Winter Trip : Kimchee Sinchon Guesthouse, Seoul

Friday, March 07, 2014

Asalnya saya booked di Family & Friends Guesthouse, Hongdae. Maklumlah masa tu berlima tetapi 2 minggu sebelum berangkat salah seorang dari kami menarik diri kerana mendapat tawaran kerja di HKL. Gigihlah dok mencari penginapan baru dengan harga yang terjangkau dengan ketebalan poket kami. Booked di satu hostel ne tetapi beberapa hari sebelum berangkat saya cancel.

Kenapa?

Sebabnya bila saya masuk website Kimchee Guesthouse, ada 3 branch yang offer harga promo untuk setiap bilik yang ada; Gangnam, Sinchon dan Seoul Station (kalau tak silap). Saya memang berhajat nak tinggal berdekatan dengan Hongdae. Walaupun di Hongdae sendiri ada branch tetapi tiada promo. Jadinya, saya pilih Sinchon. Majoriti yang tinggal di sini adalah pelajar dari universiti berdekatan so memang meriahlah kalau sesekali melepak dengan mereka ini dan bertukar-tukar cerita.
Perlu menapak dalam 5-10 minit dari Hongik Uni. Station, Line 2, Exit 4 menuju ke guesthouse.
Saya ambil 2 bilik (5 hari) untuk Twin Private Room dengan harga 19,000won/person (harga asal 25,000/person). Bab bilik, walaupun agak sempit tetapi saya selesa sangat-sangat. Sekurang-kurangnya saya bebas untuk solat. Untuk toilet/bathroom pula, macam biasa kena share. Takde maknanya bayar semurah itu untuk dapat private bathroom/toilet. Di sini juga ada simple kitchen, lepaslah kalau nak masak nasi dan lauk-pauk yang simple. Cuma jangan berhajat untuk memasak pada waktu puncak, jenuh nak tunggu giliran huhuhu.
Pada yang berhajat nak tinggal di sini, jangan terlalu berharap akan mendapat service yang tip top. Apa yang bakal diperolehi setimpal dengan wang yang bakal dikeluarkan. Extra kredit dengan lokasinya yang agak strategik; berdekatan dengan subway station dan convenience store. Nak dapatkan bekalan mentah seperti seafood, buah-buahan dan sayuran juga mudah kerana ada salah satu kedai di sini yang menjual bahan mentah ini dengan harga yang sangat berpatutan.

Kimchee Guesthouse

You Might Also Like

4 comments

  1. sepanjang kat sane.. ade jumpe geng runningman buat cast tak..??? hihihi.. :P

    ReplyDelete
  2. Kawan aku duk sini last week...review dia pun macam ko. Setimpal dengan harga. Xde nak tip top macam duk Hilton katanye. Compare ngan Hilton tu memang xmenahan kan.

    ReplyDelete
  3. heyy i just nak tanya if dekat dapur guesthouse ni ada stove untuk masak tak?

    ReplyDelete

Subscribe