JJCM : Murtabak Mengkasar (Murtabak Diraja) Pekan, Pahang

Monday, October 17, 2016

Dah lama teringin nak cuba Murtabak Diraja di Pekan tapi tak penahlah berkesempatan. Ini pun singgah sebab nak 'beli jiwa' ayah.

Nak cari lokasi warung Murtabak Diraja ini takdelah sesusah mana sebab lokasinya betul-betul tepi jalan besar di Pekan Bandar Diraja tu hah. Lokasinya berdekatan dengan simpang menuju ke istana Pekan. Kalau tak pasti, on aje waze macam yang kitaorang buat haritu.
Warungnya takdelah sebesar mana pun.

Di sini menunya hanyalah murtabak. Jangan pula p minta nasi ayam atau lain-lain menu memang takde. Murtabaknya pula ada 2 jenis iaitu special (RM9.00) dan murtabak biasa (RM7.00). Dipendekkan cerita kami order 2 keping murtabak special dan sekeping murtabak biasa; tamak gilerr, kan?
Masa penyediaan murtabak dalam 15 minit. Jangan pula ada yang mengamuk kalau tunggu punya tunggu murtabak tak sampai-sampai..

Apa yang pasti murtabaknya memang besar giler dan memang sedap. Nasib datang dengan ayah, so sepinggan murtabak special ayah layan seorang. Antara special dan biasa, saya lebih gemar murtabak biasa. 
Murtabak special - tebal dengan daging, memang sedap!
Paling masyuk bila layan dengan jeruk bawang. Kalau nak kuah kari kena request tau

Wajib singgah kalau ke Pekan!

Alamat :
Murtabak Mengkasar Hj. Din
Kampung Mengkasar, Pekan
Waktu Operasi : Setiap hari dari jam 3.00pm - 12.30am 

You Might Also Like

5 comments

  1. Tengok gambar pun dah terliurrrrr !!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik, percayalah memang sedap giler tak hengat tau! :D

      Delete
  2. Bulan puasa dulu ada org keluarkan carta kesedapan murtabak di daerah pekan... hahaha

    1. Murtabak Ganchong
    2. Murtabak belakang rumah mayat (Murtabak Deris)
    3. Murtabak Lamir
    4. Murtabak Hj Lah
    5. Murtabak Mawar
    6. Murtabak Kasturi
    7. Murtabak Mekasar

    Saya pernah makan murtabak Mekasar dan Murtabak Belakang Rumah Mayat tu je... sedap tak terkata, kalau makan Murtabak Ganchong tu cemana la rasanya ye kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dia aih, siap ada murtabak belakang rumah mayat tu hehehe...

      mak saya cerita, waktu bulan puasa yg lepas ada org jual murtabak kat area rumah di pekan tu..tau berapa harganya? RM15/sekeping!giler mahal nak mati! tapi tahap kesedapan, mak saya kata murtabak mengkasar ne berpuluh kali ganda sedapnya dari murtabak mahal nak mati tu :D

      Delete

Subscribe