Journey to heaven 2014 (Day 8) : Melbourne - KL

Thursday, October 30, 2014

08.09.2014 : Melbourne - KL

Tak berapa lena nak tidur. Sat-sat terjaga sebab terlalu sejuk dan perut yang memulas huhuhu. Sekitar jam 3.00am, dah tak koser nak layan mata saya keluarkan towel dan pakaian bersih dan terus ke toilet untuk mandi. Mujurlah toilet di Tullmarine ada sediakan shower, dapatlah bersihkan diri.
Saki-baki duit yang ada saya habiskan pada machine ne. Jadilah, ole-ole untuk diri sendiri dari Melbourne hehehe!

Sekitar jam 6.++am, AAX buka kaunter dan terus check in dan sekitar jam 9.45am, saya terbang kembali ke tanah air.
Gambar terakhir di bumi OZ..
Ini di ruang udara Lombok. Puncak yang sayup kelihatan, itulah Gunung Rinjani.

Alhamdulillah, 9 hari yang membahagiakan. Walau sekejap sangat di Melbourne entah kenapa saya tak begitu tertarik dengan kota ini. Untuk NZ, Insyallah dah pasang impian nak kembali lagi.

Kalau orang tanya apa yang saya dapat sepanjang trip ini, sebenarnya banyak yang saya pelajari. Saya banyak berfikir ke mana arah hidup saya. Apa yang berlaku di Mt.Cook, banyak beri kesan pada saya. Malu dengan diri sendiri. Malu pada teman-teman. Saya ambil apa yang berlaku sebagai satu cabaran untuk upgrade diri. Buat mereka, terima kasih banyak untuk semangat yang tak pernah surut kalian berikan. 

Kejadian Pak Long saya meninggal dan sms hanya saya terima 2 hari selepas beliau dikebumikan turut beri kesan pada diri saya. Serius memang teruk saya kena hentam dengan family sebab tidak pulang untuk melihat jenazah tapi apa yang boleh saya lakukan? Saya diajukan satu soalan yang membuatkan saya terdiam "..mujur Pak Long..kalau mak atau ayah yang pergi, macam mana?..". Terkaku bila diajukan persoalan tersebut. Tak dapat saya bayangkan kalau ianya benar-benar berlaku tatkala saya sedang berjimba-jimba di tempat orang. Kadangkala kita 'lupa diri' dengan apa yang kita perolehi saat ini. Megah dapat travel ke sana-sini (pinjam ayat mak) tapi hakikatnya dalam tak sedar kita terlupa tentang  'ikatan' yang ada di sekeliling kita. Tanggungjawab kita..

* lepas ini, memang kena perlahankan rentak...
** untuk full itinerary dan budget saya akan detailkan kemudian...

You Might Also Like

21 comments

  1. Aduh.. terkesan jugak dengan kata2 family Zilla..
    Saya pun kena slowkan jugak aktiviti berjalan lepas kena basuh banyak kali oleh family..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkesan sgt LD..banjir dgn air mata dok bayangkan yg bukan2 huhuhu...part kena basuh tu dah biasa sgt LD..takpelah, at least dapat p jejalan 3-4x setahun pun dah ok kot hehehe..

      Delete
  2. Aku pun selalu pk what will happen kalo tengah berjimba ria dioversea tetiba je dapat panggilan tak best dari family ... sebenarnye aku pun baru kene 'basuh' bersih ala2 jetwash kat car wash tu dengan mak aku semalam .... terus rase nak merajuk takmo kluar mesia for the next 10 years hahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dia sampai 10thn nak merajok hahaha..bau berkerak tapak kaki sebab tak dpat nak jalan2 :D...aku selalu je kena tapi kali ini ayat mak aku tu betul2 menusuk jiwa...aku tak rasa yg aku betul2 bersedia...la ne apa yg aku nmpk mmg kena kurangkan aktiviti berjimba ke oversea dan lebihkan aktiviti dalam negara..haih, entahlah hehehe...

      Delete
    2. Sy pun pernah kena tanya soalan direct mcm tu ZIlla..
      Apa kata kalau one of your family member yang pergi time kita tengah berjimba2?

      Terdiam terkaku jap nak jawab..
      Takder jawapan pun...

      Tapi..
      Selang seminggu, search web AirAsia balik..
      Hadoiii!

