Bkt Tinggi Part I
Saturday, February 05, 2011
27 Januari 2011
Alhamdulillah percutian saya ke Bkt Tinggi, Indonesia pada 27-30/1/2011 berjalan lancar. Pada awalnya mmg saya nak batalkan aja tapi kesian pula pada kawan saya dan maknya, jadi saya gagahkan jugaklah hati. Dengan menaiki AA, 7.50am dan sampai ke bumi minang pada 8.00am (beza waktu 1 jam) disambut dgn cuaca yang sangat baik. Kebetulan saya duduk bersebelahan dengan anak jati Padang so dalam tempoh penerbangan selama hampir 1 jam saya habiskan dengan berbual2 dgnnya sambil dok cari info yang berkenaan tmpt yg bakal saya lawati. Emm, beliau berselorah mengenai tsunami dan gempa, hati dah cuak "mudah2an Allah lindungi perjalanan saya".
Airport di Padang menurut pembacaan saya, ianya dibiayai sepenuhnya oleh Jepun...Airportnya oklah, tak la sebesar KLIA dan tak sesesak mana pun, selesalah rasanya..
Settle semua urusan di airport, masing2 merungut kelaparan. Yelah ko, pukul 5.00am dah gerak ke airport, pagi2 buter mcm tu manalah nak cari makan, nak makan pun tak lalu kot. So minta pak supir bawakan kami ke tempat makan, dibawanya kami ke Lanun Ombak. Saya order roti canai dan teh tarik; teh tarik lulus (sedap) tapi roti canai tak payahla order.Giler ranggup, macam makan keropok ikan je huhuhu
Suasana di Padang sebenarnya selesa sangat2. Maksud saya selesa tu dari segi keselamatan, memang rasa selamat sangat2. Terasa mcm berada di Malaysia aja, dan rakyatnya 99.9% adalah beragama Islam. Walau bagaimanapun, hati2 ajelah sebab malang tak berbau, betul tak? Kiri kanan perjalanan saya ke Bkt Tinggi, saya disajikan dengan pemandangan sawah padi yg memang cantik sungguh. Teruja sangat2 sebab seumur hidup saya tak penah lagi menjejakan kaki ke sawah padi ne, kesian kan? huhuhu~Padang-Bkt Tinggi mengambil masa 1 1/2 jam - 2jam perjalanan bergantung kepada keadaan traffic.
Bkt Tinggi sbenarnya diapit oleh dua buah gunung berapi iaitu Gunung Merapi (masih aktif) dan Gunung Singgalang (tidak aktif). Jadinya korang boleh bayangkan betapa suburnya tanah di sini. Selain daripada padi, senang sangat nak jumpa kebun2 sayur di sini, memang subur yang amatlah. Udara pun segar (kurang pencemaran). Sejuk pun sejuk (jauh lebih sejuk dari CH dan Genting). 4 hari saya di sini, sweater mmg tak penah tanggallah. Peluh pun tak keluar walaupun saya aktif bergerak ke sana-sini. Oleh kerana suhu yang dingin, hotel di sini mmg takda aircond tau..
Perut dah terisi, next destination Bkt.Tinggi atau lebih tepat lagi ke hotel penginapan kami. Sebelum itu supir singgah terlebih dahulu di Air Terjun Lembah Anai yang terletak di tepi jalan yang menghubungkan antara Padang - Bkt Tinggi. Menurut supir, airnya bagus utk awek muda. katanya sapu 3x airnya di muka sambil selawat. Saya tak buat pun sebab saya mmg kelihatan muda pun sebab sejuk sgt2, tak lalulah nak sentuh air huhuhu. Setelah masing2 penat berposing sakan, perjalanan pun diteruskan...
Singgah lagi (ayakkk). Kali ini kami di bawa ke Pusat Dokumentasi Minangkabau. Pertengahan perjalanan ke sini hujan la pulokkk, jadinya redah ajelah hujan huhuhu~ Nak masuk free tapi kalo nak try bergaya dengan pakaian pengantin minangkabau boleh aje (saya lupa berapa kosnya). Masing2 ambil keputusan untuk menyewa dan bergambarlah lagi (itu ajelah aktivitinya :P). 1/2 jam di sini, kami dibawa ke Restoran Pak Datuk untuk lunch. Menu, makanan minang. Saya makan sekadar mengalas perut sahaja, memadailah, Alhamdulillah (makanan dah termasuk sekali dalam pakej, kalo nak tambah lauk/minuman barulah kena hulur duit sendiri)
Emm, kalau dah ambil supir tu faham2 ajelah. Agenda/aktiviti memang derang yang tentukan. Kita ne ikut ajelah huhuhu~ So, odw nak ke hotel tu beberapa kali jugaklah kami berhenti dan dibawa ke kedai2 menjual kain/telekung dan sebagainya. Saya buat bodo ajelah sebab p bukan untuk shopping lebih kepada nak jalan2. Sementara derang semua dah shopping, saya lepak diluar kedai memerhati keadaan sekeliling. Puas hati, duit tak terusik :D
Sekali lagi kami dibawa singgah ke tempat makan. Kali ini gerai membuat bika. Apa itu bika? Ala rasanya sebiji mcm lempeng pisang (dah memang lempeng pisang pun). Cuma yang membezakannya dengan lempeng pisang di Msia, bika ini dibakar menggunakan kayu dari pokok kayu manis. Jadinya rasa dan baunya lebih harum dari lempeng kita..sekali lagi, kami makan sepuas hati, supir yang keluarkan ongkosnya.
Akhirnya tiba juga di hotel penginapan, Gran Malindo. Hotel 3 bintang aje tapi seperti 4 bintang kalau di Msia. Puas hati dengan layanan dan bilik. Cuma saya terpaksa share ber'3 manakala yang lain2 share b'2 sahaja. Takpelah, janji dapat duduk dgn geng sekepala, betul tak? Lagi pun bukan nak memerap dalam bilik 24jam, cuma malam je utk rehatkan badan, mandi dan solat. Kami diberi masa untuk merehatkan badan sebelum dibawa ke Pasar Atas utk shopping.
Beginilah keadaan di sekitar Jam Gadang dan pasar atas. Kurang minat shoppinglah kawan2, pic pun takde..Kalo tak silap saya, kami diberi masa 2 jam untuk shopping sebelum kembali ke hotel untuk rehat dan menantikan waktu dinner.
Dinner di malam pertama, masakan padang lagi (adooiii muak beb!). Kali ini dibawa ke Restoran Gong Raya yang terletak berhampiran Jam Gadang (kami jalan kaki je). Kenyang perut kembali ke hotel untuk tido (hari yang panjang)
*bersambung part II
5 comments
cantik2 gambar kat sini best
ReplyDeletezilla, bkt tinggi and padang dekat je rupenye... boleh pegi 2 tmpt skaligus la ni...
ReplyDeletebdk2,utk smp ke bkt tinggi kita perlu tempuh padang terlebih dahulu.airport pun dipadang.biasanya sapa2 yang ke sana, akan brmalam semalaman di padang dan baru gerak ke bkt tinggi atau mana2 yang mereka selesa.nak ke padang pula ke?hehee
ReplyDelete
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit, semoga kebaikan hati Tuan/Puan menjadi amal ibadah hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
huhuhuii....baju Minang tu sewa lbh kurg RM10.00....kepingin mau ke sana lagi...suka tgk sawah...
ReplyDelete