10D 9N Thailand Trip : Menahan Kesejukan di Khao Kho, Petchabun

Thursday, April 07, 2016

Sambungan dari 10D 9N Thailand Trip : Sunflower Field & Pasak Josalid Dam, Lopburi

Kami tiba di Khao Kho ngam-ngam dah senja. Nasib sempat kejar sunset di sini. Cantik sangat-sangat, lupa sekejap perut yang dah kekejangan sebab seharian tak terisi dengan nasi huhuhu.

Buat kawan-kawan yang tak tahu berkenaan Khao Kho, tempat ini tak ubah macam Cameron Highland tu. Cuma ianya dalam versi yang lebih cantik dan lebih sejuk. Biasanya tempat ini memang tumpuan local, jarang sangat pelancong luar akan singgah di sini kerana perjalanannya yang jauh dari Bangkok dan akses untuk public transport ke sini sangatlah terhad. Jika dari Bangkok, kawan-kawan boleh ambil bas dari Mo Chit Bus Terminal ke Petchabun dan dari pekan Petchabun tu perlu ambil minivan (sangat limited, hari Sabtu dan Ahad memang bermasalah nak cari minivan ini) atau nak mudah, sewa teksi terus ke Khao Kho dengan perjalanan lebih kurang sejam.

Oleh kerana kami sampai awal (walaupun dah senja), Pak Long dan Pak Ngah turunkan kami di lookout point untuk layan  view Khao Kho. Cantik, berbaloi dengan perjalanan panjang kami hari ini. Sempatlah kami dok memborong sayur-sayuran di sini (itu aje pun yang boleh dibeli) untuk dijadikan stok untuk beberapa hari. Makanan halal? Nan-ado, ok! Tapi ada aje kedai yang jual pancake, crepe dan roti bakar (ala-ala roti bandung yang di jual di Jogja); kalau takde rasa was-was InsyaAllah boleh je beli untuk mengalas perut. Harga sekitar 200baht - 350baht.
 
Cantik sangatlah sunset di sini.
Nikmat apa yang kau dustakan?
Matahari dah takde, jom balik!

Puas memasing bergambar sakan, Pak Long dan Pak Ngah bagi arahan untuk bergerak ke tapak khemah. Emm, ingatkan jauhlah rupa-rupanya bersebelahan dengan lookout point, cehh kalau tahu boleh jalan kaki aja. Memang dari awal saya dah maklumkan untuk bercamping di sini dan lokasi perkhemahan memang Pak Long yang uruskan. Kenapa tak ambil guesthouse? Ok, alasan utama adalah mahal nak mati. December adalah peak season di utara Thailand. Jadinya, harga guesthouse cap ayam pun boleh mencecah hingga 3500baht - 4500baht untuk 2 orang. Serius, memang di luar budget awal saya. Oleh kerana itulah saya memilih untuk camping sahaja + kononnya nak lebih dekat dengan alam. Untuk harga sewa khemah pula (2-3 orang) sekitar 450baht - 650baht bergantung pada lokasi. Harga berbeza jika kita ingin berkhemah di taman negara; semua benda kena bayar (ini akan saya kongsikan di entry berasingan). Jadinya, terserah bagaimana pilihan kawan-kawan. Ingin yang selesa atau ingin mencuba sesuatu yang luar biasa. 

Kami tiba di tapak camping, tanpa sebarang khemah. Ingatkan sampai aja bolehlah terus campak diri dalam khemah tapi nan ado. Kenalah tunggu seketika untuk derang setup khemah dan sebagainya. Khemah dah ready, kami ambil keputusan untuk terus prepare makanan. Kebuluran-tahap-maksimum. Skill menghidupkan kayu api, memang dah berkarat. Nasiblah ada Pak Long dan Pak Ngah, mereka banyak menghiburkan tolong kami hehehe. Siap belajar macam mana nak sediakan dapur guna tin dan air hehehe. Satu masalah di sini, kayu apa memang takde. Kalau ada pun setakat ranting-ranting kayu yang kosong di dalamnya. Jadinya, nak tak nak kenalah beli kayu arang di kedai berhampiran dengan harga 50baht/pack. Itu pun jenuh nak hidupkan. Satu lagi cabaran buat kami, angin di sini dah macam ribut. Kenyang sungguh dan sejuknya tak tahu macam mana nak cakap. Kejung urat-urat saraf dibuatnya.
Pemandangan dari tapak khemah
Khemah kami. Walaupun nampak macam nak runtuh je khemah tu tapi dalamnya best sebab kami dibekalkan dengan selimut tebal.
 Beginilah keadaannya tiap kali nak masak dek kerana angin yang bertiup kencang - rindu pula bila tengok gambar ne huhuhu. [Pic : Aklima]

Dek kerana cabaran nak menghidupkan api, lewat jugalah kami makan malam tu. Perut dah kenyang apa lagi selesaikan perkara-perkara wajib dan terus layan mata. Niat nak layan milky way di sini turut hanyut bersama. Tak sanggup nak keluar dari khemah; sejuk yang amat! huhuhu. Nasiblah berhimpit dalam khemah jadinya bolehlah dok serap haba badan antara satu sama lain dan lena hingga ke pagi...

* Jangan pula ada yang confuse antara Petchabun dan Petchaburi; 2 tempat yang berbeza.

You Might Also Like

6 comments

  1. Replies
    1. takdelah encik..hati saya ne rapuh yang amat bebenornya huhuhu

      Delete
  2. Cantik..banget sunset nya Mbak Zilla. Subhanallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar mas gunadi..cantik bangat sih..saya suka serakan warnanya yang pelbagai..

      Delete
  3. cantiknya view. hehe seronok camping. lama dah tak khemah khemah ni, last zaman sekolah lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok tu memang seronok cumanya itulah, kalau bab selesa tu memang jauh kalau nak dibanding menginap di hotel hehehe...

      Delete

Subscribe