Trip To Bangkok Part IV

Monday, December 20, 2010

Adoiii, dua2 blog saya sakan bersawang..hehehe~Gua bzla..ngan examnya, ngan aktivit2 kat opis ne sampai takde masa nak update blog ne..takat singgah sat2 je..huhuhu~Jom layan sambungan pengalaman saya kat BKK tempohari (kalo sudi layanla, kalo tak sudi takpe saya paham :D)
Hari ke-3 bermula seawal 6.30am..Kali ini agak santaila sebab masa byk dihabiskan di dalam van yang sejuk giler dan kusyen yang empuk (mmg ubat tido terbaikla!). Van nie kitaorang minta pihak hotel yang arrangekan, 3200bth sewa untuk sehari suntuk...Driver memang baik cuma ada sedikit masalah komunikasi, tapi tak kisahlah bukan saya layan pun dia borak sebab keje saya membuta tak sudah2...hehehe~ Agenda pertama kitaorang haritu, floating market yang terletak 2 jam perjalanan dari kota Bangkok...

Inilah antara pemandangan yang sempat saya rakam odw ke floating market..matahari baru nak naik time ni..sorry gambar kurang menarik sebab saya snap dari dalam van yang sedang bergerak...Pemandangan tak ubah macam kat Penang la pulak..


Dalam perjalanan, driver stop kat kedai kraftangan berasaskan kelapa. Saya pusing2 jugala kawasan tu tapi tak beli apa pun sebab apa yang ada kat situ, ada jual kat M'sia ne...


Akhirnya, sampai ke destini yang diimpikan (ecewahhh), Damnoensaduak Floating Market. Hati2la di sini yek, takut kena tipu dengan pemilik2 boat..huhuhu (pengalaman ne!!) Info yang saya dapat di internet patutnya sewa yang dikenakan adalah utk satu boat bukan perkepala tapi kitaorang kurang bernasib baik, kena perkepala (amppehh tulla)..Tu pun derang dok tawar-menawar dapatlah 400bth perhead (giler mahai). Mengenangkan memang tingin nak naik, pejam matala keluarkan duit sebahnyak tu...huhuhu

Inilah suasana di floating market. Jangan ingat jalan darat aje boleh sesak tau, kat sini pun sesak dengan boat2 yang bersimpang-siur..Risau gakla accident ke apa2, tak pasal2 je nanti (x reti berenang).. Kat sini pun kena pandai tawar-menawarla..kalo tidak sure rugi punyalah...

Inilah antara wajah peniaga yang ada....Macam rupa kita2 jugakkan?

Setelah 1jam lebih ataih bos mengeliling kawasan floating market tu, kitaorang gerak ke Kanchanaburi..Odw ke sana driver singgah pulak kat pusat kraftangan (free katanya, tapi takde pun free huhuhu)..Memang halus kerjatangan derang ne. Kalo tak percaya sila tengok gambar di bawah ye...
Betul tak apa yang saya katakan?


Ada kisah utk 2 gambar di atas. Kitaorang request kat driver utk bawa ke restoran makanan halal..cewahh siap berangan nak pekena tomyam kong tu lagi hehehe. Kitaorang dah inform driver 'no pork'..Tapi mcm saya katakan tadi masalah komunikasi yang jadi penghalang; jadinya mcm ayam bercakap dengan itikla..ayam cakap lain, itik paham lain huhuhu~Driver singgahla kat satu kedai yang dia kata sedap kat area Kanchanaburi tu..Saya dah rasa tak sedap ati, memanglah 'no pork' tapi ada poster minuman keras terpampang kat warung tu..huhuhu~Then derang pun p la borak ngan owner warung tu, bla bla bla dan kitaorang putuskan ok makan kat situ...Minta menu sekali hah ko terpampang 'si hidung kembang' kat situ...Adoila, macam mana ye?huhuhu~kitaorang bincang sesama sendiri oklah, ambil nasi putih + telur dadar dan somtam (tu pun jenuhla nak kasi derang paham telur dadar tu apa. mujur dalam kamera saya ada gambar telur dadar yang saya snap di cili padi restoran). Inilah makanan pengalas perut kitaorang utk hari itu + serunding daging yang tasya bawa dari M'sia...Sedih tau huhuhu! Yelah kalo kat rumah tu, mak masak telur dadar punyalah merungut "balik2 telur dadar". Bila kat tempat orang, hah baru tau nikmatnya makanan seperti ini...

