Sumut 2015 (V2.0) : Itinerary & Budget

Friday, August 14, 2015

Assalamualaikum

Ada yang kata trip ke Sumatra Utara kali ini kurang mencabar berbanding trip Mac yang lalu. Nak kata tak mencabar, memang saya akui trip kali ini aktivitinya tidak se'lasak' mana namun bab 'sakitnyatuhdisini' memang lebih teruk; rasa nak tanggal tulang-temulang dek kondisi jalannya yang super-duper parahnya. Tu yang sampai je KL terus berbungkus bawah selimut; seminggu demam hehehe. Sampai ada yang bising "tiap kali balik bercuti, kalau tak demam tak sah ke?" hehehe.

Itinerary/Route
Plan asal adalah Medan - Bukit Lawang - Tangkahan - Medan. Namun berubah kepada Medan - Tangkahan - Sibolangit - Medan.

Pening jugalah memikir mana lokasi yang ingin disinggahi sebabnya jarak antara satu tempat memang menguji kekuatan montot dan anggota badan yang lain. Ditambah pula dengan rasa teruja untuk menyiapkan itinerary Korea jadinya untuk Sumut ni saya tak berapa nak fokus sangat, tapi takdelah sampai tak tengok langsung. Setelah beberapa kali berbalas email meminta pandangan dari Yovie dari Jelajah Acsu, akhirnya inilah yang terhasil..

Hari I >> KL - Medan
Check in K77 Guesthouse, Medan
JJCM di Jalan Halat, Medan
*last flight KL - Medan

Hari II >> Medan - Tangkahan
Check in Mega Inn, Tangkahan
Tubing 3km di Sg. Tangkahan
Jungle lunch di air terjun Gelugur
* dari kota Medan ke Tangkahan ambil masa 5 jam perjalanan

Hari III >> Tangkahan - Sibolangit
Trekking & konservasi gajah Sumatera
Hidden waterfall, Tangkahan
Permandian air panas Sidebu Debu, Brastagi
Check in homestay di Kg. Baru, Sibolangit
* Tangkahan ke Sibolangit mengambil masa 4jam perjalanan

Hari IV >> Sibolangit
Trekking ke air terjun Dwi Warna
Sibolangit ke Negeri Suah
Tumpang menginap rumah warga tempatan (Batak Karo)
* Trekking ambil masa lebih kurang 4jam pergi/balik
* Sibolangit ke Negeri Suah berjarak 2jam perjalanan

Hari V >> Negeri Suah - Kuala Namu - KL
Sungai Dua Suhu, Negeri Suah
Semburan Tuah (air terjun), Negeri Suah
Goa Penen
Kuala Namu
* Negeri Suah ke Goa Penen mengambil masa 2jam perjalanan
* Goa Penen ke Kuala Namu mengambil masa lebih kurang 3jam perjalanan

FB : Jelalajah - acsu
Tel : +62819839859

Penginapan
Kali ini memang tak sanggup dah nak duduk dalam bilik 'reban ayam' di Residence Hotel. Cukuplah kot sedekah darah kat nyamuk di situ huhuhu. Kali ini kami memilih untuk tinggalkan di K77 Guesthouse. Walaupun lokasinya terletak di pinggir kota Medan, namun kebersihan dan fasiliti memang terbaik, pendek kata puas hati sangatlah. Yang penting tak terasa macam duduk dalam 'reban ayam' dan lokasi dekat sangatlah dengan Jalan Halat; syurga barangan outdoor dan makanan (sate di sini sedap giler!)

Untuk di Tangkahan, memang sudah termasuk dalam pakej dan diuruskan sepenuhnya oleh Yovie dari Jelajah Acsu. Manakala untuk penginapan di Kampung Baru, Sibolangit kami memilih untuk walk in sahaja. Kenapa? Sebenarnya plan asal nak camping di tapak perkhemahan Sibolangit tapi setelah dimomokkan dengan pelbagai kisah misteri, hantu dan keangkeran kawasan berdekatan tapak perkhemahan tersebut terus saya buat keputusan muktamad, tak nak camping. Takut weiii! Nasiblah banyak penginapan murah di sekitar Kg. Baru, jadinya kami sewa sebiji rumah (2 bilik) dengan harga Rp190,000. Nama pun murah, jadinya jangan berangan bilik berbintang-bintang keadaannya sebabnya keadaan bilik lebih parah dari permukaan bulan. Giler geli nak pijak lantai, siap ada pacat lagi dalam bilik air hahaha! Apa pun, tidur tetap lena dan nasib kami membawa sleeping bag.

K77 Guesthouse Medan 
website : http://k77guesthousemedan.blogspot.com/

Mega Inn, Tangkahan
website : http://www.mega-inn-tangkahan.op-het-web.be/?Welcome

Budget
Untuk makluman, trip kali ini kami masih setia menggunakan khidmat Jelajah Acsu. Dah selesa sangat dengan mereka ini.. Mungkin sebab mereka ne pun gila-gila dan masih muda macam kami, senang nak berurusan.

Pakej adventure Sumut : Rp1.2juta/all in
Penginapan di K77 Guetshouse, Medan : Rp110,000
Pengangkutan dari Kuala Namu ke K77 (Avanza 'sapu') : Rp36,000
Lain-lain (makan/minum/tips) : Rp200,000
Jumlah keseluruhan : ~ Rp1.5juta

*bersambung

You Might Also Like

14 comments

  1. saya antara manusia balik dari bercuti (eventho balik kampung pon) mesti demam. tapi kali ni lain pulak. tak demam langsung. hewhewhew

    -budak kun anta

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebatlah tak demam ekekeke..akak demam sebab berapa hari kot kita bermandi hujan kat sana..tu belum masuk part berendam dalam belerang malam2 buter...balik KL memang semput..tak penah kena macam ne...rasa macam nak gantung tong oksigen ke tengkuk dan bawa ke mana2 heheh...

      Delete
  2. uishhhh...seronok la dier ke korea lagi....hahaha

    ReplyDelete
  3. "reban ayam"..kecik sangat ke?..cannot imagine..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecik tu takpe..saya tak kisah pun...tapi bab kebersihan, reben ayam lagi bersih kot hehehe...pendek kata mmg teruk sgt dah residence, tak macam mula2 saya dok situ huhuhu

      Delete
  4. Sate apa yg sedap itu mbak Zilla ? Sate kambing kah ? Saya suka sate. Dengar ada sate sedap, ngileer deh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sate ayam mas gunadi..sate di jl halat itu mmg terkenal di sana..wajib try kalau ke Medan :D

      Delete
  5. residen hotel tu mcm reban ayam ek, seb baik tak ddk situ dulu..hehe ingt nak murah katanya..

    weh low budget sgt trip nih :0

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah tu mmg murah Jea tapi service teruk giler...lucky sebab lokasinya yang strategik, itu aje...

      low budget sebab ramai.kalau sorang2, nanges gak kot huhuhu

      Delete
  6. Fuhhh ......bestnya.....itu je la yg bole sya kata......

    ReplyDelete
  7. Wah...bravo...tak sabar nak baca cerita zilla..mesti best sebab sampai demam seminggu hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..takde apalah wa...demam sebab merapu sgt aktivitinya :D

      Delete

Subscribe