Jakarta : Part I

Friday, March 02, 2012

 
                                                          Map & choki2 - sahabat setia sepanjang 3 hari di Jakarta

"Mampukah aku???"

Itulah persoalan utama yang berlegar-legar diminda. Saya akui dengan apa yang saya tempuhi, travel solo lebih memerlukan keberanian dan menuntut kekuatan fizikal dan emosi - apa jua keputusan yang dibuat, kesannya akan kembali kepada diri. Keputusan ini saya ambil dalam tempoh 2 hari; tiket, hotel, semuanya saya perlu lakukan dalam tempoh masa itu. Gila!! Ya, saya akui ini memang kerja gila tetapi bila hati sudah tekad, niat perlu diteruskan. Alhamdulillah, dalam rasa ragu-ragu semuanya berjalan dengan lancar. 

Kenapa Jakarta?

Sebenarnya sudah sekian lama saya pendam impian untuk menyelusuri kota metropolitan ini dengan gaya saya yang tersendiri. Saya tahu atau sebenarnya terlebih tahu, Jakarta - syurga membeli-belah tapi sejujurnya saya tiada nafsu untuk itu. Saya travel untuk mencari pengalaman hidup dan cuba untuk melihat bumi indah ciptaan Ilahi ini dari perspektif saya sendiri. Pedulilah apa orang nak kata, yang penting niat saya, impian saya - tercapai atau pun tidak...

Saya tiba di bandara jam 8.00 am (9.00 am waktu M'sia). Seperti tidak percaya saya sudah dibumi asing - sendirian. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Dari Terminal 3 saya ambil shuttle bus menuju ke Terminal 1B. Di situ, saya perlu mengambil Damri Bus menuju ke Gambir Station dan terus ke Six Degrees Backpacker Hostel, di Jl Cikini Raya. Blurrr, itu yang saya lalui di Terminal 1. Based on map yang saya print, saya perlu menuju keluar dari airport untuk mendapatkan Damri Bus tetapi saya sedikit hairan apabila melihat terlalu banyak Damri Bus melepasi saya menuju ke destinasi yang saya sendiri tidak pasti. Saya pandang keliling, aduhhh mahu bertanya pada siapa ini??? Semuanya kelihatan terkocoh-kocoh dan tiba-tiba saya terlihat Information Counter. Ke sana aje dan mujur ada petugasnya. Alhamdulillah!!! 

"Maaf bertanya mas, di mana ya saya boleh dapatkan Damri Bus?? Saya mahu ke Gambir"
"..cross this road..busnya di situ aje.."

Lega sangat-sangat bila mendapat tahu saya tidak perlu menapak jauh untuk mendapatkan busnya. Ya, betullah seberang jalan aje. Sendirian di situ saya ditegur oleh bapak yang sedang menunggu bus untuk ke Kg. Rambutan. "Sendirian? Kuliah di sini ya.." dan bermulalah perbualan kami. Beliau beranggapan saya dari Acheh. Katanya loghat saya sepertinya saya dari Acheh. Ya, Acheh pun Achehlah huhuu. Hampir 20 minit menunggu, bus yang dinanti-nantikan pun tiba. Owhh, kelihatan busnya sudah dipenuhi dengan penumpang lain jadi saya perlu bergerak ke belakang untuk mendapatkan seat yang masih kosong. Bayaran sebanyak Rp20,000 dikenakan untuk menuju ke Gambir - itu lebih baik dari terpaksa mengorbankan at least Rp75,000 kepada taxi driver menuju destinasi yang sama - bergantung kepada macet atau pun tidak. Perjalanan mengambil masa 1jam 15minit kerana jalan agak macet dan saya habiskan masa dengan zzzzzzz (rehat, penat!!).

Dari stesen Gambir saya ambil ojek (motorbike) ke hostel dengan bayaran Rp25,000. Aduhhh, ini betul kerja giler. Entah siapa-siapa, saya boleh bonceng motornya. Dah separuh perjalanan baru tersedar, kalaulah dibawa larinya saya err tak ke haru (fikiran jahat ini). Perjalanan mengambil masa 10 minit meredah macet; ngeri tapi pengalaman baru buat saya yang penakut ini. Tiba di hostel, saya disambut baik oleh Rita, salah seorang pekerja di sana. Pada awalnya memang tiada bilik yang kosong pada  tarikh saya di sana (try untuk booking secara online2 hari sebelum pergi) tetapi saya nekad untuk tinggal di situ dan terus saya menyapa mereka melalui ym. Syukur, apabila saya dimaklumkan bahawa ada yang membatalkan booking mereka pada tarikh itu. Jadinya saya berjaya memperolehi single room dengan harga Rp170,000/night (saya ambil 2 malam sahaja). Harga tersebut termasuk breakfast. Apa yang  bagusnya di sini, ada disediakan dapur untuk memasak dan mesin basuh yang boleh digunakan secara percuma. Lihat di sini untuk lebih info -> six degrees

