Memandangkan kami tidak menyewa apa2 transport sepanjang kami di hatyai/songkhla, jadinya pergerakan kami agak lambat. Masalah utama yang dihadapi adalah bahasa dan kerenah pemandu tuk2 yg suka m'pow. Takpelah, anggap ajelah ianya sebagai satu cabaran wpun darah sebenarnya dah agak mendidih.
Dari Samila ke floating market, kami terpaksa menaiki tuk2 yang membawa kami ke 'tewan' (erkk betulke ejaannya tu?tapi bunyi tu dah ada rasanya huhuhu) dengan tambang 20BT (kot! x ingat) Merasa jugaklah naik tuk2, cuma kalo orang tu tinggi melangit memang agak kesianla, mau sakit belakang dibuatnya. Ingatkan jauh perjalanan rupa2nya tak sempat pun nak panas montot dah sampai pun hentian van yang akan membawa kitaorang ke floating market (cehh sungguh! :D). Kali ini tambang van 30BT seorang, oklah murah. Cumakan, driver van ne punyalah slow memandu, rasanya 20km/j pun tak sampai kot huhuhu~Tido, bangun balik pun tak sampai2 lagi, punyelah terharu dgn cara pemanduannya yang sangat berhemah hingga rasa nak hempuk2 je pale dia dgn kamera sebab terharu hehehe~
tuk-tuk..nampak tak tepi van tu dia promote apa? AA beb!!
van yang membawa kami ke floating market..selesa ber'aircond..
Setelah seketika, kami pun diturunkan di sini. Erkk haru betulla, satu perkataan pun kami tak paham. Mujurlah ada derang letak picture floating market kalau tidak memang kami tak tahu yang kami dah pun sampai. Persoalannya, di mana floating marketnya? Bayang pun tak nampak dari jalan besar ne tau..Tanya orang, ikut faham kami mcm jauh je bunyinya (assudaahhh) dah la hari makin gelap, hujan pulak tu...jadinya, redah ajelah ikut montot kenderaan yang masuk..rupa2nya, market tu dekat je (laaaaaa!)..dalam 5 minit je berjalan dari jalan besar (syukur alhamdulillah)..bila dah nampak bayang marketnya, hati pun menyanyi2lah, elok masuk kawasan market hujan turun selebat2nya. kami ambil keputusan utk solat dulu sambil menunggu hujan redha..
Beginilah keadaannya di floating market..meriah sgt2, walaupun cuaca tidak begitu baik...
*jelly,keow teow sup,murtabak,sushi
Hujan agak reda, kami ambil keputusan utk mengisi perut terlebih dahulu sebelum pusing2 di market. Banyak pilihan makanan di sini, dan I'Allah jangan risau pasal halal atau tidak. Terlalu banyak gerai2 halal di sini, yang penting sanggup atau tidak je nak makan. Oleh kerana malas nak pusing jauh2, kami singgah aje di gerai menjual mee sup utk makan, satu mangkuk 40BT (RM4), siap dapat ayam seketul lagi. Rasa ok, sedapppp sgt2. Sambil2 tu adik order murtabak ayam dan daging (20BT setiap satu), uihh sedap sgt rasa murtabaknya. Paling saya suka murtabak ayam. Sedap punya hal, derang order lagi sekeping murtabak. Alhamdulillah, kenyang sangat. Terus pusing2, singgah pulak kat gerai jual sushi..risau gak pasal halal haramnya tapi derang kata 'no porkkk!' so ok...hehehe~lapang hati..jadinya layan la pulak sushi (makan lagi :D), sebiji 50sen je...

