New Zealand : Part V

Tuesday, June 21, 2011

11 June 2011 : Te Anau - Milford Sound - Queenstown

Kami di Te Anau hanya semalaman. Bermalam di YHA Te Anau, rate NZD26/person; dorm for 8 persons + sorang minah salleh yang agak sombong dan berbau (x blh tahan, bau ketiak huhuhu). Berbanding dengan hostel YHA yang lain, di sini jauh lebih selesa dan luas.

Hari ke-5 bermula seawal 6.15am. Breakfast ringan2 aje kerana ingin mengejar masa untuk ke Milford Sound (perlu ada di sana dalam sebelum 11.45am). Jadinya makan ajelah apa yang ada, roti/biskut cicah milo dan sedikit nasi goreng yang digoreng oleh mofu; lepaslah dalam 3-4 suap seorang. Kami check out dari hostel dan bergerak ke MS dalam pukul 9.00am dan perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 2 jam (tu belum berhenti utk ke toilet dan bergambar huhuhu).
Antara pemandangan yang ada disepanjang perjalanan ke Milford Sound. Cantiknya tuhan sahaja yang tahu. Mirror Lake, dah kering airnya jadinya takdelah nak ber'mirror'2 di situ huhu~

Pemandangan lagi, cantikkan?


Homer Tunnel @ Fiordland, sepanjang 1219m. Pic ihsan En. Google

Untuk ke Milford Sound kami perlu melintasi Homer Tunnel yang agak menakutkan sebab gelap gelita (lampu yang ada pun, samar2 aje cahayanya). Kami tiba di Milford Sound dalam 11.00 lebih jugalah. Terpaksa berkejar ke jeti kerana cruise akan bertolak dalam 11.45pm, kalau tak silap kami ada 10minit utk berlari dari parking ke jeti. Layan ajelah pic, x tahulah nak cerita macam mana sebab pemandangan mmg superb! :D



cantikkan?

Saya tak sure berapa lama kami di atas cruise, apa yang pasti dalam 1.30pm kami bergerak keluar dari MS menuju ke Queenstown. Ada beberapa peristiwa yang terjadi tapi biarlah menjadi kenangan malaslah pula nak mengarang :D


Singgah seketika di pekan Te Anau untuk mengisi perut minyak. Beginilah rupanya pekan Te Anau, sunyi sepi tapi cantik. Saya jatuh cinta pandang pertama dengan Te Anau ne hihihi~ Setelah mengisi minyak, kami singgah di pejabat pos (kalau tak silap) untuk membeli poskad dan stamp. Setelah itu bergerak ke kedai serbanika yang terletak bersebelahan dengan stesen minyak untuk mencari fish n chip..harga utk satu set dalam NZD11. Masing2 menjamu selera terlebih dahulu dan meneruskan perjalanan ke Queenstown dalam 5.49pm dan tiba di Bumbles Backpackers jam 8.15pm..

Sedap woo fish burger ne

*bersambung utk hari ke-6

You Might Also Like

9 comments

  1. zilla, Bumbles Backpackers ni ok x? sbb sy terpikir nk duk sini just in case apartmnet yg nk sewa tu x available. dh email owner utk double-confirm tp senyap jek.

    ReplyDelete
  2. bumbles ok cuma saya tak berapa berkenan..hehehe

    ReplyDelete
  3. huyooo..bez nye...eeee double jelez nihhhhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  4. bdk2,
    aku kerja sini dulu...haha..my fave hostel. location wise bebetul ngadap tasik. ko bukak pintu guling2 je dah masuk dlm tasik. hehe..



    zilla,
    apa yg ko tak berkenan? tang mix dorm ke? cni mmg mix dorm..tp klu nak yg all female dorm pegi kat deco backpackers.

    ReplyDelete
  5. aku tak kisah pun pasal mix dorm..lebih2 lagi bila ada jejaka2 ensem :D x taulah kenpa, aku kurang sikitla ngan bumbles.

    ReplyDelete
  6. ramai kan yg hensem2 kat sana..aku rasa dlm byk2 aku jumpa..mostly org dari germany yg hensem2 tu. betul tak?

    ReplyDelete
  7. aku dpt gambar kat tunnel tu siap penuh salji :D nanti ku tunjukkan! :D

    ReplyDelete
  8. ya Allah cantik nye lake tu. kalah made in china.

    ReplyDelete

Subscribe