Saya tiba di hostel sekitar jam 10.00 am. Ya terlalu awal untuk check in. Tapi takpleh saya ingin tinggalkan aje beg saya di situ untuk bergerak ke destinasi seterusnya. Saya settlekan bayaran bilik kerana takut terguna duitnya dan saya minta Rita tunjukkan arah untuk ke Tanah Abang. Terus ke Tanah Abang? Iya, kerana saya sedar kalau saya ke sana waktu hujung minggu keadaan akan sesak dan saya perlu bersesak-sesak dengan pengunjung yang lain; satu keadaan yang kurang saya gemari. Di Jakarta, keadaannya sangat berbeza dengan tempat2 lain yang pernah saya kunjungi. Semuanya kena diambil kira agar masa tidak terbuang begitu sahaja. Simpan beg dan terus bergerak menuju ke bus stop.

Dari hostel ke bus stop mengambil masa 10 minit, agak jauh - saya tahu itu tapi bagus apa, anggap ajelah ianya sebagai satu senaman. Di situ saya ambil bus kopadja no. 52 (busnya berwarna hijau) yang akan membawa saya terus ke Tanah Abang dengan tambang Rp2,000. Sekali lagi saya blur "waduhhh, gimana gayanya TA itu ya". Sekali lagi, mulut tak boleh berat. Saya perlu bertanya pada mereka-mereka yang ada. Jadinya, saya beralih tempat dan duduk di sebelah konduktor bus. Berbuallah dengan konduktor bus dan bagusnya walaupun jarak antara bus stop dengan pasar TA itu agak jauh, dia hantar saya terus ke pintu masuk pasar itu. Terharu dengan susah payah yang diberikan. Pesanannya berkali-kali, apa pun jadi kembali semula ke bus stop tersebut dan ambil bus dengan no yang sama untuk kembali ke Cikini (turun di SMP 1). Baik bosss!!

Wahhh, luas rupanya pasar Tanah Abang ya, macam2 ada (maaf tiada gambar di sini, keadaan tidak membenarkan untuk saya menggunakan kamera - tidak mahu orang tahu saya pelancong). Sebelum apa-apa saya perlu membeli simcard untuk menghubungi teman saya di Palembang - kerisauannya mengalahkan mak saya. Saya beli simpati dengan harga Rp8,000 di salah satu kedai yang ada di TA. Lega bila dapat berhubungan dengannya. Sekejap-sekejap sms "mita, saya sesat.." berapa kali  tersesat pun saya tak tahulah huhuhu.

Di TA, ada macam-macam blok. Saya tak ingat saya singgah di blok mana; main cilok aje sana-sini tau2 dah sampai. Dapat apa yang dipesan oleh teman-teman saya ambil keputusan untuk kembali ke hostel. Sambil-sambil itu cuci-cucilah mata dengan keadaan sekeliling dan saya sambar 4 helai tudung dengan harga Rp13,000 untuk diri sendiri. Jadilah, sebagai kenangan. 2 kali berpusing sebab lupa tang mana jalan keluar hehehe. Bila dah tiba di jalan besar, tiba-tiba pula rasa pelik err macam mana pula tiba-tiba boleh muncul stesen keretapi depan mata saya. Berpusing lagi sekali sebab nak ingatkan semula jalan  yang saya ambil paginya. Pusing-pusing, rupanya betullah kedudukan yang saya berada. Cuma pagi itu saya tak perasan mengenai stesen keretapi tersebut.

Saya ambil bus yang sama dan diturunkan di SMP 1. Dalam bus, saya bersebelahan dengan ibu dan anaknya. Berbuallah macam bertemu teman lama dan waktu hendak turun disedekahkan sebungkus langsat buat saya. Katanya, hadiah. Iyalah bu, rezeki jangan ditolak dan saya tinggalkan diruang makan hostel untuk dimakan bersama-sama yang lain. Waktu ini, kebulur tak ingat dunialah. Lepas tinggalkan barangan saya bergerak keluar untuk mencari makanan. Singgah ajelah di warung yang ada, nasi padang (aduhhh, bosan weii dgn nasi padang!!). Untuk alas perut saya gagahkan jugalah untuk ambil nasi, seketul daging rendang dan pucuk ubi rebus dengan harga Rp15,500 dan terus kembali ke hostel untuk berehat (tertidur hingga jam 5pm). Gue capekkkk!!

