Bkt Tinggi (Part III)

Saturday, February 05, 2011

29 Januari 2011

Hari ke-3 di Bkt. Tinggi kami diminta bersedia seawal 8.00am kerana pagi itu kami akan dibawa menyelusuri Keluk 44 yang terkenal sebelum tiba di Danau/Lake Maninjau. Perjalanan kami pagi itu disambut dengan hujan renyai2, jadinya keadaan sekeliling teramatlah sejuknya. Menurut supir, perjalanan akan memakan masa hampir 2 jam sebelum tiba di Danau. Sangat teruja ok sebab sepanjang perjalanan mata dijamukan dengan pemandangan yang sangat menarik dan udara yang sangat segar tapi sayangnya kenderaan tak berhenti utk membolehkan kami mengambil gambar (biasalahkan kalo dah ambil TA, bosan!!).

2 jam perjalanan memang jauhlah, dengan keluk yang giler tajam issh hati dan fikiran dok bayangkan kalaulah bas terbabas dan terbalik, memang arwahlah masing2 huhuhu~ Tiap kali melalui keluk2 tu jugalah, makcik2/cik kakak2 dok terjerit2 sebab takut dan serius..Adehhlah, gua rasa nak sumbat aje mulut derang dengan kacang huhuhu~

Pic di atas diambil di Keluk 34 (kalo tak silap saya). Pemandangan dari aras ini memang sangat menarik. Bangunan minangkabau yang ada dalam pic tu dulu sebenarnya adalah hotel tapi dah ditinggalkan tanpa sebab2 yang diketahui (lupa nak tanya supir kenapa ditinggalkan kosong hihihi). Saya agak beruntung ketika ini sebab cuaca yang tidak begitu baik dengan angin bertiup agak kencang telah menyebabkan sulfur di dasar tasik timbul dipermukaan dan menghasilkan permukaan air yang sangat cantik tone kalernya. Sebahagian berwarna biru turquoise dan sebahagiannya berwarna dark blue..Subhanallah, tak tergambar cantiknya. Sekadar berkongsi info yang diberi oleh pak supir, sulfur biasanya akan timbul dalam bulan Okt. jadinya kami dikira lucky. Kenderaan supir hanya berhenti di Keluk 34 sahaja dan setelah itu perjalanan diteruskan ke rumah kelahiran HAMKA (menci, x singgah pun tepi tasik huhuhu)

Tak kenal sapa HAMKA? Harulah kalau macam tu..huhuhu~ Antara karya terkenal beliau adalah Karamnya Kapal Van Der Wijk (saya ada buku nie, buku yang bagus). Museum ini tidak dikenakan apa2 bayaran masuk, cuma kita boleh sedekah (tak kiralah dalam Rp @ RM) kepada museum ini untuk penambahbaikan. Museum ini dijaga baik oleh sepupu/anak saudara (kalo x silap, ingat2 lupa) arwah.

Dari atas, boleh baca tak pantun tu? Agak terkenal pantun tu sebenarnya by Sukarno (kalo tak silap saya), pic bawah tu pula, anak2 arwah yang kebanyakannya tinggal/merantau di Jakarta. Pic tengah, itulah Allahyarham HAMKA. Sebelahnya pula sepupu/anak saudara yang menjaga museum (namanya Pak Hamzah) dan pic dibawahnya adalah saat2 keranda beliau dibawa ke pusara, ramai giler yang mengantar jenazah (Al-Fatihah).

Sejam di Museum HAMKA, kami berpatah balik ke Bkt Tinggi, menci masih tak singgah di tasik huhuhu~ Cantik sgtlah tempat ne huhuhu.. Pelik dengan keadaan di mana, kebiasaan kerja2 dilakukan oleh kaum wanita. Satu persoalan, di manakah kaum lelaki? Mustahil skadar melepak di rumah :P

Odw ke BT singgah di satu tempat (ala tak x tahulah apa namanya), selepas Keluk 44.. Masing2 layan teh halia tapi saya dan kawan saya layan pemandangan sahaja.Pic di atas, adalah sebahagian pemandangan yang ada di sana...

Akhirnya tiba di Bkt. Tinggi. Jalan untuk masuk ke pekan Bkt Tinggi itu sendiri memang sentiasa sesak ok; wajah2 yang sempat saya rakam dari dalam bas..

 Layan ajelah..pekan Bkt Tinggi nie takdelah besar mana pun..pusing2 situ juga.

Finally, kami dibawa ke Restoran Kapau di pinggir pekan Bkt Tinggi. Perghh ini satu2nya tempat yang berjaya membuka selera saya. Bertambah dibuatnya. Harga jangan ditanya ye kawan2 sebab semuanya dah termasuk dalam pakej..Paling best, ikan kerapu goreng tepung..

Perut dah kenyang, kami kembali ke pekan Bkt. Tinggi dan diturunkan di Pasar Atas untuk shopping buat kali terakhir (diberi masa 2 jam). Saya takat pusing2 ajelah, lihat suasana sekeliling. Nak shopping? Tak koser dehhh.. Suasana di sekitar Jam Gadang memang happening dan saya rasa itu sajalah tempat yang ada utk penduduk tempatan mencuci mata huhuhu (mamat dalam 1st pic tu, ensem ok..nasib baik sempat curi pic beliau hihihi)

 Lagi di sekitar Jam Gadang...

Malam terakhir di Bkt Tinggi, kami dibawa dinner ke tempat yang special  iaitu Restoran Rumah Minang..Deco menarik, makanan pun best; segala2nya best disini (dan saya rasa harga pun sure best punya). Kami dijamukan dengan jus alpukat dan jus durian belanda (giler pekat, sampai sakit tekak dibuatnya.) Perut kenyang, berpatah balik ke hotel dan zzzzzzzzzz (perlu bangun seawal 3.30am utk ke Padang)..

You Might Also Like

2 comments


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit, semoga kebaikan hati Tuan/Puan menjadi amal ibadah hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  2. Ms sy pegi jerebu, x nampak tasik nye & kitorg pon x berenti kt tepi tasik tu...kt tepi2 tasik tu byk tmpt org bela ikan, x bpe bersih dah...tp pemandangan sawah padi mmg ohsem!!! x pnh tgk sawah padi batingkek2...

    ReplyDelete

Subscribe