Sumut 2015 : Day 2 ~ Pagi Di Tao Silalahi
Dari Silalahi ke Tanjung Unta mengambil masa sekitar 2.5 jam perjalanan. Sebenarnya kami tak pergi pun ke Tanjung Unta, sekadar memerhati dari jauh aje hehehe. Kalau turun ke situ, sahlah tak sempat nak ke Aek Manik dan Bah Biah.
Kenapa tempat ini digelar sebagai Tanjung Unta?
Emm, cuba perhatikan gambar dibawah, ada mirip seperti unta tak? hehehe. Sebenarnya Tanjung Unta ini diberikan namanya oleh presiden Indonesia yang pertama sewaktu kunjungan beliau ke Danau Toba. Dari info yang saya baca katanya bukit ini kelihatan seperti unta yang sedang beristirehat. Emm, belek-beleklah ya. Kalau nak info lebih lanjut mungkin boleh google sendiri.
Tanjung Unta. Dibelakangnya itu Pulau Samosir, hujungnya pulau tersebut.
.jpg)
Singgah di warung kopi ini untuk layan pemandangan Tanjung Unta [Pic : Syikin]
Jika kawan-kawan ingin ke Danau Toba melalui Permatang Siantar, sebenarnya kita akan melalui tempat ini. Dari sini ke Parapat (feri ke Samosir) pun dah tak jauh mana, sekitar 3jam perjalanan untuk tiba (kiranya 1/2 perjalanan ke Parapat dari kota Medan).
Dari kejauhan kelihatan Tomok dari sini cuma cuaca agak berkabus tu yang tak berapa nak jelas pemandangannya.
Percaya tak, kami gigih ke sini hanya untuk melihat Tanjung Unta? Untuk ke Aek Manik, kami perlu berpatah balik huhuhu. Opps, sebelum terus-terusan terlupa di sini antara lokasi untuk layan sunset tau. Rancanglah perjalanan kalau nak layan sunset Tanjung Unta.
Aek Manik terletak di Sidamanik, yang terkenal dengan pengeluaran teh hitamnya. Saya tak tahulah mana jalan yang dibawa, apa yang saya ingat kami melalui pekan Sait Buttu sebelum kenderaan mulai melalui ladang teh untuk tiba di Sidamanik.
Tak tahulah ini kat mana
Dari ladang teh/pekan Sidamanik ke Aek Manik tak jauh mana dah; perlu drive lalu celah-celah rumah penduduk tempatan dan sampai (lebih kurang dalam 10 minit je pun). Perkara yang kami perlu tempuhi, kutipan bayaran untuk parking (lupa pula berapa kosnya). Lepas tu, bila dah masuk parking kena bayar lagi dekat budak-budak yang menjaga parking (ini ikutlah nak bagi berapa). Kalau berhajat nak tukar baju basahan, boleh tukar di toilet yang ada. Opsss, takdenya percuma tau. Rp2,000 sekali masuk. Toiletnya, muntah darah! Hancing sungguh!
Ladang teh di Sidamanik.
Jalan kampung menuju Aek Manik.
Untuk ke Aek Manik kena menapak turun anak tangga. Bayaran masuk adalah Rp4,000/person. Dengan bayaran tersebut semua kemudahan di Aek Manik boleh digunakan secara percuma. Yang syoknya, sampai ke sudah kami tak jumpa toiletnya di mana. Mungkin sebab percuma tu yang disorok kot.
Aek Manik dikenali juga sebagai Bah Damanik terletak di Desa Huta Lama, Sidamanik. Aek dan Bah bermasuk air (dalam bahasa batak). Aek Manik ini sebenarnya sungai tapi aliran airnya tersangatlah perlahan hingga digelar sebagai kolam oleh penduduk tempatan. Ianya terhasil dari satu mata air yang berada di pinggir kolam.
Aek Manik dengan air yang sangat jernih.
Kedalamannya, paras betis aje so tak perlu nak risau mengenai lemas dan sebagainya.
Kawasan berpagar inilah letaknya mata air bagi sungai ini.
Oleh kerana kali terakhir kami mandi adalah di Residence Hotel jadinya kami ambil keputusan untuk berkubang habis-habisan di Aek Manik. Puas-giler dapat mandi-manda tanpa sebarang gangguan manusia kecuali ular (itu pun dia sekadar melintas, takde kacau pun).
Ada rakit tapi sampai ke sudah budak bertiga ini aje yang bolot huhuhu.
Ramai yang berdating-datingan di sini.
Kami beransur menuju ke Bah Biak bila suasana keliling mulai mendung.
*bersambung