Mynmar 2015 : Day 2 ~ Memburu Sunset di Bagan
Hari terakhir kami di Bagan. Petang ne dah nak berangkat ke Nyung Shwe; tak sabar!
Hari terakhir kami di Bagan. Petang ne dah nak berangkat ke Nyung Shwe; tak sabar!
Gigih kami bangun seawal jam 4.00am semata-mata nak tengok sunrise. Kali ini kami bergerak menuju ke Shwe San Daw Pagoda - walaupun pagoda ini digelar sebagai sunset pagoda tapi dari info yang kami perolehi sunrise di sini juga bagus. Walaupun saya tak boleh nak masuk di Shwe San Daw tapi tak kisahlah, mungkin saya boleh lepak di mana-mana.
Untuk E-Bike, kali ini kami sewa full day dengan kos 7,000kyat/2 org. Dari hostel ke Shwe San Daw, dalam 30 minit (lebih kuranglah). Nak dijadikan cerita (mungkin rezeki saya jugalah kot) pagoda tersebut ditutup kepada pengunjung disebabkan ada sambutan apabendatah kat situ (siap ada perarakan pancaragam dan sebagainya). Petugas yang ada bagi kami info untuk ke salah satu temple yang ada berdekatan Shwe San Daw. Gigih kami pergi, tapi bila jenguk dari luar pun dah meremang semacam, berani lagi ke nak masuk? Kami gerak ke lokasi lain. Tak jauh pun dari Shwe San Daw ada satu stupa dengan anak tangga terus ke puncak teratas (walhal kami dah lalu dah stupa ne sebelum ke Shwe San Daw). Anak tangga untuk ke atas memang agak mengngerikan, ketaq kepala lutut dibuatnya. Namun demi sunrise gagahkan jugalah diri walaupun gayat tak hengat donia!
Pemandangan dari atas stupa - sorrylah lupa pula nak ambil gambar stupa yang kami lepak.
Tak lama pun lepak kat atas tu, matahari sikit demi sedikit mulai muncul. Opps, mana belon udara panasnya? Untuk makluman kawan-kawan, kalau nak tengok/naik belon udara panas di Bagan ne kenalah datang pada bulan Januari. Lain-lain bulan, memang yellekkkk. Untuk sunrise, ianya mulai muncul sekitar jam 6.00am. Jadinya, layan gambar yang tak seberapa ini (gayat tak hilang lagi saat ini, gambar pun banyak goyang).
Good morning, Bagan!
Matahari mulai naik - kalau ada belon udara panas ne mesti cantikkan pemandangan sekeliling?
Antara sunrise terindah yang pernah saya saksikan.
Sempurna sekali! Matahari langsung 'tak pecah' di sini.
Rasanya ini puncak Shwe San Daw.
Semakin tinggi matahari naik, suasana dah tentu semakin terik.
Dari kejauhan itulah Sulamani Pagoda - syok gak layan sunset/sunrise di situ (tapi tak sure boleh masuk ke tidak)
Misi berjaya, boleh tutup buku untuk Bagan. Masa untuk kami beredar. Kononnya nak patah balik ke hostel tapi sebagai penunjuk arah, saya p bantai bagai arahan yang bukan-bukan. Sesat dan macam-macam pengalaman yang kami tempuhi saat itu - semuanya kerana saya (ampun!!).
Menuju ke ......
* bersambung


