Mynmar 2015 : Day 5 (Part V) ~ Indein Village, Inle Lake & kembali ke Yangon

Thursday, June 25, 2015


Saya sedikit buntu sebenarnya untuk menghabiskan cerita berkenaan Mynmar ne. Padah terlebih berkemas, akhirnya semua benda entah ke mana saya campak. Buku nota mengenai catatan perjalanan kami di Mynmar juga tak tahulah mana saya simpan; entah-entah dah kena bakar pun. Jadinya, apa yang saya ceritakan disini adalah berdasarkan ingatan 'ingat-ingat-lupa'. 

***

Destinasi terakhir hari ini, Indein Village (yeayyy, lompat bintang!). Sebenarnya, selain dari Indein Village ini ada satu lagi lokasi yang wajib dikunjungi iaitu Sankar Village. Cuma lokasi antara kedua tempat ini bak satu di utara dan satu lagi di selatan. Jadinya, memang tak boleh nak singgah kedua perkampungan ini dalam satu masa sebab jauh. Dari jeti ke Indein Village sahaja dah ambil masa 3jam perjalanan. Kalau nak buat kedua perkampungan ini dalam satu masa, tempat lain memang tak boleh singgah.Nak tak nak, kami perlu memilih salah satu dari 2 tempat ini dan kami setuju untuk singgah di Indein sahaja.

Idea asal, nak singgah di Kakku tapi bila mengenangkan prosedur untuk masuk ke kawasan ini agak renyah, kami batalkan dan gantikan dengan Indein Village. Kenapa Indein Village? Sebenarnya teringat saraan dari forumer di forum Tripadvisor. Kami google gambar tempat ini, memang cantik jadinya apa salahnya mencuba. Stupanya mirip seperti stupa yang kami ingin nak lihat di Kakku, jadinya tak dapat Kakku dapat Indein pun jadilah....

Dari Kayan Tribe Village ke Indein ini dah tak berapa jauh; kira-kira dalam 1.5jam perjalanan. Bila bot dah mula memasuki Indein, sila jangan tidur. Pemandangannya memang sangat memukau. Air sungai di sini berwarna kehijauan; bermakna kawasan ini memang jauh dari pencemaran. Sepanjang laluan bot ini, suasana memang redup sebab banyak pohon besar di kiri-kanan dengan angin yang bertiup sayu; haih, pendek kata kami dah jatuh cintalah dengan kawasan ini.
 Menuju Indein Village ~ beberapa kali kami bertembung dengan kerbau yang sedang berkubang dalam sungai.
 Dah sampai Indein Village. Teruja tengok budak-budak ne berkubang sampai kami nekad nak berendam sama sebelum bergerak pulang.

Macam biasalah, tiada sebarang bayaran masuk dikenakan untuk memasuki perkampungan ini. Cuma satu ajelah, perlunya hormat penduduk tempatan. Senyum pun dah memadai tiap kali berselisih dengan mereka ini, InsyaAllah kehadiran kita di sini akan diterima dengan baik oleh mereka ini. Di sini, kami memang dilepaskan bebas oleh pakcik boatman. Dia ada tunjukkan mana tempat yang wajib kami pergi tapi dalam banyak-banyak hanya satu aje lokasi yang kami singgah. Tak larat nak menapak dalam teriknya cuaca. 
 Tengok airnya, best giler!!
 Bertembung dengan nenek ni yang baru pulang dari mengutip kayu api. Siapa nak ambil gambar boleh tapi lepas tu silalah hulurkan sedikit wang untuknya (memang dia akan minta 'money').

Sedikit info mengenai Indein:
"The village of Indein (also spelt Inn Thein, and meaning ‘shallow lake’) is most famous for its crumbling and atmospheric groups of ancient pagodas, some of which are now being restored (in a perhaps rather too pristine fashion). These include Nyaung Oak, immediately behind the village, with its carvings of mythical creatures, and Shwe Inn Thein Paya, which can be found at the top of a covered stairway leading up the hill; this features many hundreds of densely packed stupas to be explored – both ruined and restored. From Shwe Inthein Paya you can also see some wonderful views across the lake. Inthein village also has a vibrant market". [sumber : goMynmar]
 
Suasana di Indein Village.

Jalan punya jalan, kami tiba di pintu masuk Shwe Inn Dain Pagoda. Lama juga kami di depan  pintu masuk ini tak pasti sama ada mahu masuk atau pun tidak. Dah alang-alang sampai, takkan tak nak masuk, kan? Akhirnya kami sepakat untuk masuk. Kami dikenakan bayaran 500 kyat untuk kamera yang saya sangkut dibahu. Laluan pejalan kaki berbumbung disediakan sepanjang laluan. Kredit untuk itu, kalau tidak mau terbakar kulit menahan terik mentari.  
Sedikit sejarah mengenai Shwe Inn Dain Pagoda. 

Perkataan pertama yang keluar dari mulut kami waktu di Shwe Inn "seram". Pagoda di sini memang banyak yang dah runtuh dan menurut warga tempatan yang kami temui, katanya di sini ada hampir seribu lebih pagoda/stupa yang berselerakan. Oleh kerana banyaknya pagoda ini, tu sebab mereka tak mampu nak perbaiki dan mengekalkan struktur asal pagoda yang ada. Dalam seram-seram tu lama jugalah kami pusing kawasan sekitar sebelum masuk ke kawasan yang lebih dalam.
 Sebahagian ukiran yang masih utuh kedudukannya.
 Keadaan di sekitar pagoda.
 Pokok-pokok mulai menumpang hidup di ata pagoda.
 Ini pula salah satu dari runtuhan pagoda yang ada.

