Sirkit Mendaki Gunung Tampin

Saturday, March 06, 2010

Mendaki gunung; satu kerja yang dah berkurun abad saya tinggalkan..kalo tk silap last saya mendaki tahun 2002 pastu memasuki alam pekerjaan terus lupa hobi yang satu ini.Apabila Aida dan Yanti mengajak saya mengikuti sirkit ini, tanpa berfikir panjang saya kata "OK" terus isi borang dan terus Yanti faxkan kepada Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan 2 minggu lepas... Ala memang tak terpikir pun nak menang tapi lebih kepada suka2 dan nak cari pengalaman baru..

Saya bertolak dari rumah jam 5 pagi terus ke Tampin bersama2 Yanti dan Aida. Sampai di Stadium Tampin dalam 7.30 pagi tgk dah ramai pun peserta yg tiba; terus p register dgn yuran penyertaan, RM15 je, oklahkan? Acara bermula jam 9.45 pg (lbh kurang mcm tula), ada beberapa kategori iaitu veteran, international, terbuka lelaki dan wanita dan remaja. Kitaorang (terbuka wanita) merupakan group terakhir yang dilepaskan...mula2 kena berlarila ke kaki gunung tapi saya tak berlari pun, tak laratlah...berjalan lebih baik, dari dok buang tenaga macam itu aje..perjalanan dari stadium ke kaki bukit dalam sejam gakla (dah nama pun berjalankan?) Mengah jugakla sebab saya selsema tapi saya try kuatkan semangat (walhal ikut hati dah lama saya patah balik)..
Sampai di kaki Gunung Tampin, cabaran sebenar terus bermula...jangan harap nak lalu trek yang landai yek..pada saya 99% treknya adalah mendaki (untuk pergi) dan sebaliknya time turun...bayangkan kecerunan yang pada saya hampir2 80 darjah (ne saya agak2 sendiri yek, jgn amik serius lak) memang gilakkk...tapak kasut habis rosak dibuatnya....dengan mengira (bukan kiranya, kat tiang tu memang dah ada tulis nombornya) kepada jumlah tiang lampu yang ada sepanjang perjalanan (90 tiang) saya sampai di check point 3 dalam pukul 11 (lbh krang mcm tula) minum sat (time ne dah rasa dah macam nak tertanggal je buku lali saya ne, dengan ibu jari kaki yang mengelecet memang sakit sangatlah) pastu terus menuruni anak tangga untuk ke puncak Gunung Tampin..hah, di sini cabaran sebenar bermula sebab trek bukan jalan tar lagilah dan masih memerlukan kita terus mendaki, 2-3 kali terpaksa melepasi pokok balak yang timbang dan memang kena hatila2..ikut hati memang saya nak surrender dah sebab dah tak larat sangat2 dah...nak angkat kaki pun saya tak daya apatah lagi nak bawak badan ne...tu pun nasib baik tak bawak beban kalo idak tak tahula mcm mana...walaupun slow saya try jugak berjalan hingga berjaya melepasi puncak Tampin Selatan tapi last checkpoint adalah di puncak yang satu lagi..tapi sayangnya 20 minit sebelum sampai ke puncak tersebut betis saya buat perangai..sakitnya Allah sahaja yang tahu;mujur ada seorang cikgu ini terdengar jeritan saya kalo idak tak tahulah apa yang akan jadi..2 kali saya try bangun dan jatuh di tempat yang sama....mengenangkan risiko yang bakal menanti saya ikutla kata cikgu tersebut utk berpatah balik..terima kasih cikgu!!

Pertengahan perjalanan saya berjumpa kembali dengan Aida dan Yanti dan terus kami berpatah balik bersama2...saya tak sure sampai ke checkpoint 3 dalam pukul berapa, tapi kami dihantar balik ke stadium dengan menaiki kenderaan penganjur..syukur Alhamdulillah, sebab dah tak larat sangat dah...Apa pun, kitaorang ingat nak join sirkit di gunung datuk pada 10 April ini, apa pun bergantung kepada keadaan jugakla..oh ye 4hb ini ada larian bukit putus tau..sapa2 nak join bolehlah hubungi pihak yang terbabit...Pengalaman kali ini memang bestla walaupun tak berjaya sampai ke puncak tapi kepuasan tu tetap ada....apa pun, syukur Alhamdulillah semuanya selamat pergi dan selamat pulang ke rumah masing2....


sebelum dilepaskan..ne semua peserta utk kategori terbuka wanita..

odw ke kaki gunung...adoiii tak laratnya...
menuju ke checkpoint 3...adoiiii bertambah2 tak laratnya..

gunung di belakang tu la Gunung Tampin...time ne dah nak balik dah, tunggu husband Yanti datang ambil kitaorang..


dapatla sijil penyertaan, nama kena tulis sendiri..emm blh letak dalam SKT tahun nie...

You Might Also Like

2 comments

  1. wei.. gi tampin tak bgtau aku.. opis aku dekat jer tu..

    ReplyDelete
  2. zd, sorila bukan tak teringat, teringat tapi tak sempat nak contact sapa2 pun..next month aku p datuk aku contact ko yekk

    ReplyDelete

Subscribe