Journey to heaven 2014 (Day 5 - Part I) : Penginapan di Dunedin, South Island (AirBnB) - Review

Tuesday, September 30, 2014

04.09.2014 : Dunedin - Te Anau

Journey to heaven 2014 (Day 4 - Part II) : Elephant Rocks, Moeraki Boulders & Dunedin, South Island

Sedar tak sedar, dah hari kelima saya di NZ. Emm, sedih lagi 2 hari dah nak balik. Nak guna masa yang ada sebaiknya. Lepas ne tak tahu lagilah bila nak repeat huhuhu. Emosi dah start turun naik saat ini..

Sebelum tu saya nak share penginapan kami di Dunedin. Ialah, rumah best haruslah buat special entry. Lagi pun, ini first time kami menginap di rumah persendirian. Untuk penginapan di YHA memang saya sengaja tak buat special entry mengenainya sebab saya dah share di blog ini 3 tahun lepas. 

Penginapan di Dunedin ini kami booking melalui AirBnB. Awalnya memang nak ambil hostel aje tapi tak tahulah kenapa banyak yang dah sold out. AirBnb ne kiranya option terakhirlah tapi tak kisahlah. Bila dibahagi antara kami berlima, harganya lebih kurang macam hostel juga. 
Nak sebiji rumah macam ne, boleh??

Apartment ini milik Auntie Khaty (err sebenarnya nenek Khaty) dan terletak di St. Clair, Dunedin. Rumah ini sebenarnya 2 tingkat; beliau tinggal di tingkat atas manakala tingkat bawah disewakan kepada umum melalui AirBnB. Harga sewa untuk apartment ini adalah NZD168/night dan mampu memuatkan sehingga 7 orang pada satu-satu masa. Kemudahan memang tip-top; fridge, oven, cerek, tv semua ada. Free wifi juga turut disediakan. Satu aje kekurangannya, takde dapur!!! Punah harapan nak masak kari salmon hehehe. Toilet pula memang hebat, rasa macam tak nak keluar je sebab best sangat :D! (sorry takde gambar, tak teringat pun nak snap).

Lokasi?? Emm, tak jauh pun dari pusat bandar. Dengan kereta, pusinng-pusing dah sampai hehehe (kes malas nak upload map :D).
Kawasan kejiranan..
Tang Laut tu sangat tak boleh blah, hahaha..
Ruang tamu, terasa macam berada di rumah.
Tak berapa nak panas pun... Best lagi heater dalam toilet hehehe.
Chess tapi tak larat pun nak main..
Sila abaikan keadaan yang bersepah tu hahaa! Katil ne betul-betul di sebelah pintu masuk. Best sebab tilamnya ada heater (siap boleh adjust kepanasan ikut selera memasing).
Ini bilik utama, memang best.
Masih lagi dibilik utama. 

Dipendekkan cerita, ini antara penginapan terbaik sepanjang saya dok aktif jalan sana-sini. Maklumlah biasa dok dorm aje, sesekali dapat private apartment macam ini hilang jugalah rindu-dendam sikit-sikit kat rumah sendiri (walhal dok umah kg je kalau di Msia hehehe).  Jadinya, memang saya recommend apartment ini buat kawan-kawan semua. Berbaloi dengan wang yang bakal dikeluarkan.

*bersambung untuk jalan-jalan di sekitar Dunedin

You Might Also Like

23 comments

  1. cantiknya apartment ni!thanks for sharing Zilla..teringin jugak nak ke NZ ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantikkan? saya siap berangan nak rumah sebiji mcm ne hahaha

      *tak hbs2 dgn angan2 hihihi

      Delete
  2. HAhahhaa... ni mesti jamban berheater nih erk?! Nyaman jerr... Kalau g tempat sejuk, cam tak nak bangun je dari situ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bijak sekali kamu, masz hahaha...kalau tak mengenangkan tu toilet nak je angkut tilam tidur dalam tu hahaha...lagi satu yang best, dalam toilet auntie khaty sediakan sekali lotion..saya mmg hantu lotion...jadinya dok pedajal lotion free tu sampai ke sudah hehehe.

      Delete
  3. cantik la...InsyaAllah trip tahun depan ni nak try AirBnB jugak lah.
    duduk rumah style cmni boleh feeling-felling local kan? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dzu...kat te anau pun kami ambik penginapa dgn AirBnB gak..tu lagi best...cuma yang tak berapa nak best, umah tu ada momok!! hahaha

      Delete
  4. Laot..? Adoila...knp jd gitu? Aku memang paling suke kalu dpt dok apartment.. almaklomla..slalu bawak ciak-miak kecik tu.. tp kalu p dngn kawan2 dok dorm pon dah ok.. tmpt tinggal x penting kan..kan..kan.. bukan nak dok dlm bilik pong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laut, kak hehehe..sebenarnya tu nick name salah seorang dari kami di FB..tapi tak sangka pulalah dia blh bagi nick tu kat auntie hehehe...tengok "Welcome Laut.." berdekah2 ketawa walhal nama member tu sikit punya sedap lagi :D ini 1st time ber AirBnB, dapat pula rumah yang laghu ne, memang puas hati sgt2...lebih2 lagi harga pun lebih kurang macam dorm....berbaloi sangatlah...

      Delete
  5. Cantiknya heater hitam tu.

    * selingan: Airbnb memang best. Feveret saya. Kat mana-manapun biasanya best

    ReplyDelete
  6. living hall dia nampak sangat cosy! nice bnb nih. tapi takde dapur lak. kalo tidak, dah main masak2 kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah dianya, John..tu je kekurangannya...memang dia ada sediakan biskut dan cereal tapi mana boleh kenyang..tekak melayu tetap nak nasi juga huhuhu

      Delete
  7. Replies
    1. Laut *tet...

      tak payah nak blur2 niL..tu nick name salah seorang dari kami...hehehe...

      Delete
  8. tengok katil je dah rasa mengantuk ... very cosy

    ReplyDelete
  9. Nice rumah.... ada nama specific x apartment tu?

    ReplyDelete
  10. tak pernah lagi jumpa tandas yg best kecuali di Jepun..ala..kenapa x snap pic tandas tu..mesti leh bawak tdo sbb bersih kan
    jika di lihat secara keseluruhan..mmg sesuai sgt utk di jadikan tempat penginapan kalau JM ke sana..dah bookmark apartment ni..harga pun murah..cuma nanti nk bawa rice cooker yg size kecik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga mengikut musim...la ne dah cecah RM7++/night (baru je check kelmarin hehehe)...ala JM, kalau pasan saya memang jarang gilerlah nak ambil gambar toilet...malas ahhhh hehehe..

      Delete
  11. Wah berapa kali sebut toilet, ni memang best sunggub toilet kat rumah ni. Aku baru nak try AirBnB ni untuk trip Jan nanti. Duk 8 hari. Hopefully seindah review yang aku baca. Haha.

    ReplyDelete

Subscribe