Cuaca semakin baik, kami turun ke bawah..wahhh sangat meriah ok...semua jual makanan (makan lagi) dan yang paling penting semuanya halal ok!! :D Setiap makanan dijual dengan harga 20BT (RM2). Jadinya, makanlah sampai pecah perut! :D My fav, jelly (pic atas ye)..luar jelly, dalam tu ada inti kacang ijau yang dah diblender halus. Sedapnya (issh lupa pulak nak minta resepi hehehe). Macam2 yang kitaorang try kat sini (mgkn sebab murah jadinya selamba je tarik duit keluar dari poket hehehe)

Ini pulak bekas untuk mengisi minuman..harga dari 20 - 25 BT ikut bekas mana yang kita pilih. Adik ambil teh air (sedap!) dgn pasu harga 25BT..macam2 bentuk ada, hello kitty, doremon, pasu bunga dsbnya, pilih aje mana yang berkenan. Kalo nak makan sup/berkuah pun mcm tu jugak..Baguskan style macam ne, at least kuranglah sampah dibuang sebab bekas cantik2 macma ne sure org akan bawa balik sbg kenangan...

Dah senja pun time ne...Lepas sektika mengisi perut, bergambar di sekitar kawasan kami ambil keputusan untuk kembali ke pekan Hatyai. Masalah bila takde kenderaan yang boleh kami naiki. Jadinya, dengan bantuan org tempatan, derang tolong kami dapatkan tuk2 dan alhamdulillah selamat sampai ke pekan. Satu pengalaman yng sangat menarik..
*Emm, rasa2nya kalo bg cadangan kat kerajaan utk buat floating market kat Sg. Klang ok tak? hehehe


Picture ini diambil sambil teringat 


Saya suka picture ne (biarlah org kata syok sendiri pun hehehe)









oooo balik puchong...
pening kepala bau kopi..tapi kopi ne utk angah..saya minum teh o je...
Hari kedua bermula seawal 6.30 am. Perkara pertama sebelum melangkah keluar, study map (mrt map dan spore map).



Puas di Istana Kg. Glam, kami bergerak keluar menuju ke Masjid Sultan. Menyelusuri jalan ke masjid, saya singgah di kedai menjual poskad dan setem untuk kawan2. Kalo sapa2 nak cari setem di area Kg, Glam ni, cari kedai ‘Melor ‘s Curios, No. 39. Sini satu2nya kedai yang ada menjual setem (owner pakcik dari Melaka). Dapat apa yang dihajati, terus ke Masjid (tak jauh pun, depannya aje). Kami duduk di masjid menghayati suasana dan menginsafi diri. Saya ambil kesempatan untuk menulis poskad buat kawan2 dan 10min sebelum 12 pm kami diminta beredar kerana pihak masjid perlu bersedia untuk solat Zohor. Kami pusing2 kawasan sekeliling dan terus ke Bugis Village (adik2 nak cari barang) menyelusuri Raffles Hospital (emm sekali tgk tak mcm hospital pun, macam shopping complex, punyalah mewah). Di sebelah kanan hospital (Victoria Street), ada food court tau tapi saya tak surelah ada makanan halal atau pun tidak di sini. Teruskan perjalanan dan singgah sat di Bugis Junction (sempat sambar beg utk kamera dgn harga $13 after disc). Pusing2 sat dan terus ke seberang utk ke Bugis Village (lebih kurang seperti Petaling Street la jugak). Ingat nak cari durian yang best kat sini, tapi hajat tak kesampaian, adik2 tak nak la pulok (menci tau!!).








suasana dalam keretapi...
Inilah suasana kantin keretapi..Ok je kalo nak lepak2 kat sini..
Menu pilihan kami, nasi goreng ayam + milo panas
Backpacker's Inn, Mosque Road, Chinatown

lengkap, semua boleh digunakan..nak masak boleh, nak basuh kain pun boleh, belakang ada 2 bilik air yg sangat bersih. Internet pun boleh pakai...ragu2 nak guna?I'Allah, yakinkan dalam hati tanpa was2 ye kawan2..saya dah check dalam fridge takde pun yang pelik2...rata2 menggunakan dapur utk masak maggi, lain2 takde..