Vietnam Trip 2016 : Day 3 (Last Day ) ~ Saigon

Sunday, October 23, 2016

Hari terakhir di Vietnam. Esok kami akan berpisah dan kembali ke tanahair masing-masing dengan pesawat yang berasingan.

****

Cuaca yang sangat baik pagi itu. Kami perlu berkumpul di travel agent company untuk ambil bas kembali ke Saigon. Bas jam 8.00am dan sekitar jam 7.45am kami dah bergerak menuju company tersebut sebab tak mahu insiden tertinggal bas berlaku lagi (walhal boleh je request untuk bas jemput di hotel saja).
Cuaca yang sangat baik pagi itu di Mui Ne
Bas jam 7.00am menuju ke Saigon. Silap tak bagitahu pada agen bas untuk jemput kitaorang di hotel sahaja.
Siang hari pekan Mui Ne memang sepi bak dilanggar garuda tapi malam hari memang meriah giler..
Hotel mewah bersepah di Mui Ne

Kitaorang sampai di Saigon City dalam jam 12.++ lebih jugalah dan kembali semula ke Himalaya Phoenix Saigon Hostel. Saya bakal menginap di sini semalaman manakala Irdhi akan bergerak menuju ke airpot malam itu juga kerana tetiba AA rescheduled flight ke awal pagi. Kiranya kami ada 1/2 hari lagilah untuk lepak bersama.
Menuju Saigon Phoenix Hotel. 

Irdhi request nak makan pho mee. Nasiblah bersepah restoran halal di Saigon ni yang menjual pho kalau tidak mahu kempunan kawan saya ini.
Pho mee daging dan nasi ayam keras dengan harga VND50,000/sepinggan. Lepas rindu nak makan ayam dan daging!

Perut kenyang, waktu untuk shopping barangan kiriman adik-adik. Apa yang pasti scary weeiii masuk Ben Thanh. Kitaorang masuk sat je pastu terus keluar sebab takut.
Lorong fav saya ni sebab banyak hiking shoes, backpack dan jaket yang murah! Sila tawar kaw-kaw di sini (itu pun kalau bernasib baiklah)..

Aktiviti malam hari? Emm kitaorang kembali ke Ben Thanh untuk night market. Lepas ucap "bye bye" pada Irdhi yang mengejar last bus ke airport malam tu saya  memang terus masuk tidur dan lena hingga ke pagi. Pagi esoknya , ambil bas jam 7.30am ke airport dan Alhamdulillah selamat tiba di tanahair.

Short trip yang benar-benar 'short' tapi puas hati sesangat akhirnya dapat juga ke Mui Ne. Untuk perbelanjaan trip ini pula saya cuma bawa VND1juta atau bersamaan RM194 sahaja! Ngam-ngamalah untuk trip santai seperti ini.

You Might Also Like

4 comments

Subscribe