Bkt Tinggi Part II (repeat)
Tuesday, March 01, 2011
Perjalanan kami untuk hari kedua sepatutnya bermula seawal 4.30 am untuk ke maninjau (inilah tujuan utama kitaorang ke sini); cekononnya nk tgk sunrise. Oleh kerana mimpi2 yang menghiasi tido masing2 begitu indah malam itu, ambik ko semua kesiangan. Sunrise ke mana apa ke mana hihihi~Sedar2 dah 6 lebih, terus capai towel dan mandi ala2 kerbau (sejuk!!). Settle semuanya, terus gerak ke maninjau dgn berpandukan sekeping peta yang kitaorang ambil di kedai sewa motor (nanti saya scan dan tempek kat sini); langsung tak membantu pun. Mujurlah uncle kat dahlia sudi bagi penerangan ke mana yang perlu kami tuju utk ke maninjau..tq uncle yang baik hati (bercakap ngan dia ne tak ubah mcm itik dgn ayam tapi masih boleh pahamlah). Kalo tak silap saya kitaorang gerak dalam 8.30am (lbh kuranglah).
Pada siapa2 yang teringin nak merempit ke maninjau, dari BT terus aje hingga ke Padang Luar (ada signboard Maninjau). Nanti akan jumpa simpang 4 dgn traffic light, masuk kanan. Kawasan ni agak bz sebenarnya sebab berdekatan dgn pasar. Jadi silalah buka mata seluas2nya agar tak terlepas simpang ne..huhuhu~ Bila dah masuk arah kanan ne, jgn risaulah akan tersesat atau apa, itulah satu2nya jalan nak ke sana..Keadaan jalan pun ok, selesa sgt2 dan terus aje memandu sampai ke hujung (jgn masuk mana2 simpang). Kiri kanan jalan memang best..sawah padi saujana mata memandang (skema giler ayat huhuhu). Memang cantik sangat2. Perjalanan utk ke sana mengambil masa 2 jam tapi kalo memanjang menyinggah sendiri mau ingatlah (macam kitaorang aritu, kematu montot dibuatnya, sat2 berhenti ambil gambar)..Nk tahu samada jalan yang korang ambil tu betul atau pun tidak, nanti nampak perkataan MATUR belah kiri korang..jadinya terus sahaja hingga ketemu dgn keluk 44..Oh ye, satu nasihat daripada saya jika tringin nak merempit ke maninjau..silalah lumur sunblock byk2 dan pakailah stokin serta kasut. Gara2 tak pakai krim, kulit kitaorang terbakar dan gelap sampai ke hari ini tau huhuhu~
Seumur hidup inilah pertama kali saya pegang padi..teruja sgt2..
*pengalaman di maninjau, esok2 pulak saya sambung...malas2!!
3 comments
Melur bukan ke sejuk tempat tu mcm mana kulit boleh terbakar mcm panas banget jer...
ReplyDeletemesti uncle x percayakan? percayalah uncle...
ReplyDeletekitaorang sendiri pun tak perasan..dah sampai hotel, bila tanggal sweater, tu dia, kulit mcm baru lepas kena panggang, merah dan pedih...
tempatnye sejuk, tp kna cahaya matahari blh rentung...hihihhi..UV
ReplyDelete