South Korea Winter Trip 2015 : Day 4 (Part II) ~ Macaron House & Miss Lee Cafe, Seoul

Monday, February 15, 2016

Sambungan dari South Korea Winter Trip 2015 : Day 4 (Part I) ~ Gwanghwamu Square & Gyeongbokgung Palace, Seoul

Dari Palace kami bergerak ke Bukchon Hanok Village. Tak jauh pun menapak, dalam 15 minit dah pun sampai. Sambil-sambil tu teruja dengan pelbagai jenis cafe yang dihias cantik sepanjang jalan menuju ke Hanok Village. Nak singgah tu takdelah sebabnya saya ne memang alah dengan bau-bau kopi. Dari sihat walafiat mau tumbang kalau terhidu bau kopi nanti huhuhu. Tiba-tiba mata tergoda dengan kedai menjual macaron; tak kira apa pun jadi nak masuk juga. Beli atau tidak, belakang cerita hehehe. 
Macaron House

Serius memang rambang biji mata; ikut hati semua nak try. Harga pula 900won/pc, murah giler tu. Kat KL pun orang jual dah berapa untuk sebiji macaron. Apa yang pasti memang sedap giler macaron di sini. Yang penting tak terlalu manis seperti kebiasaan yang orang jual. Menyesal pula beli sebiji aje, nak patah balik memang tak koser dah kot!huhuhu.
Gebus sungguhlah haih! Wajib singgah kalau ke Bukchon Hanok Village. Tak tau nak terang macam mana lokasinya, cari jelah sampai jumpa huhuhu.

Bila kaki dah mula memasuki Hanok Village, sekali lagi nafsu tergoda. Saya bagi cadangan pada kawan-kawan yang lain untuk try patbingsu pula. Kita 'salji' kan tekak memandangkan salji tak turun-turun di bumi Korea ini huhuhu. Saya bawa mereka singgah di Miss Lee Cafe. Beli se'periuk' patbingsu dan dimakan berenam. Hah, tu pun jenuh nak perabihkan. Apa yang pasti, memang sedap!
Miss Lee Cafe
Pelbagai pilihan menu. Emm..
Pilih jangan tak pilih
 Deco - penuh dgn sticky note. Sesekali tengok memang terasa kreatif tapi bila dah banyak sangat jadi macam serabutlah pula hehehe
Heaven weii sejuk-sejuk makan patbingsu
 Pandangan sisi - penuh dengan buah2an dan kekacang. Sila try kalau ke Korea 

* bersambung

You Might Also Like

6 comments

  1. mewah sungguh patbingsunya..*drooling*

    ReplyDelete
  2. Patbingsu..macam menarik lah pulak..camni nak kna pi lagi laaaa

    ReplyDelete
  3. Rice cake!!! Pernah try buat mujigae ddeok, sb terpengaruh cite Feast of the God, tapi rasa dia mcm putu piring... cari kat kedai korea sini tak jumpa, byk ddeokbukki je..

    ReplyDelete
  4. wajib makan Patbingsu nanti tau! walaupon mungkin akan koma kesejukan nak habiskan seperiuk ais tu berdua hehe

    ReplyDelete

Subscribe