Bkt Tinggi (Part II)
Saturday, February 05, 2011
28 Januari 2011
Hari ke-2 di bumi minang bermula seawal 5.00am. Jadual di hari kedua sebenarnya agak padat dan disebabkan itulah kami dikehendaki bersiap awal pagi. Breakfast tersedia jam 7.00am, menu yang agak menarik disediakan oleh pihak hotel. Nasi goreng, telur hancuq dan teh o panas, inilah menu saya pagi itu. Di luar pula, hujan renyai2 turun tanpa henti dari malam harinya menambahkan kedinginan suasana.
Pagi yang indah...
Kami bergerak ke destinasi pertama kami iaitu kediaman Hjh. Rosma. Beliau dianggap sebagai tokoh kebanggaan warga minang kerana kejayaannya membimbing anak2 muda untuk menjadi usahawan yang berjaya hanya melalui sulaman dan oleh kerana itu jugalah sulaman yang dihasilkan dianggap eksklusif dan harga yang ditawarkan anggap tinggi berbanding di tempat lain.
Kawasan sekitar kediaman Hjh. Rosma. Lengkap dengan segala kemudahan.
Turut disediakan kelas buat anak2 muda. Bangunan di belakang adalah kelas manakala ruangan di hadapan dijadikan kedai menjual hasil2 karya anak murid beliau. Demo menyulam turut dipersembahkan kepada pelancong yang hadir.
Berkenan sangat dengan kebaya sulam biru ini. Cantikkan? Tapi harga pun cantik jugalah, tak mampu nak beli pun uhuhuhu.
Destinasi seterusnya Tabek Patah untuk melihat perusahaan pisang salai. Cantik tempatnya sebab terletak di lereng gunung.
Masih lagi di perusahaan pisang salai. Di belakangnya ada kebun kobis, teruja tengok kobis yang subur dan besar2 saiznya. Di sini terdapat cafe dengan pelbagai pilihan kopi dan makanan. Saya try kopi kayu manis dan pisang goreng (terbaiikkk!)
Hari yang panjang... Akhirnya kami dibawa ke Restoran Pondok Flora untuk dinner. Menu ikan sg bakar, saya tak makan ikan sg pun jadinya makan ajelah apa yang ada huhuhu~ Kali ini ada sate sapi. Sedap dan berbeza rasanya dengan sate di sini cuma agak liat :P
Kawasan di sekitar restoran. Cantik sebab dikelilingi oleh sawah padi dan kolam ikan air tawar. Beruk dalam gambar tu sangat menakutkan huhuhu~ Tengah syok2 snap pic itik2,boleh dia melompat kat belakang saya. Sakit wooo cengkaman kuku dia. Terjerit2lah saya dibuatnya tapi takde sorang pun yang datang menolong huhuhu~
Perut dah kenyang, destinasi seterusnya Istana Pagar Ruyong tapi istana ini bukan yang original. Istana asal habis dijlilat api beberapa tahun lepas. Oleh sebab itu, kami hanya mampu bergambar di luar sahaja kerana model istana ini masih belum siap sepenuhnya.. Di sini kena hati2lah sebab terlalu ramai peniaga yang datang mengejar. Rimas dibuatnya tapi nak buat macam manakan, inilah caranya untuk mereka mencari rezeki..
Saya sebenarnya takde idea arah perjalanan kami. Sedar2 diberitahu dah pun sampai di Tasik Singkarak tapi tak turun pun takat lalu je huhuhu~ Singgah sat pun sebab ada yang nak ke toilet kalau tidak jangan diharap.. Dari tasik kami ke Pandai Singkek untuk melihat tempat tenunan songket dan shopping..
Ngarai Sianok, betul2 terletak di seberang jalan hotel. Kami diturunkan di sini setelah balik dari Pandai Singkek. Masuk bukan percuma ye kawan2, ada dikenakan bayaran tapi semuanya dibayar oleh supir jadi jangan tanya berapa Rp.
Masih di kawasan yang sama iaitu Ngarai Sianok. Nak masuk Lobang Jepang ne pun kena bayar juga, takdenya free huhuhu...
Seketika di Ngarai, patah balik ke hotel dengan berjalan kaki sahaja. Rehat sebentar dan kami di bawa ke gerai Simpang Presiden untuk dinner. Yeahhh kali ini bukan nasi padang..lega perut!! :D
* bersambung untuk part III
2 comments
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit, semoga kebaikan hati Tuan/Puan menjadi amal ibadah hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
ms pegi rumah hjh rosma, pelajar nya cuti...msg2 balik kg...jd xdpr lah nk tgk demo buat sulaman..tp sulaman nye mmg halus..ye lah, hasil buatan tngan kan, x kn sama dgn buatan mesin auto...tp hrga blh tahan mahal...mgkn sbb high quality kot...
ReplyDelete