Selepas Maghrib, saya ambil keputusan untuk ke Masjid Istiqlal dengan menaiki ojek sekali lagi, Rp20,000. Beria-ia driver ojek nak tunggu saya di masjid tapi saya tolak. Tak mahulah, entah berapa pula saya kena nanti. Jadinya, saya sendiri aje di masjid malam itu. Seketika, saya ambil keputusan untuk ke Jl. Sabang. Teman saya kata, di sini syurga makanan. Teruja mendengarnya. Kali ini saya ambil bajaj pula (Rp20,000), tiba di sana, dua kali saya berpusing sayangnya tiada satu pun yang berjaya membuka selera saya. Tak tahulah, selera makan tiba-tiba mati. Saya tahu saya perlu alas perut saya jadinya saya singgah di satu warung dan ambillah mee goreng, Rp14,000 (mahal lah pulak). Habis makan, pusing sekali lagi kawasan tersebut dan terus kembali ke hostel sekali lagi dengan bajaj, Rp20,000.Habiskan masa dengan menonton movie bersama-sama backpacker yang lain sebelum ambil keputusan untuk masuk bilik dan tidur..Hari yang panjang, penat!!!

You Might Also Like

18 comments

  1. sIS U TRAVEL ALONE???

    dasyat..hehe salute gila. =)

    ReplyDelete
  2. sy pun kalau ke indonesia lebih suka mengenali kehidupan di sana daripada pg tmpt2 shoppping...rasanya kat sana masih ada sesuatu yg dah tak ada kt tempat kita...susah nk gambarkan

    ReplyDelete
  3. Salam,
    1st time nk komen setelah brp lama tah jd silent reader.
    Sebenarnya dr bandara airport terminal 3 ada bus Damri terus ke stasyen Gambir.. mmg bus akan singgah ke terminal 1b sebelum ke Gambir. sekadar berkongsi maklumat ja la... xsbr nk baca ur travelog psl jakarta..

    ReplyDelete
  4. repunzel, owhh!!yupp saya sendiri aje ke sana..

    kira,saya rasa saya faham apa yang awak maksudkan sebab saya juga rasa perkara yang sama..

    Hanani, terima kasih singgah disni.sebenarnya tak semua bas damri terus ke terminal 3..ikut nasib.waktu balik pun saya kena trun di terminal 2 sebab derang tak nak masuk ke terminal 3 tapi oklah sebab shuttle bus pun byk..kalau tidak memang haru jugalah..

    ReplyDelete
  5. Salam Zilla..
    Wow! Nice story. I admire your courage and sincerity. Keep it up sis!

    ReplyDelete
  6. Salam jua buatmu, Niza..terima kasih untuk semangatnya :)

    ReplyDelete
  7. Wow kaka.... tak nak disamakan dengan mak kaka...udah tua kali,hahaha...
    Siapa yg tak risau punya kaka cantik jalan sendiri,hahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tua bukan sebarang tua, masih anggun mita hehehe
      owhh manis sekali ayatnya, hampir2 saya tergoda tapi bila dicermin diri ahhh tidaklah cantik mana pun hehehe

      Delete
  8. salam zila!

    moga selamat semuanya!
    saya kagum kamu mampu travel secara solo. mesti banyak pengalaman baru kan?
    saya pulak masih mencari kekuatan untuk jalan-jalan solo seperti kamu dan yg lain. Syabas!!!!

    ReplyDelete
  9. Salam PM...

    I'allah dan terima kasih.
    Ishh, awak tak perlulah nak kagum dengan saya.tiada apa yang boleh dikagumkan tapi tang pengalaman tu, memang agak berbeza dari trip2 sebelum ini.Saya doakan awak, satu hari nanti akan punya semangat utk try travel sendiri.Yakinkan hati, Allah sentiasa ada; awak pasti boleh, I'Allah...

    ReplyDelete
  10. syabas zilla tercampai jgak trip solo ......pengembaraan bermula update cepat.....x tahan mula2 gmbr dh ada gmbr choki dgn map buat bekai hahaa2.....klau sya nk p indonesia nanti bleh ambik petua kat zilla.......

    PENEJEJAK AWAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.buat masa ini mood mengarang elekkk.tak tahulah bila akan diupdate huhuhu.nasib baik choki2 hehehe kalau saya letak pic pop mie lagi haru hahaa..i'allah boleh aje.akan saya sharekan apa yang saya tahu di sini

      Delete
  11. wooow... from reading this, I've just known there's so many kind people in Jakarta, hahaha
    nice lah..

    ReplyDelete
  12. hello!!! saya akan ke jakarta juga minggu ini! just found your blog masa tgh surf for cikini to jakarta kota!! sgt happy sbb, basically stay @six degrees jugak!! sgt tak sabar :> thank you for your details explaination on the transport! :>

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi hazera.Alhamdulillah.kalau stay @ six degrees, don't worry about transportation.bus,angkutan,bajaj,ojek & train semua ada.paling bagus utk elak mecet ambil aje train..

      Delete
  13. salam..saya akan ke jakarta pertengahan julai nanti..nak tido kat six degrees jugak.err..kalo nak naik train bole sampai ke mana aja dlm jakarta tuh?

    ReplyDelete
  14. maaf, saya kurang faham mksd awk bgmana..tetapi saranan saya, kenalpasti tempat yang ingin ditujui terlebih dahulu then baru cari public transport yg bersesuaian..

    ReplyDelete

Subscribe