Apa yang saya rasa di sini? 

Kagum dan kecewa bercampur aduk. Kagum dengan betapa luasnya kawasan ini dengan stupa/pagoda yang pelbagai saiz dan bentuk. Kecewa kerana banyak yang dah rosak/runtuh dan sebagainya seolah-olah tidak mendapat pemeliharaan yang sewajarnya. Namun saya sedar, kadangkala wajar ianya dibiarkan kekal sebagaimana keadaan asalnya untuk memastikan keasliaannya terpelihara.....

Oklah, kembali ke cerita asal. 
 
Laluan pejalan kaki yang disediakan.

Kami kembali menapak mengikut laluan penjalan kaki dan akhirnya tiba di penghujung jalan iaitu di Shwe Inn Thein. Tapi, kami tak berniat pun untuk masuk ke dalam pagoda ini walaupun ada yang memberitahu pemandangan dari atas pagoda ini memang jauh lebih menarik kerana kedudukannya yang lebih tinggi. Kami melepaskan lelah seketika di bangku yang disediakan...
Tang ini memang kami teruja, 100 Plus di Indein Village. Siapa yang bawa masuk ke sini? Tiba-tiba rasa nak terbang balik Malaysia, owhh rindunya tanahair.

Puas berehat, kami jalan-jalan kawasan sekitar sekejap sebelum berpatah balik ke jeti.
 Pagoda/stupa di sini memang lebih terjaga dan rasanya masih baru berbanding yang sebelumnya.
 Ini di kawasan berbeza, banyak yang dah runtuh. Kami tak berani nak masuk ke kawasan tersebut sebab terbayangkan 'pak tedung'.
 Mampu zoom aje dari jauh..

Ingat plan awal kami waktu tiba di Indein ini? Hah, inilah masanya. Jom terjun sungai hehehe! Tapi yang terjunnya cuma adik sorang sebab kami berdua tetiba pula malas nak membasahkan diri. Kami hanya duduk di jeti dan rendam kaki ajelah sambil-sambil dok perhatikan adik yang syok berendam. Puas, kami panggil pakcik boatman dan kami berangkat pulang ke pangkal jalan. Perjalanan balik mengambil masa dalam 3 jam jugalah. Sempatlah mandi hujan tengah Inle Lake tu hehehe. 
Tiba di jeti - bila lagi kita akan bertemu kembali...

Kami tiba di jeti tepat jam 3.00pm. Selepas ucap terima kasih pada pakcik boatman untuk service nya yang cemerlang, kami bergegas bergerak kembali ke Zawgi Inn. Kami cuba cari tricycle tapi sampai ke sudah tak jumpa. Penat giler menapak, sambil itu kami sempat singgah di warung untuk tapau nasi putih. 

Tiba di guesthouse, masing-masing ambil peranan masing-masing. Alhamdulillah teman yang seorang dah kembali sembuh walaupun tidak sepenuhnya. Sebenarnya sebelum kami ke Mynmar ne, beliau menjalani pembedahan. Tak sangka pula waktu di Inle Lake ini, tempat yang dibedah tu kembali luka dan berdarah. Mujur jugalah takde perkara serius berlaku padanya, kalau tidak mau cuak juga kami nanti. Settle masak kami terus makan, berkemas dan bersiap. Tepat jam 6.00pm minivan tiba untuk membawa kami ke terminal bas. 

Apa pun, memang terharu dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh pemilik Zawgi Inn. Kami dibenarkan menggunakan salah satu bilik yang ada tanpa sebarang bayaran walaupun sepatutnya kami check out jam 12.00pm. Tepat jam 6.30pm, bas yang kami naiki bergerak meninggalkan Inle Lake. Oleh kerana JJ Express dah pun penuh, kami ambil ajelah mana VIP bus yang ada. Tambang bas kali ini adalah USD22. Perjalanan dijangka mengambil masa sekitar 12jam untuk tiba di Aung Mingalar, Yangon.
 Tak tahulah apa nama company VIP bus ini. Kami book tiket melalui Zawgi Inn.
Dapat ubat gigi, berus gigi, wet tissue dan 2 ketul roti percuma.

* bersambung untuk hari ke 6 di Mynmar

You Might Also Like

4 comments

  1. Makcik kayuapi - terror betul ..sangkut kt bahu or kepala?

    ReplyDelete
  2. oh ini ke nama tempat tu? aku pegi sini, ikut bdk2 korea je, apa pun tak tahu. kami panjat pagoda yg tgi2 tu pastu tgk jauh sana ada lagi kelompok pagoda yg nampak cantik, ada nampak mat saleh menapak ke sana. jumpa ada sorg guide group lain ni cakap kalau nk pegi pagoda sanun tu kena menapak 40 minit. terus tak jd pegi.

    air mmg nampak cetek situ, time aku pegi tu air tgi. nampak kerbau bkubang dah rasa mcm boya je :p

    ReplyDelete
  3. sana klau beli tiket mmng guna USD note ker?.. or it optional ..

    ReplyDelete

Subscribe