China Autumn Trip 2015 : Tour Around Zhonglu & Soupo, Jiaju

Tuesday, December 29, 2015

China Autumn Trip 2015 : Mugecuo - Xinduqiao - Tagong - Danba 

Dah lama sangat tertangguh untuk trip China ne. Ampunlah ye. Ke'bz'an tahap melampau kebelakangan ini *alasan biasa hehehe.

Pagi yang berangin gara-gara tak cukup tidur malamnya. Tambah berangin bila driver kami bagi arahan untuk kami gerak sendiri pagi ini. Hampeh! Nak bertekak pun takde guna, buat bertambah spoil mood jadinya kami dengan rela hati ambil keputusan untuk ambil public transport untuk tiket Clock Tower yang famous itu. Baru ura-ura nak bergerak sekali owner guesthouse offer untuk day tour Zhonglu & Soupo dengan harga RMB700. Mahal kot tapi dah alang-alang sampai, pejam mata ajelah huhuhu. Sekurangnya tak payah nak pening kepala pikir mana nak cari local yang sanggup bawa kami sampai ke Zhonglu.

Untuk kawan-kawan yang berhajat untuk singgah ke Zhonglu dan Soupo, silalah telan ubat mabuk dari awal. Bukan apa jalan nak menuju ke perkampungan tersebut memang sangat mendebarkan jiwa lebih-lebih lagi dengan corak pemanduan di sana, waaaaa rasa macam sebelah kaki ne dah melangkah masuk ke dalam keranda. Takut weiii!!! Selain dari itu, sila bawa bekalan makanan kerana makanan halal memang tak nampak bayang di sini. Mau kebulur kalau tak bawa apa-apa.

Untuk tour ini kami singgah di beberapa lokasi. Hajat nak tengok Clock Tower dari dekat tak kesampaian. Bila tengok gambar-gambar di internet rasanya pakcik driver tu tak singgah pun di perkampungan di Zhonglu untuk tower ini. Takpelah, layan ajelah apa yang ada.
Jiaju Tibetan Village, Sinchuan Province. Senibina dan warna yang digunakan untuk 'villa' ini sama aje dan ianya dibuat menggunakan lumpur.
Gunung-ganang menjadi landskap kawasan ini. Terasa sangat kerdil di sini.
Lagi - mana clock tower? huhuhu
Menuju ke..entahlah, tak tahu ke mana. Ikut ajelah mana pakcik driver tu bawa huhuhu
Dasang Tibetan Village - cantik giler pemandangan di sini.
Monastery berdekatan Dasang Village
Teringin nak lalu di atas jambatan ne tapi takut kot..
Takde idea apa nama sungai ne..
 Antara lokasi kegemaran saya.
 Rasa macam nak buat rumah sebiji je kat sini. Suka sangat dengan ketenangan di sini.
Serius, saya lupa apa nama tempat ni. Kami trekking sekejap aje di sini pastu patah balik.
Layan ajelah ye.
Guesthouse ini tapi tak ingat apa namanya. Kami tumpang lepak dan pekena maggi di sini.
 Air panas percuma, minta je nak berapa banyak hehehe

Sekitar jam 3.00pm kami bergerak meninggalkan Danba dan bergerak menuju Mt. Saguniang. Perjalanan mengambil masa sekitar 5jam perjalanan. Esok, memang hari yang ditunggu-tunggu sebabnya kami akan trekking di salah satu trek yang ada di Mt. Saguniang.

You Might Also Like

5 comments

  1. wahhh best nyer..nak kene baca dari entry 1st nie!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. jambatan tu berada di bawah sebenarnya..so kena menapak sikit utk ke sana..malas punya pasal, hanya ambil gambar dari jauh je kak..lepas tu tgk keadaan jambatn tu sendiri pun kurang memberangsangkan, silap hb boleh bolos terus ke sungai dibawahnya :D

      Delete
  3. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Baru baca komen tahun baru Zilla 38th mana tua lagi, depa kata "life began at 40" Macam Pklah ni memang dah tua, tapi tak la tua sangat2. Selamat tahun baru semoga anda sekeluarha di berkatati dan dirahmati. Pklahj. dok tunggu berita ke "SUMUT" March akan datang.Wallahuaklam.

    ReplyDelete

Subscribe