China Autumn Trip 2015 : Mt Gongga - Hailuogou Glacier Park (Part II)
Layan beberapa pemandangan sekeliling yang sempat saya rakamkan.
Serius, saya jatuh cinta dengan keindahan yang ada di kiri-kanan-depan-belakang saya. Pemandangan seperti inilah yang menjadi igauan saya selama ini. Jauh dari kota, jauh dari teknologi. Snow capped sana-sini. Walaupun tengah mabuk kepayang, gagahkan diri jugalah untuk keluar dari van dan ambil gambar.
Untuk info tambahan, dari Moxi Town ke Kanding mengambil masa sekitar 4 jam perjalanan.

Sebenarnya ada kandang haiwan di sini. Cuma tak pasti samada kandang lembu, kambing atau yak. Seekor pun tak kelihatan petang tu.

Jalan yang zig-zag habis! Sebelum kami tiba di sini sebenarnya kami melalui sebuah tasik.Pemandangan memang cantik giler tau!

Lengang giler! Sesekali aje akan ada kenderaan yang lalu itu pun sebiji dalam satu-satu masa.

Masing-masing melepaskan semua 'rasa' di sini.

Syukur kerana diberi kesempatan untuk melihat dunia 'baru'.

Menuju Kanding.