Day 7 (Part II) : Bukchon Hanok Village
Rencana asal kami hari ini adalah Daegwallyeong Samyang Ranch – Daegwallyeong Sheep Farm –Namsan Tower – Myeongdong.
Rencana asal kami hari ini adalah Daegwallyeong Samyang Ranch – Daegwallyeong Sheep Farm –
Tapi menjadi Gangchon – Namsan Tower - Itaewon.
Awat jadi laghu ne?
Tak payahlah nak cerita kenapa ya. Silap haribulan, boleh jadi dongeng rakyat lah pula sebab panjang sangat kisahnya. Apa pun, kami hanya mampu merancang. Namun, pengalamannya memang best ;-)
Direction:
Sama aje seperti ke Nami cumanya untuk ke Gangchon perlu turun di station Gangchon.
Apa istimewanya tempat ini?
Sebenarnya, Gangchon terkenal dengan railparknya dan beberapa air terjun yang menjadi tumpuan pendaki sewaktu winter untuk dipanjat/didaki. Selain daripada itu, view di sini memang sangat memukau; sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan.
Tiket dah ada, lega. Tengok jam dan kami ada masa dalam 1 1/2 jam. Lama lagi tu. Dah kebetulan ada masa kami setuju untuk bergerak ke Gugok Waterfall (Gugok Pokpo) sekali lagi dengan teksi (4,000 won). Tak jauh mana pun, dalam 10 minit perjalanan (lebih kurang). Bayaran masuk di sini adalah 1,600 won.
Dari main entrance ke air terjun katanya tak jauh; sekitar 30 minit berjalan. Tetapi yang bestnya sampai ke sudah bayang air terjun pun kami tak nampak (maksudnya jauh lagilah kan??).
View sepanjang perjalanan menuju pokpo.
View sepanjang perjalanan menuju pokpo.
Makin jauh ke dalam, pemandangannya semakin indah (walaupun pokok dah banyak yang togel). .
Kami berhenti di satu tempat bila sedar masa dah suntuk. Bukan apa, kami perlu berapa di railpark at least 15 minit sebelum 1.00pm. Bertanya kedudukan pokpo pada pengunjung tempatan, katanya ada lagi 20 minit berjalan. Hoho, tak sangguplah nak ambil risiko. Akhirnya, kami ambil keputusan untuk berkelah sahaja di situ. Kebetulan pula ada kemudahan untuk beriadah, manfaatkanlah sebaik mungkin.
Subhanallah, cantik sangat tempat ne. Pada saya, di sini keadaannya
lebih indah dari Nami. Setiap sudut dipenuhi dengan daun gingko dan
dihujani (err tak tau nak guna istilah apa) dengan daun pine yang
berguguran. Mumantis sungguhlah suasananya hehehe
Kami bentang map untuk menggalas meja yang dipenuhi dengan daun gingko, buka bekalan masing-masing (3 ketul nasi impit setiap seorang) dan kuah kacang. Tetiba rasa nikmatnya. Licin semua bekalan hahaha (nampak sangat laparnya hehee).
Inilah menu tengahari kami - tak best guna instant kuah kacang. Cair bebenor huhuhu.
Settle makan, terus bergerak menuju ke main entrance. Teksi banyak tapi driver pula tak tahu ke mana. Kami dah agak panic time ne. Habislah.. Dalam dok gabra tu tetiba muncul sebiji teksi. Serahkan pada yang pakar untuk memujuk dan akhirnya driver teksi (penah bekerja di Miri selama beberapa tahun) setuju juga nak sumbat kami berlima dalam sebiji teksi, 6,000 won hehehe.

Inilah rupanya Gugok Pokpo [sumber : google]
Ini sewaktu winter, memang menjadi tumpuan ramai [sumber : google]
* bersambung untuk rail bike.

