bandung yang best part 1
Monday, May 17, 2010
Alhamdulillah, saya selamat kembali ke rumah. Percutian yang best, teman2 yang best, tempat yang best err cuma poket aje yang tak best :D.. Kitaorang gerak ke Bandung dengan menaiki tongkang (hoh!), mengambil masa 2 jam perjalanan. So sampai Bandung dalam pukul 12.00 tgharila lebih kurang, pak supir (sporting hbs mamat ne tau!! Teruk kena buli ngan kitaorang) dah memang sedia menunggu, Alhamdulillah takdela buang masa ternanti2. Kitaorang tinggal 4N di Hotel Unik (ala tak ingatla ratenya berapa smlm, tapi berbaloi2la), bilik 101 untuk 3 orang. Ikutkan memang luasla, kalo korang nak guling2 dari hujung sana ke hujung sini no halla, korang mampu lakukan dengan jayanya :D. Breakfast disediakan, rasa pun sedap so oklah. Memandangkan kitaorang lepak di Bandung selama 5 hari, memang banyak giler pengalaman yang saya nak share, gambar2 yang memang best (time kasih EOS1000D ku sayang!) tapi sayangnya tak semua blh dishare disini sebab terlalu banyak gambarnya, tak laratla nak upload satu2, layan ajelah ye mana yg ada… :D
Mula2 kita citer pasal makan la yek. Perkara wajib yang perlu dilakukan. Gue tak boleh hidup tanpa makan! 5hari kat sana pelbagai jenis masakan/makanan yang masuk dalam perut nie. Mujur tahan kalo idak mau cirit-birit :D. Tapi korang jgn risau makanan kat sana memang superb sedap. Antara menu fav kitaorang gurame (bukan garume tau) bakar.tiap2 hari makan ikan nie, masuk hari ke 3 tekak saya tak boleh nak terima dah, bau pun tak boleh sebab saya rasa nak muntah so Yanti ajelah yang membelasah ikan ini dengan rakusnya :D . Seekor gurame bakar dalam Rupiah 37,000 bergantung gakler pada saiz. Hah, kat sini jangan lupa try tempe goreng tau (awek muda tu!). tempe di sana ngan sini memang ada bezanya, tapi memang sedap yek..seterusnya apa lagi yang best ekk, hah jus alpukat (kat sini panggil avocado) likat dan pekat, enak aje masuk ke perut. Pastu try rasa es kelapa sunda (saya suka banget), ala ini air kelapa yang dibancuh dengan susu pekat + gula kabung/merah dan ada isi kelapa. Memang sedapla..2x p Dapur Sangkuring air inilah yang saya pesan (x pandang dah air lain). Kitaorang try gak makan kat restoran makanan padang (sori x gambar, kamera kehabisan bateri). Kat sini memang puasla makan, sebab takde beza mcam makanan kat sini. 5 hari kat sana, kat sinilah saya belasah sampai 2 pinggan nasi, walhal lauknya Cuma sotong gulai, udang sambal petai (lain rupanya dari yng disni) dan ayam bakar. Paling syok makcik 2 orang tu p belasah otak lembu..hahaha~telur ikanlah yek (padan muka!!), mujurlah saya nie x makan benda2 yang pelik2 rupanya kalo idak eee tak blh nak bayangkan otak lembu tu masuk ke dalam perut saya nie… :D
Dalam banyak2 tempat makan yang saya p, restoran di Kg Daunlah yang paling best saya rasa. Suasana hijau sana-sini, ditemani bunyian air terjun, makan di pondok, bersila, memang santai habislah. Kalo dapat tido tu best woooo..sapa2 nak honeymoon memang sesuailah kat sini (pada sayala). Kitaorang makan nasi goreng dan pizza je, rate dalam Rupiah30,000 hingga Rupiah 100,000 ++la..atau kalo di tukar ke RM, dalam 10 hengget sepingganla nasi gorengnya. Okla, berbaloi dengan rasa dan suasana. Kalo dah lapar, tak kisahla harga berapa pun, betul tak? Kalo larat, boleh panjat sampai ke atas tapi tak koserlah, perut kenyang kitaorang pun blah dari situ terus ke strawberry farm…
Apa pun, kat sini korang kena beranilah mencuba, kalo idak kebulurlah, dah p tempat orang kalo tak pandai nak sesuaikan diri susahla (pada sayalah)...

dapur sangkuriang..
sambara..
kg daun...
pakcik met
masakan padang...
apam apatah, saya beli kat tepi jalan di kg daun..sedap tau..
apam malindo kot namanya..sedap, 7 keping 5,000 Rupiah...
0 comments