Greentown Dimsum Cafe, Ipoh

Wednesday, March 23, 2016

Entry yang dah berkurun terperam.

Saya ne bukanlah pejalan cari makan. Setahun, boleh kira berapa kali je saya makan kat luar. Malas nak keluar, saya lebih selesa lepak di rumah jika tak ke mana-mana. Jadinya, pepaham ajelah kalau sesiapa yang minta saya cadangkan mana tempat makan best kat KL atau sekitar Malaysia ne sebabnya jawapan yang saya boleh berikan adalah "tak tahu". Kebetulan haritu ada follow geng travel blogger ke Ipoh (DJ, Dzu, Achik Smile, Azradiza dan kawan Dzu (maaf lupa namanya)) jadinya sempatlah layan tempat-tempat makan best sekitar Ipoh tu. Giler kembung perut dengan pelbagai jenis makanan; hancur diet gue! hehehe.

Dimsum memang antara makanan fav sayalah cumanya susah nak jumpa dimsum halal sekitar KL ne dan kali terakhir saya makan waktu di Xian tempohari. Jadinya, saya memang mengharapkan rasanya yang "wow" kena dengan tekak ini, kalau tidak harus keciwa lagi. Jadinya, jom ikut saya ke Greentown Dimsum Cafe, Ipoh. Untuk yang nak tahu. lokasi cafe ini adalah berhadapan dengan PTPTN, Ipoh. Kalau tak tahu mana letak PTPTN ni, minta tolong ajelah dari waze InsyaAllah pasti sampai dengan jayanya. 

Untuk pilihan menu, memang kami serahkan pada yang pakar untuk memilih mana yang sedap. Apa yang pasti memang semua sedap giler kecuali black pepper siew mai, tak berapa kena dengan tekak saya ini. Paling menjadi kesukaan saya adalah deep fried radish cake. Hah, ini kalau tak mengenangkan perlu berkongsi dengan lain memang boleh habis satu pinggan saya taram seorang hehee.

Rasanya tak perlu nak berleter panjang lebar, layan ajelah gambar yang ada..
Dari luar
Pada saya deco dalamannya agak serabut dan sempit tapi tak kisahlah janji makanan sedap
Menu
 Harga makanan di sini masih di kira berpatutan
 Greentown Milk Tea  (RM4.80) - rasa pandan dan sedap sangat
 Fried Prawn Dumpling (RM6.60/ 3 pcs) - pun sedap
Deep fried radish cake (RM7.00), Claypot Chicken and Egg Rice (RM10.00) dan Claypot BBQ Chicken and Egg Rice (RM10.00)
Chicken Siew Mai (RM6.60/3pcs)

Address:
Greentown Dimsum Cafe
10, Persiaran Greentown 4, 
Pusat Perdagangan Greentown 
Tel : 05-2552010
Waktu Operasi : 8.00am - 9.00pm (tutup Selasa) 

You Might Also Like

12 comments

  1. Omai sep la Zilla. Org dtg tepen pon aku tak reti nak rekemen makan kat man dok kat mana..haha aku makan kat umah masak sendiri..

    Ok dah tau port boleh makan kat ipoh. kekadang org tepen sukasuki jugak dtg ipoh, cari kelainan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ko pun lebih kurang aku rupanya..tu pasal kalau orang tanya, memang aku garu kepala tk tau nk tolong macam mana :D setakat makan kat foodcourt tesco, midvalley, alamanda tu bolehlah aku bantu ;)

      Delete
  2. sedap bangat ye zilla?? nk try la nnti bila blk kg

    ReplyDelete
  3. Salam kenal Zilla... Greentown Dimsum ni la juga satu2nya tempat di Ipoh yang saya pergi kalau teringin nak makan dim sum...btw, pau dia pun sedap..gebu dan lembut... ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal erny

      wow, from Ipoh with love kah ini? untunglah dok situ, rasa2 nak makan bila2 masa boleh p..pau pun sedap ekk? ok, noted..next time p boleh try..

      Delete
  4. Serious nampak sedal ... Tapi alaaaa jauh sgt dari saya :) , satu hari kena turun ipoh nak try cafe nie , tq share info . :)

    ReplyDelete
  5. emmm sedap ag yg makan dkt Xian tu.

    adoi, ttb teringat plak. sdpnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoi fieda, yang tu mmg mengamit memori betullah..tak boleh lupa air daging yang menitik keluar bila kita gigit kulit dumpling tu..aihh KL ne mana nak cari dumpling serupa laghu tu?

      Delete

Subscribe