Rinjani 2015 : Day 1 ~ Sunset di Bkt. Pergasingan, Sembalun
Friday, July 10, 2015
Boleh tak kalau saya nak buat andaian, cuaca hari ini seolah-olah mengalu-alukan kedatangan kami ke desa ini. Apa yang kami saksikan sepanjang hari ini membuatkan saya kagum dan dalam masa yang sama terasa kerdilnya diri.
Khemah dah pun siap terpasang. Walaupun begitu, sayang nak lepaskan apa yang ada dengan melepak di dalam khemah semata-mata.
Satu perkara yang kawan-kawan perlu tahu, di sini anginnya tersangatlah kuat dan sejuk beku. 4 helai pakaian tersarung di badan pun masih tak mampu nak menepis kesejukan sekeliling. Khemah, memang kena pacak betul-betul sebelum diterbangkan angin. Di malam hari, bunyi menderu angin kedengaran agak menyeramkan; nak tidur pun tak berapa nak lena sebab terlalu kuat dan bising.
Aktiviti wajib di sini, dah tentu melayan sunset. Jadinya layan ajelah gambar yang ada.
Yang ini memang untunglah sebab badan sekeping, tu yang boleh melayang ke udara
Matahari semakin turun. Ok, sempurna sekali kejadiannya.
Dah senja waktu ne; kalau kat rumah ne memang dah kena perambat sebab senja-senja masih tergedik-gedik di luar.
Warna dilangit semakin berubah, cantik! Gunung Sengkareang, Gunung Agung dan di belakang sekali tu adalah Gunung Batur.
Hari semakin gelap dan suhu semakin sejuk; ketar dah time ne menahan kesejukan.
Pak Madil serahkan kepada kami secawan 'energy' (nestum) panas untuk menghangatkan badan.
Ini pula di sisi lain Pergasingan. Di balik bukit tu semuanya adalah lautan.
Hari yang semakin gelap. Syahdu sangat saat ini.
Zoom sikit untuk Gunung Agung dan Gunung Batur, Bali.
Selesai layan sunset, kami memang lari masuk khemahlah untuk selesaikan perkara wajib. Kesejukan melampau sangat dah saat tu, makan pun dalam khemah masing-masing. Kami tidur awal kot malam tu sebab tak sanggup nak berlama di luar. Yang syoknya siap pesan kat Pak Madil kejutkan saya dalam jam 3.00am sebab nak ambil gambar milky way. Sekali bila terjaga, buka pintu khemah terus frust. Mana taknya, bulan mengambang saat tu. Suasana keliling punyalah terang benderang, sebiji bintang pun takde huhuhu. Kecewa, tutup pintu khemah dan terus bergulung dalam sleeping bag.. Sambung tidur lagi baik.
* Ada mata air di atas Bukit Pergasingan ini. Larat dengan tidak aje nak menapak ke mata air tersebut.
*bersambung
18 comments
Cantik...
ReplyDeletelukisan alam memang takde tandingan..
DeleteWah cantik sekali ...sejuk tu ada mcm kt phu kradueng ?
ReplyDeletetakde maknanya..sejuk kat sini, mmg tak tahulah nak ckp macam mana..kena p dan rasai sendiri kot hehehe,
Deletewaaa bestnye
ReplyDeleteJangan lupa singgah di Pergasingan tau kalau ke Lombok
Deletepengsan tgk gambar O_o sangat cantikkkkkkkk
ReplyDeleteyana, jgn lupa bawa kamera hebat tu nanti tau..selfie byk2 kat sini hehehe
DeleteGmbar melompat yang sangat epic, terbaik, dah macm cover album dah pula =)
ReplyDeleteAmboi, epic lah sgt hahaha
Deleterindu sama sunset di bukit pergasingan...cantik...sangat cantik..mulut asyik menyebut..Subhanallah...subhanallah...subhanallah....angin kuat dan sejuk tu mmg x tahan...tido malam rasa cam khemah nk terbaang tetapi spt biasa...tdo tetap tdo mati haahahah
ReplyDeletekalau saya kedinginan ngak bisa tidur mbak JM. hebat Mbak JM bisa tidur dimana saja dalam keadaan bagaimana pun. hhmmmm
DeleteIndah banget gambar terakhir. Gunung Rinjani disebelah Gunung Agung disebelah Gunung Batur. Seperti sodara kembar 3 gunung itu. Mbak Zilla memang pandai ambil gambar. Keren.
ReplyDeleteTerima kasih mas gunadi..
DeleteCantiknye pemandangannye... pandai sis ambik gambar.. hidup..
ReplyDeleteterima kasih, LB
Deletesubhanallah cantiknya pemandangan suka datang dana baca pengalaman kat sini...salam kenal dari Suriaamanda..
ReplyDeleteSalam perkenalan, Amanda..terima ksih sudi singgah di sini...
Delete