JJCM Hatyai (Part II)

Friday, July 22, 2016

Jom sambung cerita perihal JJCM di Hatyai. Kata nak makan sampai pengsan, kan? Jadinya, mulut ni memang tak henti dari mengunyah dan terus mengunyah sampai perut terasa 'sengkak' (nak bernafas pun rasa sesak hehehe).

Kali ini kami ke Thanon Suphasarnrangsan. Jalan kaki je dari penginapan kami di Louise Guesthouse (300baht/night untuk 3 orang). Apa yang bestnya di Thanon Suphasarnrangsan? Emm, dah tentulah nasi kuning dan ayam gorengnya.
Keaadan di sepanjang Thanon Suphasarnrangsan. Sini memang macam-macam ada dari makanan halal hingga ke buah-buahan dan bunga-bungaan. Kalau jalan sampai ke hujung jalan akan masuk ke kawasan perumahan penduduk tempatan; pengalaman di sini kena kejar dengan beberapa ekor anjing nakal huhuhu

Oleh kerana perut saya yang super-duper kekenyangan, takde hati pun nak rasa nasi kuning dan ayam goreng yang ada. Cuma kawan-kawan aje yang beli itu pun kongsi bertiga. Saya sendiri lebih tertarik dengan ayam goreng yang dijual di warung bertentangan. Bebola ikan, ketam dan sebagainya turut dijual digerai akak ne. Saya beli satu bekas ayam dan rasa, emm memang sedap sungguh! Saya tambah satu bekas lagi manakala yang lain pakat nak cuba ketam goreng yang dijual dengan harga 350baht. Sangat tak mengecewakan dan saya rekeman korang singgah ke gerai ini dan rasa ayam dan ketam goreng tepungnya. 
Gerai jual nasi kuning
Gerai akak ini yang saya maksudkan. Boleh bertutur simple BM.
Macam-macam ada, sila pilih
Wajib try, ayam goreng tepung. Jangan lupa ambil sekali sos cilinya. Sedap giler! Harga, 20baht + 5baht untuk sos.
Bebola dan sosej juga ada dijual
Pulut mangga ini kami beli dengan harga 55baht dari penjual bermotor di hadapan Hotel Lee Garden. Sedap giler, menyesal beli satu.

* bersambung

You Might Also Like

3 comments

  1. Hi Zilla...
    nyum3...bestnye jenjalan cari makan....
    Murahnya Guesthouse kat Hatyai....

    thanks atas sharing story u...menarik.



    p/s: entri terbaru di cik-anne.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam singgah. Memang menarik ya amat makanannya

    ReplyDelete

Subscribe