South Korea Winter Trip 2015 : Day 3 ~ Suncheon Bay & Mt. Yongsan

Sunday, February 07, 2016

South Korea Winter Trip 2015 : Day 2 ~ Goindol Park & Songgwangsa Temple

Hari baru di Suncheon.

Perkara pertama yang perlu dilakukan hari ini adalah mendapatkan tiket bas ke Seoul gara-gara tiket train dah pun sold out. After breakfast dan menyiapkan  bekalan (nasi goreng) untuk satu hari ini kami terus check out dan menapak ke Suncheon Bus Terminal. Nasib tiket bas banyak lagi, kami langsung ambil bas jam 5.20pm dengan harga 21,300 won; harga yang sama untuk tiket train (Mugunghwa).

Dari bas terminal kami menapak menuju ke Jangcheon 6-gil untuk bas ke Suncheon Bay. Untuk ke Souncheon Bay dan Suncheon Garden perlu ambil no.66 atau 67 tapi bas no.67 dengan tambang 1,200 won.
Di Jangcheon 6-gil.

Perjalanan menuju ke Suncheon Bay tak jauh mana pun, dalam 20 minit dah pun sampai. Kalau tak tahu nak turun mana, minta aje driver bus maklumkan bila dah tiba di Bay. Bayaran masuk adalah 7,000 won/person. Waktu kami tiba di sini, orang punyalah ramai. Nak beli tiket bersesak, nak masuk pun bersesak, nak jalan-jalan dalam tu pun berganda-ganda sesaknya! Pendek kata memang serba-serbilah sesak!huhuhu
Pintu masuk - ramai giler pengunjung

Oleh ramai sangat pengunjung, kami ambil keputusan untuk menjamu selera terlebih dahulu. Sejuk-sejuk-dingin memang perut pun cepat je lapar. Dah settle semuanya dan keadaan sedikit terkawal kami teruskan langkah untuk explore tempat ini. Apa yang pasti tempat ini memang  luas giler dan saya saja lepaskan kekawan yang lain untuk buka langkah memasing dan berjanji untuk berkumpul semula di luar.
Cantik dan dah start teruja waktu ini.

Hari yang mendung dan berkabut; kalau langit biru mesti lagi cun tempat ini. Oh ya, kalau kawan-kawan punya budget lebih boleh cuba naik Eco-Tour Boat dengan harga 7,000 won dan dibawa mengelilingi tempat ini dalam sejam.

Jom ikut saya jalan-jalan di Suncheon Bay.
Susah nak dapat gambar tanpa pengunjung yang lain huhuhu.
Kalau nak tahu Suncheon Bay ini telah diisytiharkan sebagai salah satu dari tapak ramsar terbesar di dunia.
Emm,  layan ajelah.

Pertengahan jalan saya bertembung dengan CT dan Kak Ina derang suggest untuk saya cuba naik Mt. Yongsan. Katanya derang dah pun naik, cantik viewnya. Oklah nak juga try. Dekat signboard tulis cuma ambil masa 40 minit return, biar betul??
Yuk ke Mt. Yongsan
Kena lalu titi gantung ini

Trek untuk Mt. Yongsan ini sebenarnya simple. Cuma yang tak laratnya dari mula sampai akhir mendaki je kerjanya. Waaaa, mencunggap dibuatnya; patutlah sepanjang trek ramai je yang buat aksi 'pernafasan mulut ke mulut' *tutup mata. Huhuhu! Winter jaket awal lagi dah campak dalam beg; memang berpeluh sakan saya dibuatnya tengahari tu. Apa yang pasti hampir sejam jugalah menapak nak sampai ke Yongsan Observatory tu! Tercari-cari mana s curve yang femes tu. Tak kelihatan pun sebab air tengah pasang kot, entah! Ini kesimpulan yang saya buat sendiri. Kalau nak tengok macam mana bentuk curve tu, boleh singgah di blog kay dolce.
Couple ini memang dari awal sampai akhir buat aksi k-drama. Sakit mata & sakit hati. Tiap kali kitaorang nak pintas jalan mereka ini akan blok kitaorang tak bagi lalu.
S curve yang dicari tak kelihatan huhuhu.
Pemandangan dari Yongsan Observatory

Saya lepak kat atas tu dalam 20 minit je lepas tu terus gerak turun. Kali ini saya ikut laluan anak tangga pula (pastu nyesal). Sampai bawah terus cari yang lain, kami lepak isi perut di mart berdekatan pintu masuk. Perut dah kenyang, terus ambil bas kembali ke pekan Suncheon dan terus prepare untuk bergerak ke Seoul dan perjalanan dijangka mengambil masa 5 jam untuk tiba di Dong Seoul Bus Terminal.

*bersambung

You Might Also Like

11 comments

  1. Salam, bestnya......dah penat2 dpt cpr....

    ReplyDelete
  2. Lawanya tempat ni time autumn! Btw, saya first time tau wetland disebut ramsar dalam BM

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, kay? tapi frust sikit tak sempat nak singgah di Suncheon Garden..kitaorg hanyut kat Bay ne..sedar2 tgk dah suntuk sgat utk ke Garden huhuhu

      Delete
  3. Cantik sangat tempat dia nihhhh. 😍

    ReplyDelete
  4. Camni 10 kali pi pun xkan khatam kembara korea ni..waduuh ...sempot nekcik nak ikut zilla ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..sila repeat lagi dan lagi dan lagi nekcik :D

      Delete
  5. CPR? pengaruh drama tv la diorang ni...

    dah tgk kat blog Kay Dolce S curve tu, terasa nak pergi Korea lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah dianya Kay..terkujat jugalah mata dan minda saya melihatnya huhuhu..

      cantikkan time menghujung? so apa tunggu lagi, cecepat rembat tiket ke Korea hehehe

      Delete
  6. Suncheon Bay ni cantik bangat Zilla, Salute lah, every year tak miss gi Korea ni

    ReplyDelete

Subscribe