Thailand 2014 : Polaan Apartment, Korat - Review

Thursday, January 15, 2015

Sebelum saya masuk bab Udon Thani, saya nak review dulu penginapan kami di Korat.

Korat tidak seperti di Bangkok, Chiang Mai dan sebagainya yang menawarkan penginapan bertaraf budget sesuai dengan kantung 'backpacker'. Pilihan di booking.com, agoda mahupun airbnb amatlah terhad dengan harga yang agak ditawarkan memang diluar kemampuan kami. Memang agak mencabar nak cari penginapan yang bersesuaian di sini. Pilihan yang ada, cari penginapan di pinggir bandar.

Polaan (Po-Lan) Apartment, kalau dalam web katanya 10 minit sahaja dari Thao Suranaree tapi takde maknanya. Memang terasa jauhnya lebih-lebih lagi di pekan Korat ini boleh tahan macetnya. Lupakanlah hasrat nak jalan-jalan 'dengan kaki' sendiri di sini. Kalau dari Terminal Bas Korat ke apartment ini dengan tuk tuk, tambang sekitar 100baht.
 Polaan Apartment, Korat (sorry gambar senget)

Satu perkara yang membuatkan saya teruja di sini, semuanya PINK! hahaa...

Perempuannya! Like berjuta kali hehehe. 
Ruangan untuk daftar masuk! 
 
Bilik
Ada 2 jenis bilik yang ditawarkan di sini iaitu standard room dan VIP room. Harga bermula dari 350baht hingga 799baht bergantung kepada bilik dan fasiliti yang ditawarkan.
 
Jenis-jenis bilik berserta harganya (sila buka kamus hehehe)

Kami memilih standard room 2 kerana itu ajelah bilik yang available yang ditempah melalui booking.com. Harga yang tertera 450baht/bilik tetapi ditambah itu ini, harga tempahan adalah 467baht/bilik.

Kemudahan dan service yang ditawarkan di sini memang terbaik. Kawasan apartment ini sendiri sangat bersih, kemas dan terjaga. Biliknya pula, memang luas. TV flat screen dengan pelbagai channel, free wifi, fridge (pink kaler ok!), aircond, balcony, almari pakaian, meja solek dan towel juga disediakan. Dengan wang yang kami keluarkan, memang sangat-sangat berbaloi.
Bilik kami; memang 'perempuan' sangat suasananya hehehe.
Kekurangan
Selain dari lokasinya (memang tak boleh buat apa mengenainya), tiadanya ruangan memasak memang agak menggusarkan kami. Microwave memang ada disediakan berhampiran kaunter daftar masuk tapi fungsinya memang terhad. Rice cooker memang ada tapi untuk pekerjanya sahaja. Misal kata nak guna, cakap elok-elok dan terangkan kepada mereka kenapa kita tak boleh nak makan makanan di luar sana. InsyaAllah, mereka akan bagi keizinan untuk menggunakan  rice cooker. Tapi jangan salah guna pula. Maksud saya, jangan pula guna rice cooker tersebut selain dari tujuan untuk tanak nasi. 

Jom jalan-jalan sekitar apartment.
Tempat lepak-lepak cuci mata
Kemas, kan?
Sunrise dari balcony bilik.


Alamat
56, Payuptit Road, Soi Payuptit 2
T. Nai-Muang, Nakhonratchasima City Center 

You Might Also Like

9 comments

  1. pink nya....lelaki hero kacak mesti tergugah hatinya masuk kemari...:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki hero kacak pasti berbunga2 hatinye melihatkan bilik yang indah seperti ini..pink tu..sapa yang tak suka? :-D

      Delete
  2. Pink..hehe. Bukan perempuan saja, Laki-laki juga suka lah warna pink ini Mbak Zilla...hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia..mas gunadi salah seorang daripadanya, kan? hehehe

      Delete
  3. Tak boleh ke masak guna rice cooker sendiri ? Saya suka bawa rice cooker kecil ke mana kita pergi ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bawa, boleh je guna...tapi kami tak bawa pun En.Khai..sebabnya kami ada bawa stove, gas pun ada beli..tapi sayangnya ada masalah sikit dgn kepala penyambung..tak berani nak ambil risiko...nak guna lilin askar tak berani pula kat sini..tu yang kami minta izin guna rice cooker mereka...

      Delete
  4. Pink!!! sya ok je ,lgi nyenyak tido....yg sedap tu makn nasi putih panas......dgn daging tu..

    ReplyDelete

Subscribe