Mynmar 2015 : Review Penginapan

Wednesday, July 01, 2015

Sebelum saya tutup perihal Mynmar ni, nak kongsikan dululah penginapan kami di sana. Ehh, cop! Sebelum tu saya nak bagitahu sesuatu. Emm...

Tujuan saya berblog adalah untuk berkongsi pengalaman hidup saya dengan harapan apa yang saya kongsikan mampu memberi manfaat pada orang yang membacanya. Mungkin ada beberapa perkara yang saya kongsikan di sini kadangkala tidak masuk akal dan agak 'salah' untuk dilakukan; ambil ianya sebagai pengajaran dan jangan lakukan perkara yang sama seperti yang dah kami lakukan. Jangan kerana kesalahan yang pernah kami lakukan itu sampai perlu melabel kami dengan sesuatu yang agak 'kasar' bunyinya. Nak menegur tak salah, saya terima dengan hati yang terbuka tapi ada caranya dan gunalah bahasa yang sedap untuk dibaca (saya yang membacanya pun takdelah terasa sedih dan sebagainya). Lagi satu, kalau nak bandingkan perjalanan kami dengan anda. Ya silakan. Tapi saya mohon silalah tengok terlebih dulu tarikh dan tahun setiap entry yang saya tulis itu. Jangan ingat nak hentam aje. Tak adil kot...

Ok, tutup cerita! Kembali ke cerita asal.

6  malam di Yangon, hanya 4 malam sahaja kami menginap di hostel dan guesthouse. Selebihnya, kami tidur dalam bas/train aje.  Untuk penginapan, memang tasyha yang uruskan sepenuhnya. Kami bertiga hanya setuju sahaja dengan apa jua pilihan penginapan asalkan bebas dari momok.

a) OSTELLO BELLO, NEW BAGAN
Ostello Bello
Lokasinya terletak di tepi jalan utama, New Bagan.

Kami menginap di sini hanya semalam sahaja dan bilik ditempah melalui booking.com. Macam biasalah, dorm dengan harga USD19 menjadi pilihan. Suasana memang best; tenang, bersih dan menarik. Bilik memang bersih dan luas. Untuk kami berempat dengan  bilik seluas itu, memang siap boleh guling-guling lagi atas lantai. Cuma yang tak bestnya, aircond ala-ala berfungsi dengan tidak. Dah macam duduk dalam saunalah pula, peluh jantan/betina semualah keluar. Toiletnya juga agak kureng; air bertakung setiap kali selepas kami menggunakannya.
Bilik kami, dorm untuk 4 orang.
Tempat lepak di tingkat atas. Bilik tu kami gunakan untuk solat (dengan keizinan).
Deconya yang simple.

Lokasi Ostello Bello ini betul-betul di tepi jalan yang menghubungkan antara Nyaung U dengan New & Old Bagan. Kiranya memang strategiklah dan kemudahan lain memang berada di sekitarnya seperti money changer, mesin ATM, kedai runcit, restoran dan sebagainya (tak larat kot nak senaraikan satu-persatu).

Alamat:
Ostello Bello
Thiri Sandar, Hkan Latt Quarter, Main Rd, New Bagan.

b) Zawgi Inn, Nyaung Shwe
Ini memang penginapan fav saya. Terasa macam berada di rumah lebih-lebih lagi dengan layanan yang diberikan oleh pemiliknya. Lokasinya 15 minit dari terminal bas, Nyaung Shwe. Untuk ke jeti pula, jaraknya lebih kurang 15 - 20 minit menapak ikut pada gaya lenggang masing-masing

Harga biliknya, USD22 untuk banglo termasuk breakfast. Emm, takdelah banglo mana pun. Sekadar gelaran aje. Biliknya seperti guesthouse yang lain, cuma di sini takde dorm. Jadinya, kami ambil 2 bilik di sini. Bilik memang basic habis sesuailah dengan harga yang ditawarkan. Kalau teringin nak air panas dan sebagainya boleh aje minta dari pekerjanya. Kalau nak beli tiket bas atau nak cari pakej pusing Inle Lake, boleh aje minta pemiliknya uruskan. Tak perlu nak susah-susah.
 
Dah macam taman bunga.
 
Banglo kami ;-)
 
Kami dapat bilik untuk 3 oranga dengan harga yang sama, USD22.

Alamat :
Zawgi Inn 
122, Nandawun Street, Nandawunn Quarter, 
Nyaung Shwe

c) Agga Youth Hotel, Yangon
Ini satu-satunya gambar yang ad untuk Agga Hotel.

Untuk Agga Hotel, kami book melalui AirAsiaGo yang kebetulan ada promo untuk hotel ini. Harga yang kami dapat, USD30 termasuk breakfast. Lokasinya memang agak strategik, kami jalan kami aje ke mana-mana. Cuma yang tak bestnya, keadaan biliknya yang super-duper sempit. Nak solat pun payah. Kami terpaksa mengecilkan diri dan solat di ruangan sempit yang ada.

Alamat :
No.86, 12th Street, Middle Block, 
Lanmadaw Township, Yangon 

You Might Also Like

8 comments

  1. Replies
    1. yupp...apa yang pasti org kat sana mmg pembersih tau..

      Delete
  2. Nape zilla? Sape yang tanye ko bukan2 nih?
    Nak ikut ko g travel pelis.. x penah ko nk ajak aku kan?
    next trip.. peliss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ne nak psiko aku ke apa ne? x penah ajak konon.cisss!!hahaha

      Delete
  3. thanks bagi info.. nak terjah next year..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh, good luck tau..agak2 boleh kirim tanaka tak? hahaha

      Delete

Subscribe