Day 11 : Hello Bali...

Friday, November 15, 2013

21.09.2013 : Labuan Bajo - Bali

Previous entry di sini -> Day 10

Hari terakhir di Labuan Bajo *sob..sobbbb...sobbbbb..

Flight menuju ke Bali dijangka berlepas jam 10.50am. Jadinya masa yang ada kami habiskan dengan bersiar-siar di pekan Labuan Bajo yang tidaklah sebesar mana itu. Bab breakfast, kami diberikan kopi/teh dan sebiji donut oleh pihak hotel. Jadilah untuk mengalas perut.

 
Inilah keadaan bilik di Komodo Indah. Berbaloilah dengan harganya Rp150,000/night. Bersih dan selesa cuma yang tak best, bekalan air sat ada, sat lagi takde. So siap sedialah untuk menadah air penuh2 dalam besen yang disediakan hehehe.

 
Inilah suasana di pekan Labuan Bajo. 

Apa-apa hal, kami serang post office dululah. Tapi bukan nak pos postcard. Cuma nak beli setem dan minta petugas pejabat pos cop setem di postcard masing-masing untuk bertukar postcard sesama sendiri. Sayanglah kalau postcard tak sampai sebab cop 'Labuan Bajo' tu sangat bermakna buat kami. Oleh kerana tak nak ambil risiko, itulah yang kami lakukan dan mujur juga petugas tersebut rajin je melayan kerenah kami. Selesai semuanya, kami bergerak untuk mencari souvenir untuk dibawa pulang ke tanahair. 

Sekitar jam 10.00am, kami bergerak menuju ke bandara dengan mobil yang dicarikan oleh mama dengan harga Rp100,000. Agak mahal sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan jarak yang hanya 2km sahaja tetapi hentam sajalah, ia tak?

Selamat tinggal Labuan Bajo. Tempat ini terlalu istimewa di hati saya...


Labuan Bajo dari udara
Sebahagian daripada view Taman Nasional Komodo.
 Masih di TMK.

Kami tiba di Ngurah Rai 1 1/2jam kemudian dengan disambut oleh supir. Emm, saya malas nak cerita panjang tentang supir ini. Service sangat ampehhh, tanya apa aje jawapannya semua tak tahu. Emm, rasa nak hempuk aje dengan lesung batu tiap kali perkataan tak tahu keluar dari mulutnya. Gara-gara supir yang ampeh, mood semua orang turut terjejas. 

Kami singgah di restoran tak tahu apa nama. Yang pasti di sini semua tulang-temulang boleh dimakan. Dari situ kami bergerak menuju ke Tune Hotel, Kuta untuk check in dan terus berangkat menuju ke Tanah Lot (bayaran masuk Rp30,000) untuk melihat sunset. 

Awan agak tebal petang tu tapi apa yang sempat disaksikan kira dah beruntung sangat...

Muntah-muntah.

Elok aje keluar dari KFC, badan mula rasa tak enak. Makan ubat tolak angin, makin parah jadinya. Mujur sempat tiba di hotel. Start dari situ, kerja memang dok mengulang ke toilet untuk muntah. Oleh kerana, keadaan tak juga ok saya tarik dari untuk ke Lovina awal paginya. Telan panadol dan pengsan hingga ke pagi.

zzzzzzzzzzzzzzzzz
*bersambung utk hari terakhir.

You Might Also Like

18 comments

  1. Replies
    1. Alhamdulillah, kak..kalau saya kata tak seronok, tipulahkan?eheheh...ikut hati nak je berhenti keje dan jalan2 tarus :D

      Delete
  2. zilla memang pandai ambil gambar...semuanya cantik walaupun sekadar pekan koboi biasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ms.smile..nak kata pandai tu takdelah..biasa2 aje...

      Delete
  3. Cantik la semua gambar2 zila..bole ajar setting camera tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih syieda...saya pakai nikon...biasanya saya pakai A sebab lebih mudah dari M...Kalau guna M, byk kena pikir hehehe...kalau lupa nak adjust habis gerhana semua gambar...kalau A, tinggal nak adjust beberapa perkara aje...emm, tak tau macam mana nak citer detail..kalau depan mata, bolehlah nak citer panjang lebar...apa pun satu petua penting yang saya dapat dari Ijam, senyum tiap kali nak ambil gambar..nanti, gambar kita juga akan trut 'tersenyum'...

      Delete
  4. Cantik sungguh laa gambar pulau tu...teringin nak pergi tp mcm tak berapa gigih je nak kena tido atas bot semua tu + seram betul jumpa biawak komodo tu....hehehe tp mmg sgt2 cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. trylah DJ..sesekali kita perlu keluar dari kebiasaan dan percayalah, pengalamannya sangat luar biasa..bermalam atas bot di tengah lautan buat kita rasa kerdil..kalau tak nak jumpa komodo, tak payahlah jumpa hehehe..kat pulau kalong, pagi2 boleh layan dolphin...trylah ;-)

      Delete
  5. hey..dah lama tak singgah sini. btw, cantik gila gambar laut from airplane tu!!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hey awak..nape tukar link blog??sampai ati tak bgth huhuhu

      Delete
  6. Cantiknya pemandangan dari udara tu... memukau. air biru.. gugusan kepulauan... ish.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lucky, cuaca pun bagus..kalau tidak sure tak dapat view yg macam tu...

      Delete
  7. Cantiknya Taman Nasional Komodo itu dari atas kapalterbang.

    ReplyDelete
  8. Salam Zila.. nak tanya sikit boleh? Masa u dlm flight, u duduk kiri ke kanan utk dpt view yg cantik ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emm, untuk view ini saya dapat seat belah kiri..kalau dari bali-labuan bajo pula make sure dok belah kiri juga sebab nanti boleh dapat tgk puncak rinjani dan lake segara anak...

      Delete

Subscribe