak beli ole2, semua pakat tak tahu..haih, rugilah..gomen johor patut buat sesuatulah...

    lily, tak p pun..takat singgah the zone..biasalah kalau jalan2 ataih tiket keje ne memang susah sikit nak bergerak..kalau yang p baya2 kita syok jugalah nak rdah mana2, ne p ngan mak2 *opssss..kejenya membuter ajelah huhuhu

    Azizan, ya..tapi saya lebih suka dok kat jb sentral..boleh jalan kaki aje utk lihat kawasan sekliling...

    ReplyDelete
  7. Berkunjung ,saya dari Johor =)

    http://www.ubaidullahjaafar.my/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri-johor.html

    ReplyDelete
  8. Kozi hotel tu ada provide iron x utk customer?

    ReplyDelete
  9. idok le best mana pun Johor tu. nak cari makan pun payah.

    ReplyDelete

Subscribe