Journey to heaven 2014 (Day 5 - Part I) : Dunedin, South Island

Friday, October 03, 2014

Journey to heaven 2014 (Day 5 - Part I) : Penginapan di Dunedin, South Island (AirBnB) - Review

Penyakit M dah datang, yeayyyyy!!


Nak share gambar aje boleh tak?? Seriuslah, malasnya nak mengarang. Lagi pun, untuk Dunedin ne tak berapa nak ada cerita pun sebabnya kami singgah di sini hanya untuk bermalam-malam semata-mata. Ronda pekan Dunedin sampai sesat-sesat semata-mata nak cari Otaga Universiti, nak bergambar dekat logo ajenya pun hehehe. Gigih tak gigihnya kami.

Seriuslah takde idea nak mengarang, layanlah photo bunga-bunga cinta sekitar Dunedin; nama pun spring kan?
Railway Station - teringat film Nothing Hill ;-)
Tak tahulah spesis apa ne..
Bunga lagi..spesis tahi ayam kot..bau tak sedap!
St Paul's Cathedral dan yang kelihatan di balik-balik ranting tu Dunedin Town Hall. Tengok dari jauh je sebab haritu dah p.

Gambar kami di Otago Universiti, maaflah tak boleh share kat sini.. Nak simpan untuk projek raya tahun depan hehehe

Seterusnya, kami bergerak menuju Signal Hill. Perjalanan lebih kurang dalam 30 minit jugalah dari city.

"Signal Hill Lookout is a particularly noticeable landform in Dunedin city, providing a view over the city, Otago harbour and out towards the Otago Peninsula. The hill is located North of the head of Otago Harbour and can be accessed via Signal Hill Rd through Opoho to the North of Dunedin city" [www.dunedinnz.com]
Otago harbour
Ne di sudut yang berbeza pula.

Tak sanggup nak berlama-lama di Signal Hill ne. Angin giler kuat, melayang badan dibuatnya hahaha. Tudung jangna cakaplah, habis senget-benget. Memang tak sanggup nak berlama atas tu, boleh kejung dibuatnya. Ambil gambar pun sekadar buat syarat sebab sibuk dok tak tahan ketar. Jomlah, terus ke Catlins untuk Nugget Point. Sejukkkkk, tak tahan. Sebelum itu kami singgah di Dunedin Botanic Garden, berkelah di situ.
Sejuk pun sejuklah. Syokk berkelah di sini hehehe. [pic : shaharul]

Jika kawan-kawan singgah di Dunedin, Botanic Garden memang wajib singgah. Serius cantik. Mabuk bunga kat sini. Boleh check dekat website untuk flowers festival yang selalu diadakan di sini. Lokasi Botanic Garden, sebelum Signal Hill. Maksudnya ianya berada dilaluan yang sama untuk ke Signal Hill.
Bersepah-sepah Daffodil kat sini..
Daffodils lagi, bezanya dengan gambar yang atas, warna dan kelopaknya.
Tak tahu bunga apa, spesis lili kot..
Magnolia - memula ingatkan ne bunga sakura. Nampak kecik tapi sebenarnya besar giler bunganya, berbulu dan tebal kelopak bunganya.
Azalea, nama seindah bunganya.

Perut dan kenyang, toilet pun dah terjah. Hati pun dah berbunga-bunga, kami bergerak menuju Catlins.

*bersambung untuk Nugget Point.

You Might Also Like

5 comments

  1. Ok..episod mari mengenal bunga,haha. Misi cari Lavender tak tercapai lagi ni..

    ReplyDelete
  2. bestnya picnic!
    baca entry nie tetiba teringin nak main game farmville....hihi

    ReplyDelete
  3. xtau pn nama bunga yg last skali tu azalea. igat bunga biase2 je. thanks for info

    ReplyDelete

Subscribe