      Delete
  3. samalah dengan saya zilla, kadang2 happy tak ingat dunia bila kat tempat orang. terkesan jugak dengan kata2 family zilla tu. kadang2 bila nak travel itulah benda selalu dalam fikiran saya, takut apa2 jadi kat family bila kita dok berseronok kat tempat orang.

    kenapa tak tertarik dengan Melben? hehee..saya pulak dok berangan2 nak repeat Melben lagi bila-bila nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. peringatan buat saya tu, dzu...

      melben? entahlah dzu..yg pasti mmg tak kena ngan jiwa *cewah hehehe

      Delete
  4. tak dapat nak lari dari "ikatan"...hmm hanya mampu berdoa yang terbaik sahaja untuk keluarga bila kita keluar negara...
    nz takdak simcard traveller ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai bila2 kita takkan dapat lari dari 'ikatan' itu, kan nana? saya sendiri pun mendoakan yang terbaik..

      *ada kot cuma org mcm saya ne mmg tak ambil kisah pasal simcard sebab mmg tak guna pun huhuhu

      Delete
  5. sentap jugak persoalan yang ditujukan tu zilla, seronok travel, but tak boleh lupa ahli keluarga sendiri, especially mak ayah. maybe boleh buat persediaan kalau something happen, macam aku before ni memang bawak cukup-cukup je bajet, lepas ni memang kena beringat lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orga, sama ajelah kita ne..

      masa pak long saya meninggal tu, mmg kami berada di luar kawasan..masa dpt msg tu, bukan tak nak balik tapi bila fikir balik kos memang tak mampu..kena reschedule flight CHC-Mel dan Mel-KL bukannya murah..tapi tak balik bukan bermaksud kita lupa..hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk arwah...

      Delete
  6. Pernah jugak terfikir soklan yg sama... Tapi... Redha je la... Sebagaimana kita redha jika kita pula yg dijemput oleh NYA saat kita tgh travel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Redha tu pasti, Insyallah cuma persoalannya skarang bagaimana kita nak berhadapan dgn situasi tersebut jika ia benar2 berlaku lebih2 lagi kalau ianya melibatkan saudara terdekat kita..

      Delete
    2. Zila... SS pernah ada pengalaman ilang datuk sendiri masa tengah syok2 travel... Datuk yang paling rapat sejak kecik pulak tu.. SS dapat call pon dah lewat... Memang rasa pahit time tu... Hanya sempat sampai kat tanah kubur aje... Datuk dah di kebumi... Tak sempat nak tengok dia buat kali terakhir... Tapi... SS bernasib baik masa tu... Family tak marah... Nak buat macamana kan... Mende dah jadi... Yang pergi cuma jasad... Doalah utk rohnye...

      Delete
  7. Ajal maut di tangan Tuhan Zila. Kita tak tahu bila dia datang. Tapi aku faham. orang tua selalu guna senjata yang sama kalau kebetulannya kita hilang waktu tu. Aku pun selalu kena.. setakat ni sebab umrah pun belum buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...jom kita sama2 doa untuk pengakhiran yang baik2...

      Delete
  8. aaa... tamaula sedih2.. jadikan pengajaran n think positif je k.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sedihlah luna...tengah gelak guling2 ne hehehe

      Delete
  9. Zilla. Saya pun ada pengalaman sebegini.. masa tu d korea..2014. Dpt whatsapp dari adik kata nenek dah tenat.. dia mmg da lama sakit on n off kdg ok kdg teruk.. saya agak rapat dgn dia.. sayalah yg selalu bawa dia dpt kn rawatan guna katil ceragem..sbg ikhtiar utk dia sihat.. masa tau tu.. Internet pulak on n off. Saya mmg mengharap wifi free je.. dan bila berjalan mmg x ada internet melainkan tempat tu offer wifi free.

    Mmg sedih.. saya mmg x balik terus sbb complicated nk beli tix baru n x kn nk tinggal member mcm tu je. Dia pn namoak serba salah tgk saya. Masih banyak lg baki hari nk tinggal di korea..

    Di fb pula sepupu2 upload gambar dan video. Alahai. Berbaur rasa. Saya terus stop upload apa2 gambar masa tu.

    Balik tu.. lama baru saya dpt kumpul semangat lalu semula kawasan2 yg saya dan nenek selalu lalu.. lama juga baru saya dpt pujuk hati pegi kubur nenek. Hùu. Alfatihah utk nenek.

    ReplyDelete
  10. Didi,

    Alfatihah untuk arwah nenek..saya faham sgt perasaan tu sebab saya sendiri dah pernah melaluinya :(

    Bak kata org 'pengalaman mendewasakan'..la ne nak travel pun saya susah hati sebab risau apa2 jadi kat rumah..baru2 ne pun saya terpaksa berkejar balik ke Msia sebab dapat tau anak buah masuk hospital; wpun berita tu saya dapat 3 hari selepasnya sebab takde internet connection..

    salah satu sebab kenapa saya tak suka online waktu travel, inilah dia..saya takut dgn sebarang kemungkinan huhuhu...

    ReplyDelete

Subscribe