Ehemm, saya tak pasti samada saya layak atau pun tidak untuk bercakap mengenai kamera.
***
***
Saya sering diajukan soalan berhubung kamera apa yang saya gunakan. Ada juga yang rajin email saya bertanyakan mana kamera terbaik untuk dimiliki (terima kasih untuk email tersebut). Terus terang, kadangkala saya mati akal untuk memberikan jawapan. Risau, info yang saya kongsikan itu kurang tepat.
Sebagai pengguna DSLR dan compact camera, pada saya kualiti gambar dari DSLR memang terbaik. Cuma yang tak laratnya, berat. Itu belum nak angkut aksesori tambahan seperti tripod, filter, lensa tambahan dan sebagainya. Tak sanggup! Oleh kerana saya ambil gambar hanya untuk tatapan sendiri dan dikongsi diblog yang tak seberapa ini, memadailah dengan kit lens sahaja (18-105mm). Tripod dan filter (biasanya saya bawa ND filter +10 sahaja) saya hanya akan bawa bergantung kepada lokasi dan aktiviti yang bakal saya lakukan. Lain-lain, memang saya takkan bawa (takde pun sebenarnya..).
Kembali ke cerita asal, kamera mana yang terbaik untuk travel? Emm, termenung saya dibuatnya. Tak berani nak kata mana yang terbaik sebab pada saya lain skill dan citarasa kita semua berbeza. Apa pun, ini antara tips yang boleh saya kongsikan.

a) tanya diri, apa yang diingini
Kalau nak disebut perihal kamera, macam-macam kamera yang ada di pasaran, kan? Compact camera, polaraid, lomo, DSLR, GO Pro (trend masa kini) dan sebagainya, semuanya ada. Kalau ikutkan hati, semua kita nak borong, betul tak? Tinggal lagi "tepuk dada, tanya hati je mana yang berkenan". Namun sebelum kita borong semua kamera yang ada, cuba tanya diri adakah kita benar-benar memerlukan kamera tersebut atau satu hari nanti kamera tersebut akan menjadi tukun di dalam beg atau dry box.
Kita tak perlu nak terlalu ikut dengan trend semasa. Tanya diri apa yang kita nak cari sebenarnya dan atas tujuan apa. Kadangkala kamera hebat juga belum tentu mampu hasilkan gambar yang baik. Pokok pangkalnya memang akan kembali kepada diri kita sendiri.
b) baca review/buat suvery
Biasanya kalau dah aim satu-satu kamera, kena rajin baca review mengenainya supaya kita tidak silap membuat keputusan. Hasil "kerastangan'' orang lain belum tentu sama dengan hasil "keras tangan" kita. Kadangkala compact camera yang orang sangka simple tu pun boleh jadi complicated cara penggunaannya. Jadinya, buat research sebanyak mungkin. Listkan apa kebaikan dan keburukan kamera yang dihajati dan buat perbandingan mana yang terbaik.
c)Pegang dan belai
Jangan ingat manusia je suka dibelai. Kamera pun perlu dibelai-belai tau ;-)
Ok, jangan salah anggap ya dengan ayat saya tu. Apa yang saya maksudkan di sini, pergi kedai, pegang dan bermain-mainlah dengan kamera tersebut sebelum nekad untuk memilikinya. Bermain-mainlah dengan pelbagai fungsi yang ada, tengok mana yang serasi/selesa dengan fungsi yang ada itulah yang kawan-kawan patut miliki.
Nak beli kamera ne tak boleh terlalu ikut sangat rekeman orang. Terus terang, kalau kawan tanya pada pengguna Nikon pasti mereka memberi saranan Nikon adalah yang terbaik berbanding kamera lain. Begitu juga kalau ditanya pada pengguna Canon, Samsung dan sebagainya; brand masing-masinglah yang terbaik. Paling senang nak buat keputusan, pergi aje mana-mana kedai kamera dan bermainlah dengan pelbagai kamera yang dipaparkan. InsyaAllah, selepas dari itu kawan-kawan pasti tahu mana kamera terbaik yang kena dengan kehendak kawan-kawan.
d) tanya poket, berapa tebal isi dalamnya
Maksud saya, $$$$. Makin tebal $$$, bolehlah cari kamera yang lebih bagus.
Moga perkongsian ini membantu. Kalau rajin nanti saya tambah lagi tips yang ada ;-)