2016 : Bukit Tabur East

Wednesday, March 02, 2016

Dah lama pasang angan-angan nak daki Bukit Tabur ni. Bila Hana offer untuk ke sana dengannya memang tak fikir panjang, terus on walaupun kesihatan tak berapa nak ok waktu tu. Gian punya pasal pun ye juga, maklumlah last mendaki tahun lepas.

Hana bagi pilihan samada Tabur East atau pun Far East; Tabur West memang takde dalam list sebab treknya yang merbahaya. Tamak, memang awalnya saya pilih Tabur Far East tapi bila Hana kata dia tak tahu trek so saya setuju aje dengan Tabur East. Apa yang pasti, jangan pandang rendah pada Bukit Tabur ini. Walaupun ketinggian cuma 275 mdpl, tapi treknya sangat merbahaya walaupun hanya East. Struktur batuannya kurang stabil, so berhati-hatilah sentiasa. 

Apa pun, satu nasihat saya untuk mereka-mereka yang berminat untuk mencuba Bukit Tabur utamakanlah keselamatan. Janganlah bawa perangai minah lampir mengilai-ngilai di situ; tak perlu nak happy sangat. Jangan sampai suka membawa duka nantinya. Pastikan bawa bekalan minuman/makanan secukupnya kerana atas tu tersangatlah panas. Pakai pakaian yang bersesuaian, glove wajib ada dan jangan lupa bawa first aid kit. 

Layan sedikit gambar yang sempat saya rakamkan di sepanjang trek Tabur East.
 Pemandangan sebahagian Lembah Klang
 Sebahagian view Empangan Klang Gates
Sisi lain empangan.
Di kejauhan, itulah puncak Tabur Far East
Genting Highland nun di sana
Dari puncak Tabur East
 Me

You Might Also Like

22 comments

  1. cantiknya..walaupun rumah dekat je, tapi tak pernah tau pun boleh dapat view camgini..selama ni asyik dengar nama Bukit Tabur je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. feeza,

      ada satu trek lebih santai..naik dari perkampungan orang asli di Kemensah..saya dah try trek ini, lebih simple dari Tabur East. view pun tak kalah menariknya..

      Delete
  2. Tak percaya ketinggiannya hanya 265 mdpl. Kelihatan sangat tinggi. Terlihat pemandangan yg sangat indah. Seperti pemandangan dari ketinggian lebih 1000 mdpl. Pemandangan yg keren mbak Zilla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mas Gunadi, saya tersilap..ketinggian sebenar adalah 275mdpl...

      emm, utk makluman mas gunadi di Bukit Tabur ini ada beberapa puncak. Terserah mahu yang mana cumanya, risiko tanggung sendiri kerna bukit ini agak merbahaya kerana strukur batuannya yang kurang stabil. cumanya view memang keren bangat mas..kiranya berbaloi pertaruhkan nyawa untuk keindahan yang tidak mampu terucap dengan kata2 ;)

      Delete
  3. Cantik sangat..nak cuba...anda sumber inspirasi saya...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi encik, sumber inspirasilah sangat, kan? hehehe..ingatkan encik dah pernah naik tabur; belum lagi rupanya...apa pun hati2 yang kalau ke sana..tak tahu kenpa, saya memang tak rekeman untuk ke sini...

      Delete
  4. One of my wishlist.. bilalh nak sampai..

    dok tabur milo je ni..

    ReplyDelete
  5. zilla...
    nak tny...bila masa zilla berehat?
    kita rasa zilla ni org yang aktif....teringin nak aktif gini
    tp badan xlalu dah
    hehehhee

    ReplyDelete
  6. Minggu lepas pun kami plan nak naik Tabur, tapi sbb terlupa pasal permit tu, tanak amik risiko, tak jadi la naik... btw lawa gambar header baru :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak naik west & far east mmg wajib kena ada permit, maklumlah kedua trek ini boleh dianggap sebagai extreme...apa pun kan kay, kalau ada pilihan lain p lah panjat gunung/bukit lain. bukan apa, tiap minggu boleh dikatakan ada je kes kat tabur ne..bahaya kot...utk east pun, saya tak sanggup.terasa nyawa di hujung tanduk je especially waktu nak kena buat rock climbing untuk ke puncak.

      Delete
  7. Memang nak naik one day insyaAllah. Berapa jam nak sampai puncak tu Kak? Boleh nampak satu KL katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, mudah2an satu hari nanti Ary bisa ke sini...

      Saya ambil 3j Ary untuk tiba di puncak + untuk ke puncak harus ambil giliran..maksudnya kena bagi orang yg ingin turun untuk bergerak dahulu then baru kita boleh panjat untuk ke puncak dan begitulah sebaliknya..bahayanya waktu rock climbing untuk ke puncak, takut dan seram...dari atas memang boleh nampak view KL, empangan Klang Gates dan hinggi ke Genting sana...cantik sangat Ary..

      Delete
    2. Thanks for the info Kak. :) Akak dah pernah pegi Gumuk Pasir, Yogjakarta tak?

      Delete
    3. Ary, akak tak pernah pergi lagi tapi akak tahu lokasinya di mana. Ary mau ke jogja?

      Delete
  8. Teringin nak naik...just nak tanye, diorg kate nak naik kena bayar, betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bayaran untuk apa tu? kalau ikutkan untuk naik tabur ne sepatutnya kena apply permit..utk permit ne yang kena bayar tapi takdelah mahal, dalam RM5 (kalau tk silap, dah lupa)..lain2 takde pula kena bayar kecuali kalau ambil guide, tu sah kena bayar

      Delete

Subscribe