Kek Ros Marble

Monday, October 29, 2012

Blog dah hampir-hampir bersawang; yeayyyy!! :D Ohh bukan takde cerita nak dikongsikan di sini tetapi seperti biasalah kalau menyepi seribu bahasa tu takde alasan lain yang boleh digunapakai selain takde mood. Betullah takde mood, tak percaya; tak mengapa.

Pagi ne rata-rata menyebut mengenai Big Sale AirAsia. Selalunya saya memang tak kisah pun pasal sale ini tetapi kali ini memang tak lena tidur dibuatnya. Semuanya gara-gara adik saya yang sibuk memburu tiket ke Bandung, tahun depan. Emm dapatlah RM96/return; kira dalam kategori murahlah. Saya sendiri pula ingin memburu tiket untuk ke ****. Haih, penat berjaga alih-alih internet problem la pula malam tadi. Pagi ini check tarikh yang sama, harga untuk one way dah mencecah RM126; emm tau harga tu masih dalam kategori murah tetapi pada saya harga tu tak jauh beza pun dari harga biasa. Tang mana promo pun saya tak tahulah. Buat masa ini memang tak rembat pun, nak tunggu lagi mana tau ada promo lagi, kan? - berangan ajelah hehehe. 

Sebut pasal travel, saya sedang menghitung hari saat ini (walaupun apa pun tak ready lagi hehehe). Weekend ne lah kot baru settlekan semuanya. Itinerary, hostel dah pun settle. Transport untuk ke sinun pun pihak di sana dah confirmkan kelmarin. Alhamdulillah. Lega sangat-sangat.


Opps, dah menyimpang jauh dari tajuk entry ini. Tak kisahlah, kan? ;-)

Kek ros marble ini saya buat kelmarin. 1st time dalam sejarah, tak sampai 2 jam keluar dari oven, licin pinggan hehehe. Biasanya kalau saya buat kek, mau ambil masa seminggu untuk dihabiskan atau pun tak sampai seminggu riwayatnya berakhir di reban ayam huhuhu. Tak tahulah kenapa, bab-bab kek ini memang tak berapa nak laku kat rumah tu. Kiranya tersentuh jugalah kali ini bila melihatkan nasib kek ini tidak berakhir di tempat yang tidak sepatutnya :-P

Resepi bukan hak milik saya. Pada siapa-siapa yang perasan, kalau beli susu cair jenama F&N, dipembalut tin itu akan disertakan dengan resepi. Kalau tak perasan takpe, balik ini silalah belek, ye.... Saya kongsikan resepinya di sini, kot-kotlah ada yang ingin mencuba.

Kek Ros Marble
150g mentega
150g gula kastor
3 biji telur saiz sederhana
160g self-raising flour
2 sudu besar susu cair
1/2 sudu kecil esen vanila
2 titis esen ros
1 titis pewarna merah

Cara membuat:
* Alas tin dengan kertas minyak dan sapu keliling dengan sedikit mentega. Panaskan ketuhar pada suhu 170 celcius
* Pukul mentega dan gula sampai kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
* Masukkan sikit demi sedikit tepung berselang seli dengan susu. Kacau rata (jgn over beat).
* Bahagikan adunan kepada 2 warna. Satu adunan digaul dengan esen ros dan pewarna merah.
* Tuang dalam loyang berselang-seli dan bakar sampai masak.

Kebetulan waktu saya bancuh adunan esen ros tiada, jadinya saya tukarkan kepada strawberry essence dan saya tuangkan sedikit pewarna pink. Oleh kerana acuan saya agak besar, saya bancuh 1 1/2 adunan. Untuk susu, saya lebihkan kepada 5 sudu besar, kuantiti gula saya kurangkan kepada 200g dan telur saya masukkan sebanyak 5 biji (saiz C).

Buat kawan-kawan, selamat mencuba, Kek ini memang gebu dan bau strawberry sangat harum semerbak :-)

You Might Also Like

8 comments

  1. Maulah mencoba sudah lama tak mencoba resep dari kak zilla, makasih ya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat mencuba mita..kalau ada yg tak faham, bgth sahaja...

      Delete
  2. Tak sangka zilla pun suka masak.. Boleh kita sharing resepi.. Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah ckucin..nk kata suka sgt tu tidaklah hehee

      *saya nk masak kena tgk mood dulu :D

      Delete
  3. mengapakahhhhhhhhhhhhhh cerita makanan......aishh meh pos ke jb sikit.

    ReplyDelete
  4. Wah..pandai buat kek juga..Insyaallah akak nak ke bandung hujung bulan ni. Last year ada beli tiket murah tu tp last minute x jadi pegi. Rindu nak mkn pisang bolen la kat Kartika Sari tu..igt makan je..nothing else..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala kak, resepi simple bolehlah..yg canggih manggih tak mampu saya :D

      *bandung??kirim?? :D

      Delete

Subscribe