Trans Java 2012 : Part VI (Day 5)

Friday, May 18, 2012

2.05.2012 : Jogja (Punthuk Setumbu - Borobudur - Kaliurang - Prambanan - Ratu Boko)


Macam laju sangat pula saya update tetapi oklah kot memandangkan saya sangat stress saat ini huhuhu.

Hari baru bermula seawal 3.30am. Hari ini kami akan keluar kota untuk menikmati dan menerokai keindahan Jawa Tengah dari sudut yang berbeza pula dengan menggunakan khidmat supir. Walaupun Borobudur dan Kaliurang telah pun saya singgahi last year tetapi kali ini saya hadir dengan teman yang berbeza jadinya tidak salah kalau saya memasukkan kedua tempat ini di dalam itinerary saya - pengalaman pasti berbeza.

Cara saya mungkin sedikit berbeza dengan teman-teman yang lain. Serius, saya tak suka menggunakan khidmat supir yang memang sudah 'ternama' atau 'ada nama' di Malaysia ini. Alasan utama saya adalah harga. Pada saya, biarlah; saya lebih suka mengambil risiko. Selain dari itu, saya lebih suka menyediakan itinerary saya sendiri. Dari beberapa orang yang saya email hanya seorang ini sahajalah yang sanggup follow itinerary saya dan offer harga yang agak berpatutan. Untuk service ke tempat-tempat tersebut, kami perlu membayar Rp870,000/2 person including entrance fees for Borobudur (Rp135,000/person) and Prambanan (Rp117,000/person). Owhh harga ini tidak termasuk parking ya.

1. Punthuk Setumbu
Destinasi pertama kami adalah Bukit Punthuk Setumbu yang terletak di di desa Karangbejo, Magelang, Jawa Tengah, 2km dari Candi Borobudur. Kami tiba di sini sekitar jam 4.30am. Cuaca sangat baik, di langit penuh dengan bintang-bintang. Kewujudan tempat ini saya perolehi hasil dari blogwalking di blog-blog backpacker Indonesia. Bermula dari situ saya sudah pun memasang impian dan Alhamdulillah, saya sangat teruja dengan apa yang saya lihat.  Untuk sampai ke puncak, kami perlu mendaki sekitar 1km meredah kegelapan - sila bawa lampu ye, kalau tidak, jadi macam kami; selut ke apa ke semua kami redah (sebab tak nampak huhuh). Oh ya, Rp5,000 dikenakan untuk parking dan bayaran masuk Rp50,000/person (dapatlah kopi secawan).

Jom layan pics...

 Di kiri adalah Gunung Merbabu manakala di kanan adalah Gunung Merapi yang meletus pada tahun 2010.
Ini antara pengalaman yang tidak akan saya lupakan seumur hidup.Subhanallah, tidak ada kata-kata yang mampu saya lafazkan..

Subhanallah, indah sangat-sangat. Syukur cuaca juga baik di saat ini. 

Seperti hamparan lukisan. Jarak antara bukit ini dengan candi Borobudur lebih kurang 2km.

Inilah candi Borobudur dari Punthuk Setumbu.

 

Kami agak bernasib baik kerana terdapat tidak kurang 15 orang pengunjung bersama-sama kami. Jadinya, kami tidak perlu berebut-rebut untuk mengambil gambar. Menara tinjau yang disediakan juga dimonopoli sepenuhnya oleh kami berdua.


2. Candi Borobudur
Sekitar jam 6.30am kami menuju ke Candi Borobudur. Seperti biasalah, takde maknanya nak mengaku sebagai local people semata-mata untuk mendapatkan tiket murah. Bayaran masuk masih lagi sama Rp135,000/person - free minuman. Tak payahlah citer lebih-lebih ya, keadaannya masih sama seperti tahun lepas.

Pic ini saya snap dari dalam kereta. Suka view ini, sangat tenang, dalam perjalanan menuju Borobudur

Gunung Merapi dari candi. Cuaca nampak baguskan? Tetapi sayangnya bila kami ke Kaliurang untuk melihat puncak merapi, kabus bukan main tebal. Apa pun tak nampak huhuhu. Merapi juga salah satu tempat yang bagus untuk melihat sunrise.


