Kalau sebut pasal Penang, 1st yang terfikir nasi kandaqnya yang enak. Macamlah takde gerai/restoran yang jual nasi kandaq di KL ne tetapi setuju tak kalau saya katakan rasa tu tak sama seperti di Penang. Nasi Kandar Beratur dan Line Clear antara yang menjadi sebutan. Selain dari nasi kandaq, char keow teow, laksa penang, pasemboq antara yang dicari-cari kalau singgah di Penang.
2days 1night di Penang, tak banyak yang boleh kami try. Nasi kandar pun tak sempat nak pekena. Untuk tempat-tempat makan best yang ada di Penang, terima kasih banyak buat teman-teman yang banyak memberikan info. Sayang tak sempat nak rasa semuanya.
Kita start dengan breakfast. Tak perlu nak fikir mana nak cari sebab Ryokan menyediakan breakfast untuk kami. Antara menu percuma yang disediakan telur goring, pisang, roti bakar dan jem berserta sosej.
Breakfast @ Ryokan Hostel
Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama - macam-macam ada kat sini sampai tak tahu mana satu yang sedap, mana satu tidak. Apa yang famous yang kat sini? Coconut shake (RM3) dan mee sotong (tak try pun). Suasana di sini best sebab tepi laut dengan angin sepoi-sepoi bahasa (itu pun kalau tak ributlah). Satu yang tak syok, ramai peminta sedekah yang berkeliaran. Budak-budak lagi..emmm...
Sotong 2 rasa (sotong kangkung dan sotong bakar) - RM34/set.
Pasembur - RM10. Tak sesedap pasembur 'menari'.
Padang Brown/Vroom - kitaorang tiba di sini pun dah lewat malam. Gerai-gerai yang ada pun majoriti dah pakat berkemas, yang tinggal cuma ini - Majid Special Celor-Celor. Ikut apa yang Sinner bagitahu, makanan di sini semuanya sedap-sedap.
Sila perhatikan setiap hujung lidi untuk pastikan harganya.
Steamboat - kuahnya sedap jugalah (kuah kacang). Untuk sos cilinya, saya tak try pun.
Untuk laksa Penang pula, kami pekena di Pulau Betong area Balik Pulau kalau tak silap, sejam drive dari George Town. Sebenarnya nak cari laksa bawah pokok tapi tutuplah pula. Ini aje gerai yang berniaga tengahari.
Gerainya bersih dan terletak tepi jalan, senang sangat nak cari.
Menu dan harga.
RM3.00/mangkuk. Rasanya oklah kalau lagi masam lagi masyukkkk :D
Selesai pekena laksa, kami pekena pula ABC. Tanya owner gerai laksa mana ABC best katanya dekat dengan titi tidak jauh dari gerainya. Apa lagi terus ke sana. Gerai keck aje tapi orang memang ramai. Jenuh nak tunggu ABC kitaorang siap huhu. 4 mangkuk ABC dan 1 mangkuk rojak buah berharga RM10.40
Tak berhenti pakcik ne mengisar ice. Banyak sungguh order yang diterima.
Jenuh nak mengabiskan
Syok sebab banyak jagung dan kacang. Selain itu dalamnya ada kismis, buah pala dan buah apa tah (tak tahu nama)
Rojak buah
Jajan @ Bukit Bendera
Kacang kuda @ Bukit Bendara