Kenyang semuanya then terus gerak ke Saiyok Elephant Park. Jauh jugakla tempat nie..Tujuan kat sini dah tentulah nak tengok gajah, takan nak tengok biawak kot huhuhu~ Kat sini, kitaorang naik gajah tau (giler bangga). Selalu tgk kat tv dan zoo negara aje alih2 dapat rasa berdampingan ngan gajah ne, rasa teruja ada, takut pun ada (saya dok bayangkan dia naik minyak je heheheh). Pengalaman pertama atas gajah, takut sangat2 sebab lenggok dia jalan tu macam sangatlah tak selamat lebih2 lagi bila part turun bukit (saya takut sgt kot2 dia tergelincir, habislahhh)..Tapi lama-kelamaan jadi seronok la pulak :D

Macam nelah rupanya kitaorang di atas gajah...huhuhu~seronoknya!! :D

Setelah puas berjimba2 ngan gajah dan dikawasan sekitar, kitaorang meneruskan perjalanan ke dead railway..hah, sapa tak tau tempat ne silalah buka buku sejarah yek...huhuhu~saya memang sukala part2 sejarah ne walaupun bukan ingat pun apa kisahnya hehehe~

Ok, inilah landasan keretapi maut yang banyak meragut nyawa utk pembinaannya. Landasan ne terus ke Myanmar (kalo tak silap saya) dan kalo nak jalan kaki macam mamat kat atas tu utk sampai ke hujung ambil masa 1 jam bak kata driver kitaorang...Takut jugalah sebenarnya nak berjalan atas landasan ne sebab kayu2nya banyak yang dah tak elok..Tapi kalo tak jalan rugila pulakkan?

1/2 jam kot kitaorang kat dead railway, akhirnya kitaorang gerak ke River Kwai utk tgk jambatan yang femes tu. Perjalanan dari dead railway ke river kwai ne agak jauh jugakla (x sure berapa lama sebab saya lupa nak pakai jam huhuhu), sedar2 dah sampai pun...

Inilah jambatannya...Masih kukuh dan punyalah ramai pelancong yang melencong di sini..Rimas sungguhla..Perkhidmatan keretapi ada disediakan untuk nak merasai pengalaman melalui jambatan nie dengan bayaran 300bth..Kitaorang tak naik pun, dan entahla masing2 macam boring je kat sini dan terus ambil keputusan untuk keluar aje dari kawasan tu dan terus gerak ke war museum yang berada berdekatan.

2 gambar nie adalah keretapi lama yang ada diluar museum. Kitaorang tak masuk pun sebab semuanya dikenakan bayaran tau!! huhuhu...bergambar sakan di sini then terus ke van untuk gerak balik ke Bkk...

Saya tak taula berapa lama perjalanan dari River Kwai ke BKK (sebab saya lena sungguh)..Tapi saya tahu memang lama sebab berapa kali saya bangun-tido tetap jugak tak sampai2..huhuhu~ Elok sampai BKK minta driver terus hantar kitaorang ke CPR untuk dinner (lapar tu) dan licin nasi goreng ayam yang saya order..Seterusnya dari CPR, singgah di PatPong lagi untuk shopping kali terakhir dan terus gerak balik ke hotel...Settle satu hari, sangat puas hati sebab impian dah tercapai...
* Bersambung...

You Might Also Like

2 comments

  1. nak naik gajah, naik perahu kat pasar terapung.

    somtam sedap x? kena cuba ni.

    ReplyDelete
  2. yeahh naik2, pasti takan menyesalnya...

    somtam memang best...nak paling best pekena sekali ngan tomyam kat restoran mak yah..sure lupa diri dibuatnya tau...

    ReplyDelete

Subscribe