Tahun lepas, kawasan ini ditutup kepada pelancong...

Sekitar jam 7.00am tetapi sangat panas terik

 
Saya tak banyak bergerak pun di sini. Lepak di satu sudut sambil membuat nota. Saya biarkan Anhar menikmati keindahan candi ini sendirian. Di sini, kami sempat berkenalan dengan salah seorang petugas yang ada. Paling menarik beliau menceritakan spot terbaik untuk melihat sunrise yang jarang diterokai oleh pengunjung. I'Allah coming soon akan kembali untuk menerokai tempat baru...

3. Kaliurang
Tak tahu nak cerita apa mengenai tempat ini. Keadaan memang dah jauh berbeza seperti tahun lepas; tumbuhan sudah kembali menghijau. Rp3,000/person dikenakan dan Rp5,000 untuk parking. Di sini disediakan perkhidmatan untuk menyewa motor untuk pusing-pusing kawasan sekitar atau pun ambil ojek ataupun menapak hingga ke tapak rumah Mbak Maridja. Saya ada share pengalaman saya mengenainya di sini  -> Transjava 2011

Saya singgah di kawasan yang sama saya singgahi last year untuk membuat perbandingan. Emm, masih sama cuma lalang dan semak yang menjadi penghuni.

Tasyha, masih ingat tempat nie - dah jadi sesi mengimbas memori lama ne hehehe

Semuanya dikumpulkan di bekas tapak rumah Mbak...

          
Sebelah surau Al-Amin (kalau tak silap saya namanya), telah dibangunkan menjadi tapak semaian bungaan tetapi sayangnya tidak terurus.

*bersambung

You Might Also Like

20 comments

  1. Cantikkkk!!!

    Gambar ke-5..fuhh..kabus tu macam salji jek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq, niL..

      tu baru pic niL, kalau berada di tempat kejadian lagilah..terkaku seketika dibuatnya..indah sangat2..

      Delete
  2. Replies
    1. Rayyan, jadi apa tunggu lagi..cepat rembat tix hahaha!!

      Delete
  3. Mane la aku boleh lupe cheq.. kenangan tu.. hahhaaa..

    p/s: kalo la aku boleh join kan bagus.. huhuhuhuhuhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bagus2.mujur nyawa tak melayang aje saat tukan? huhuhu

      *ayat itulah yang aku ckp kat Anhar :P

      Delete
  4. Gambo yang superb.. lagi2 sunrise.. aku jeles + menci.. hhahhaa..

    p/s: jum la g kg aku.. boleh amik gambaq sawah puas2.. mau ka? hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan jeles, jangan menci..tak baik utk kesihatan hehehe...
      Kata nak repeatkan? I'Allah nanti aku bawa korang ke tempat lagi best utk lihat sunrise; Magelang - Dieng - Semarang - Pangandaran, I'Allah..

      *nak2..bukan utk ambik gambaq je tapi mau berkhubang teguih dalam bendang, boleh? hehehe

      Delete
  5. salam kenal..

    all the pictures are great...awesome..

    ReplyDelete
  6. Subhanallah... bagus nian pic nya...

    ReplyDelete
  7. Nice photos as usual. Sunrise di Punthuk Setumbu tu memang mengancam. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niza, sangat mengancam..

      *jom ke jogja pula hehehe

      Delete
  8. woahh...jadi rindu dengan Gunung Merapi! rasa mau repeat jee.. LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mahu repeat, maklumkan pada saya ye hehehe..maybe kita bisa bergabung,langsung ke gunungkidul;bermalam di gunung api purba...aduhhh pangen ke sana :D

      Delete
  9. Slm zila. nk no supir zila guna utk jogja boleh ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam siti..

      Email me, pls..saya forward thru email..actually saya lost contact dgn supir tu tetapi saya ada kenal beberapa orang supir..so nanti siti boleh email/sms derang utk dapatkan best price..

      Delete

Subscribe