Bali : Part VI

Monday, November 14, 2011


Wisata seterusnya selepas penat berjemur di Lovina ialah GitGit Waterfall yang terletak di desa Gitgit, 10km dari Singaraja. Untuk sampai ke sini dari Lovina terpaksa melalui jalan berkeluk (mujur takde sapa yang muntah aje) dan mendaki. Pemandangan biasa2 aje, tak ubah macam pemandangan menuju ke Maninjau. Saya tak sure berapa lama perjalanan sebab tertidur, sedar2 dah sampai pun huhuhu.

Seperti biasa kalau tiada entrance fee memang tak sahlahkan? Rp5,000/person dikenakan dan perlu menapak dalam 30minit jugalah (bergantung seluas mana korang boleh melangkah) ke dalam hutan. Hati2 melangkah sebab jarak antara satu anak tangga boleh tahanla luasnya. Penat dibuatnya. Apa yang pasti takde sorang pun yang berkubang di sini walaupun ada seorang tu terlalu sangat berhajat nak berendam. Segan katanya (yelahhh) :D. Sekadar nak ambil mood, masing2 sempat basahkan muka dan kaki sahaja di sini, jadilah dari takde kan?

Layan gambar (takde cerita menarik pun yang boleh dishare)







Pura Ulun Danu, Bratan, Bedugul, Bali
Seketika di GitGit, kami meneruskan perjalanan menuju ke Lake Bratan, Bedugul. Cekononnya nak lihat Pura Ulun Danu yang disebut-sebut keindahannya.

Kawan-kawan pernah tengok movie Saus Kacang tak lakonan Ashraf Sinclair dan bininya, Bunga Cinta Lestari yang pengambaraannya dilakukan sekitar Bali? Hah, besar pengaruh filem ne, inilah salah satu sebab kenapa saya teringin nak ke Bali. Nak explore setiap tempat yang dipaparkan di dalam movie itu tapi nan ado. Tah mana derang shooting pun, saya tak tahulah, tak sempat study :D oppps, apa kaitannya? Takde kaitan pun, saja nak memanjangkan cerita heheh

Entrance fee, Rp10,000/person. Saya masukkan pura ini ke dalam itinerary kerana tertarik dengan info yang saya baca di internet berkenaan dengan lakenya yang penuh dengan teratai. Tetapi sayangnya waktu saya ke sini, bayang teratai pun takde tak tahulah kenapa. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit tumbuhan air yang seakan2 teratai tetapi saiznya jauh lebih kecil dan bunganya berbulu halus (lihat gambar last, bunganya warna putih ditengahnya kuning).Maybe ini merupakan salah satu spesis teratai yang ada di dunia kot. Lokasi keliling Lake Bratan ini memang mabeles dan atas sebab ini pihak pengurusan ada menyediakan pakej photography bagi mereka yang baru melangsungkan perkawinan (harga saya lupa berapa tapi agak mahallah) dan di sini juga mereka2 yang mempunyai masalah kesuburan akan datang bersembahyang di pura yang terletak di pinggir tasik.





*bersambung utk Tanah Lot..

You Might Also Like

7 comments

  1. masa saya ke tempel yg tenggelam ayor tu hujan lebat sangat, pastu diorang tengan renovate tempel2 tu tukar atap baru.....hmmm so tak berapa nak cantek la.

    ReplyDelete
  2. Bali sgt indah but not at the Kuta/legian area... hahaha

    ReplyDelete
  3. Janggel, tempel yang tenggelam ayor tu kat mana pulak?maklumla sana byk sgt tempel sampai saya tak boleh nak bayang yg mana satu ahaha

    Fadli, kuta dan legian indah dgn pemandangan luar biasa..masyallah, bute mate den hhehe

    Kemang, jgn tertipu dek pic tau :D

    ReplyDelete
  4. Kat Ulun Danu, Bedugul tu la. Masa kami pi sana hujan. Tapi naseb sempat tunggu sampai hujan berhenti.

    ReplyDelete
  5. kat gigit waterfall tu, buat aku terfikir sejenak..larat ke aku nk daki pinnacle nnti? huh.. harus memantopkan diri ini.. kekkkee..

    p/s: jum join aku g mulu.. aku bawak anak ikan yang kacak.. hahhhaa...

    ReplyDelete
  6. Janngel, sana memang selalu hujanlah saya rasa mungkin disebabkan lokasinya tapi takpelah, hujan bukan penghalang utk kita nikmati keadaan sekeliling :)

    tasyha3, kalaulah aku dapat follow korang daki pinnacle tu syoknya..dah takde rezeki aku, takpelah next time hehe..nak mantopkan diri senang aje, lari keliling rumah 30x sure mantop jadinya :D

    *aku nk ikut tapi date tu dekat sgt dgn trip transjava, mana nak cekau cuti beb huhuhu..salam ajelah buat anak2 ikan ko itu uhukkk!!

    ReplyDelete

Subscribe