Winter Trip : Day 2 (Part II) ~ Tumuli Park, Gyeongju

Monday, February 24, 2014


 "Ini kubur ke busut..tingginya..."
 
Bukan satu, bukan dua..tapi banyyakkkkkkkk...Yup, Gyeongju memang terkenal dengan beratus tumuli (burial mounds) yang berselerakan di sekitarnya tinggalan dari Dinasti Silla. Ketinggian dan saiznya adalah berbeza-beza bergantung kepada status yang dimiliki.

Sedikit info berkaitan..

"Gyeongju (Museum Without Walls), located in southeast Korea, was the capital of the Silla Kingdom for 992 years (BC 57-935), the longest surviving kingdom in the history of Korea. Not only is it astounding that it was ruled by 56 kings spanning a period of almost a thousand years, it is equally remarkable that the kingdom of Silla originally started as a small tribal state and later expanded to occupy more than half of the Korean peninsula" [source : visitkorea]

Kami bergerak ke kawasan tumuli ini dari guesthouse selepas lunch. Nasib baik jugalah hujan lebat dari awal paginya tiba-tiba berhenti saat kami selesai menjamu selera di guesthouse. Jarak tumuli ini dari guesthouse tak jauh mana pun. Dalam 5 minit berjalan dah pun sampai.
 
Pokok-pokok ini sebenarnya mengingatkan saya kepada salah satu scene dalam cerita Harry Porter.  

Awas, jangan sesekali memanjat kuburan ini.

Batu nisan ini adalah satu bukti 'busut tinggi' ini merupakan sebuah kubur - cuma tak tahu ianya milik siapa.

Seterusnya kami bergerak ke Tumuli di Noseo-Ri. Baru aje memasuki kawasan ini kami ditegur oleh petugas di Information Counter dan beliau mencadangkan kepada kami untuk singgah di Daeneungwon Tomb Complex terlebih dahulu kerana di situ terdapat sebuah kuburan yang digali dan dibuka kepada pengunjung.
Bayaran masuk, 2,000 won/person dan waktu beroperasi dari jam 8.30am - 9.00pm. Terdapat 23 tombs dan yang paling terkenal adalah Cheonmachong dan Hwangnamdaechong
Cantik sangat tempat ini, tak tahu nak describe macam mana.
Kaunter untuk book pakej for Gyeongju Day Tour (10,000 won/person). Lokasinya terletak berhadapan dengan Cheonmachong.
 
Cheonmachong.

Tiada bayaran masuk yang dikenakan untuk memasuki Cheonmachong. Kompleks kuburan ini bertinggian 50 meter. Berdasarkan cerita daripada petugas, sewaktu kubur ini digali sekitar tahun 1970-an, mereka telah menjumpai lukisan 'kuda terbang' dan berbelas ribu artifak yang lainnya seperti tembikar, barang kemas, crown dan lukisan 'kuda terbang' itu sendiri. Semua ini dipamerkan kepada pengunjung di dalam Cheonmachong. Sayangnya, kamera tidak dibenarkan. Saya sempat jugalah curi-curi ambil gambar artifak yang dipamerkan tetapi tidak berani untuk dikongsikan di sini. Jadinya, kalau mahu melihat kehebatannya silalah singgah di Gyeongju.
Jom jalan-jalan di sekitar Daeneungwo - di sini kawasannya memang dikawal rapi dan pengunjung dilarang memijak kawasan berumput; follow ajelah trek yang disediakan. Sepanjang trek ini juga muzik dimainkan; emm agak menyeramkan bila kedengaran pada waktu malam.
Kawasan ini sangat luas, hampir 1.5jam jugalah kami di sini; itu pun tak pusing habis sebab tak larat.

Kalau masuk ikut pintu depan, untuk exit kami memilih pintu belakang (dah tak larat nak patah balik). Dari situ kami menapak menuju ke Gyeongju Culture Village.

*bersambung

You Might Also Like

14 comments

  1. lawanya kubur2 ni...xnampak seram langsung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain, memang tak seram pun..ramai je yang dok jogging, dating dan sebagainya di kawasan ini..siap ada sediakan bangku utk istirehat lagi....mungkin dek kerana itu, unsur2 keseraman tu takde (kecuali muzik yang didendangkan, mendayu2 hehehe)

      Delete
  2. cantiknya semua gambar ni.. memang tak de orang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai je syieda...tu pun jenuh menunggu line clear utk shoot...

      Delete
  3. Speechlessss cantik betul view kat sini lg autumn season kan nk maukkan tempat ni dlm list itirenary nanti :-)

    ReplyDelete
  4. Meriahnya warna daun2 tu semua. Memang langsung xde keseraman kan dek view yang tenang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tak caya je kan BB??nak kata awal winter, dah masuk pertengahan pun tapi suasana meriah mcm autumn .

      Delete
  5. you masuk north dak? i was under the impression cam you masuk, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm tak berjaya pun lily...wpun dgn bantuan local people pun masih juga tak berjaya..post kawalan sgt ketat...kami diarahkan berpatah balik di situ...so kalau nak masuk north memang kena ambil tour..tak boleh nak sebarangan masuk...

      Delete
  6. cantik tempat ni, macam tak percaya pulak ni kaw. prkuburan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dianya, nana..1st tgk pun dok teruja..cantik sgt dan tak sangka yg tinggi menjulang tu kubur hehehe

      Delete
  7. the second last pic was awesome. dusty pink. wow ;)

    ReplyDelete

Subscribe