Vietnam Trip 2016 : Day 2 (Part I) ~ Menuju Mui Ne

Wednesday, September 28, 2016


7.00am, saya baru terjaga. Err otak tak boleh nak cerna lagi samada jam itu menunjukkan waktu di Malaysia atau pun di Vietnam. Saya capai handphone dan terus message Irdhi tak pepasal kena ceramah pagi tu hehehe..

"saya baru bangun.."

"cepatlah turun.."

"tak payah mandi..mandi di Mui Ne aje.."

"dah 7.15am ni..."

Bertubi-tubi message masuk, saya malas nak layan (ampun pak!). Saya capai towel dan masuk toilet untuk bersihkan diri. Walaupun tak sempat nak mandi sekurang-kurangnya dapat bersihkan muka pun dah memadai. Takkan nak keluar dengan muka yang sememeh dengan air liur basi, malu kot! Settle semuanya, capai tudung dan terus angkut beg turun ke bawah untuk berjumpa dengan Irdhi. Haih, baju tidur pun tak sempat nak tukar tau!

Dari hostel menuju ke Tam Hanh Travel, Pham Ngu Lao Street takdelah jauh mana pun. Tiba di sana, kami pula kena bebel dengan minah di kaunter sebabnya lambat datang dan bas dah pun bergerak menuju Mui Ne. Haih, siapakah yang bersalah? Dalam dok mengenangkan nasib, Irdhi bagitahu mereka selitkan kami untuk bas seterusnya yang berangkat jam 8.30am. Yeayyy, ada juga rezeki kami untuk menjejakkan kaki ke Mui Ne.
Menapak menuju terminal bas
Jom naik bas!

Perjalanan menuju Mui Ne mengambil masa sekitar 4 - 5 jam bergantung kepada jalan dan driver. Bertabahlah sebabnya driver memandu dalam 60km/jam sahaja tau; memang slow giler! Bas akan berhenti di satu hentian selama 15 minit sahaja. Lambat naik memang kena tinggallah.
Keadaan di dalam bas yang agak sempit. Kasut perlu ditanggalkan dan dimasukkan di dalam plastik beg yang diberikan dan sebotol air mineral diberikan secara percuma kepada semua. Untuk kaki 'tenet', dalam bas ini ada wifi percuma. Bolehlah online sepanjang waktu..
Ngam-ngam.

Kami tiba di Mui Ne dalam 12.++pm. Konduktor bas akan tanya setiap penumpang alamat hotel masing-masing dan mereka akan turunkan di lokasi berdekatan alamat hotel yang diberikan. Untuk di Mui Ne, kami menginap di Minh Hung Hotel yang terletak di Nguyen Dinh Chieu. Kami diturunkan di office Tam Hanh Travel dan langsung kami beli tiket bas ke Saigon untuk keesokan harinya. Dari office ini ke hotel cuma berjarak 500 meter sahaja.
Waktu keberangkatan bas Tam Hanh Travel menuju Saigon, Mui Ne dan beberapa lokasi lain.

September bukanlah waktu yang bagus untuk melawat Mui Ne kerana Mui Ne mula memasuki musim hujan. Kelebihan di sini kerana hotel banyak yang kosong dan misal kata kalau kawan-kawan nak walk in sahaja pun tidak mengapa kerana ramai penguasaha hotel yang akan lepak di pinggir jalan untuk mencari customer. Saya sendiri lebih suka membuat tempahan dari awal sebab tak tahu membuang masa mencari penginapan.
Minh Hung Hotel - bawahnya adalah kedai menjual spek mata

Harga bilik di Minh Hung adalah USD14/night. Murah sgt. Tempah bilik kecil sekali waktu check in dapat bilik besar (untuk 4 orang). Pemandangan dari bilik memang best giler sebab mengadap laut. Saya suka buka tingkap luas-luas nak mengadap ke laut, terasa tenang sangat jiwa (sambil layan running man).
Dapat bilik besar
Pemandangan dari bilik

Plan asal kami kononnya nak sewa motor untuk keliling Mui Ne tapi banyak perkara yang membantutkan angan-angan kami ni. Salah satu darinya adalah perihal cuaca yang panas giler (syukur cuaca baik waktu kami di sini), tak tahan weiii!! Setelah berbincang, kami setuju untuk ambil 1/2 day tour dengan harga VND120,000 (USD5) dengan pihak hotel. 

* bersambung

You Might Also Like

10 comments

  1. maafkan choco pie yang tertinggal tu ye....:D
    habis ken ceramah pagi tu sebab datang lambat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah takde rezeki, takpelah...ceramah tu berterusan hingga ke hari terakhir, macam mana tu? tapi lawaklah part kita 'gaduh-gaduh-manja' pasal 100k yang tak tahu mana hilangnya tu :D

      Delete
  2. menariknya kerusi sandar mcm tu dalam bas :D menarik jugak idea bas turunkan penumpang dekat dgn hotel, memudahkan kan.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada baik dan buruknya juga..apa yang pasti bila seat macam tu memang lena tidur dibuatnya :D bergantung pada travel company juga hanis..ada company yang turunkan penumpang di travel agensi untuk mereka offer tour dan sebagainya..

      Delete
  3. Hi zila..

    Boleh sy tahu di mui ne dimana awak amik pakej half day tu ye..thanks a lot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik yien,

      Ambil dengan hotel tmpt kitaorg menginap..kalau awk beli di agent yg bersepah mmg agak mahal harganya..apa pun baik awk survey dulu harga sebelum decide utk beli..

      Delete

Subscribe