Alhamdulillah...

Wednesday, July 20, 2011

Trip berikutnya, hujung minggu ini dan sepanjang minggu lepas saya memang susah hati sangat2 apabila mengenangkan saya perlu apply cuti sebelum berangkat. Sebenarnya cuti rehat saya dah pun dibekukan atas sebab2 tertentu heheee. Hati memang teringin sangat nak pergi tapi bila dah jadi mcm ini, semuanya jadi 50-50..Nak p atau tidak. Bila dok bayangkan keadaan bila tak pergi, rasanya ‘sayangnya’ tapi bila p kenalah pulak apply cuti, jadi macam mana?

Pagi ini saya gagahkan diri bersemuka dengan my boss. Chot-chet, chot-chet, yeayy oppss Alhamdulillah, ada rezeki utk trip ini (rasa nak peluk je boss bila dia kata ok). Mujur ada cuti gantian kalo tidak terpaksalah ‘bye bye’ pada semuanya (sgt melukakan hati ok keh3). Opss teruja terlebih sangat ne tapi hakikatnya saya tak boleh nak buat aktiviti laut. Kalo buat juga, tu namanya sengaja menempah katil sepital sekali lagila. Takpelah, asalkan dapat p lain2 belakang citer ehehee

Jadinya (issh napelah saya suka sgt guna perkataan ne, mcm skema giler je bunyinya :P), tunggu ajelah next entry ;-)

* saya takde keje, jadinya bolehlah mengarang walaupun tidaklah ceritanya takdelah sepanjang mana hehehe

***

Sebut pasal travel ne kan, nak sharelah sesuatu :D

Kisah pertama
Mamat ne kami (tak payahla saya sebut sapa yg lain2nya) kenal masa trip ke Bkt. Tinggi awal tahun 2011. Kenal secara tak sengaja masa kami lepak di pondok rehatnya. Kebetulan kami sedang ‘menembak’ tiba2 mamat ne sampai. Berkenal2an sat, then dia offer kami naik ke sangkar ikannya di Danau Meninjau tanpa apa2 bayaran. Best giler ko!! Hehehe

Dipendekkan cerita, berjam jugalah kami lepak atas sangkar ikannya sebab perlu menunggu beliau selesai memasang jaring utk sangkar ikannya. Bukan tak boleh nak ke darat tapi berani ke nak berakit dari sangkar tersebut ke darat? Saya tak berani, kawan saya pun tak berani apatah lagi kami ne bukannya tahu berenang hehehe

Dipendekkan cerita lagi (hehehe), dia offer kami untuk melabur dalam projek sangkar ikannya. ye-ye dia bercerita utk tarik minat kami, malas nak berjanji kawan saya kata nak fikirkan dulu; keputusan akan diberitahu kemudian yang m'akibatkan kami (ehh kawan saya aje ye) bertukar2 no hp dan FB.  

Dipendekkan sekali lagi cerita (jgn marah ekkk), takde maknanyalah nak melabur beribu2 dengan orang yang tak dikenali. Entah betul ke tidak keuntungan tu akan dapat kami rasainya. Hingga hari ini mamat tu masih kejar kawan saya dan saya tak tahu macam mana saya blh add di dalam list my friend, pernah juga dia pm saya di FB tapi saya tak layan pun (takut!! hi3).

Kesimpulan dari kisah di atas : kalau p travel jangan la suka-suki nak bagi no kat orang yang tak dikenali. Begitu juga email dan sebagainya. Kalo orang tu ok takpe, boleh dibuat kawan tapi takut spesis yang mcm nelah..nampak dia online kat FB pun dah fobia dibuatnya :D


Kisah ke-2
Hahaha (saya nak gelak dululah). Sebenarnya saya selesa sangat b’kawan dengan mamat nie; saya boleh cerita apa sahaja hehee.. Kenal masa travel di satu tempat ne (x boleh ckaplah kat mana, nanti bocor rahsia).

Apa yang membuatkan saya ketawa guling2 dari ting. 8 ke ting. 1, saya dapat lamaran dari dia melalui FB. Hahahaa oppss* hahaha (x blh tahan gelak ok). Gelak saya bukan bermaksud saya pandang rendah padanya, tak. Langsung tak terpikir utk pandang rendah padanya tapi saya gelak sebab saya rasa lawak sangat2. Kenal saya dari erti kata yang sebenar pun tidak macam manalah ko blh jatuh cinta dan terbuka hati nak melamar orang yang ko tak kenal :P

Hahaha~adoiiiii, adehhhhh :D

Kesimpulan dari kisah di atas : b'kawan ajelah dengan siapa2 pun tanpa memilih 'bulu'..tapi kalo dah merepek macam ne, pandai2lah kelentong dari dia terus menaruh harapan.

* saya minta dia bina jambatan emas hubung m’sia dan *tut*..kalo dia b’jaya bina baru saya kata ‘Yess, I Do’ ahaakkksss!!

You Might Also Like

11 comments

  1. ececece....aku tau.
    anyway, have fun yawww!!!

    memetik kata wawan ardy, "mabul tu shiyapa?"

    aku gelak smpai terkeluar air mata oke!

    opss pecah lobang! sori~

    ReplyDelete
  2. lawanya tempat. mana ni. mcm belah2 sabah jek.. hehe

    ReplyDelete
  3. fatt: ssshh hahaha~aku dah boleh agak ko gelakkan sapa..aku giler mengkekeh kat sini tau..blh dia ingat mabul tu pakwe aku (opps terpecah lubang gak la) ahahah~

    nedyy : tet* tepat sekali..10 markah utk anda :D

    hanie : jawapan dah ada kat ataih..derang ne saje je la hehehe

    ReplyDelete
  4. aaaaaaaaaaaa gi laut ke? lamanyer i tak gi lauttttttttttttt :(

    ReplyDelete
  5. aih? macam2 korang ni...mesti fatt pegi travel skali time tu kan..

    ReplyDelete
  6. Pergh g mabul ke, mmg teringin nak g sana esp Sipadan tu, tp kalo pegi dpt diving skali mmg terbaek. K have fun there, nanti balik citer ek,hehe....

    ReplyDelete
  7. Biqque : saya takut laut tapi gedik2 jugak nak p..mcm mana tu? hehehe

    kemang : itulah pengalaman hehehe~ owhh time tu fatt takde..saya p dengan tasyha..

    Pijah : sayangnya saya tak boleh nak snorkelling..tapi takpelah janji dapat tenangkan fikiran, itu dah memadai..

    ReplyDelete
  8. i sanggup lagi laut dari gunung sbb i takut pacat n lintah! hahaha!

    ReplyDelete
  9. ok beb, ni ko rewrite balik ek?

    ehem...aku rasa kisah ke-2 tu aku cam boleh agak syiapa...itu syiapa itu ek? hahaha...ops sori ampunkan aku di bulan posa ni tak baik memarah :P

    happy kan ada org suka..soal kita suka balik tu pd aku tak penting tp yg penting ada org suka kita. bleh aku ckp gini, iskkk....haha. aku doakan ko jumpa price charming ko :)

    ReplyDelete
  10. syiapa? syiapa? tapi aku rasa tekaan ko tu salahla beb hahaha

    owhh price charming aku nun, ataih bulan bintang.tunggu aku seru2 je tu hehehe

    *mood masih x ok lg..

    ReplyDelete

Subscribe