New Zealand : Part VII
Friday, June 24, 201113 June 2011 : Queenstown - Arrowtown - Cromwell - Wanaka
Bangun tido selewat 7.30am; itu pun mujur ada yang mengejut kalau tidak tak tahulah jam berapa baru kami tersedar~ Macam biasalah kalau dah celik mata tu, lakukan perkara2 wajib yang dilakukan, x payahla citer ekkk korang tau sendiri ;-)
Destinasi kami pagi itu, Arrowtown. Yeayyyy teruja sangat nk p tempat ne gara2 Amazing Race. Walhal bukan ada apa pun, takat nak tengok post office je hehehe~ Kami check out dari Bumbles dalam 9.05am, singgah di pasaraya (lupa nama) utk beli stok makanan tambahan dan ke petrol pam. Jarak antara kedua2 tempat ini lebih kurang 21km, jadinya sat ajelah dah sampai..Layan pic ok, tiba2 takde idea nak mengarang...
Inilah post office yang saya maksud; digelar sebagai Post and Telegraph Office dibina pada tahun 1915. Emm serius, nape dalam Amazing Race mcam lain je rupanya huhuhu
Inilah dianya pekan Arrowtown. Seperti pekan2 lain yang pernah kami singgah, takde apa pun kat sini; pekan koboi. Kedai2 souvenir adalah 3-4 buah; kami singgah tapi tak beli apa2.
Perjalanan diteruskan ke Puzzle World tapi kami singgah di Jackson & Orchid di Cromwell untuk beli apple. 1st pic, tulah ladang apple; cantikla pulak bila tgk pokok2 tu disusun selari dgn ketinggian yang sama~2nd pic tu pulak, laluan utk ke ladang di bahagian belakang; daun2 semua dah gugur tinggal pokok yang togel sahaja.
Walnut tu sangat murah ok, 1kg baru NZD7.90. Apple tu pulak NZD15 untuk 5kg; masing2 pakat borong utk dibawa balik ke Msia..
Akhirnya tiba juga di Puzzle World, Wanaka. Senibina mmg unikla. Entrance fees NZD15 (great maze + illusion room)
Kembali ke zaman kanak2 hehehe~ 1st pic, sila uji tahap IQ anda! Nampak simple tapi sampai ke sudah tetap tak berjaya :D. 2nd pic, jgn tertipu dn imej2 tu..nampak timbulkan? tapi sebenarnya tidak. Cuba fikir macam manalah derang buat? hebat!! 3rd pic berkenaan dgn tarikan graviti. Nak muntah ijo + pening kepala masuk bilik ne..
Seketika di Puzzle World (x ingat berapa lama) kami meneruskan perjalanan ke Lake Wanaka. Tak jauh pun dari PW, tau2 dh sampai pun..Kami check in di Wanaka Bakpaka, hostel yang betul2 mengadap lake. Antara hostel fav saya nie sebab cantik dan selesa. Kami ambil 2 bilik, saya share bilik dgn tasya dan adik. Bilik pun cantik, jadinya malam tu tido teramat lena walaupun hati sedikit cuak setelah mendapat perkhabaran earthquake di CH..
*bersambung...
2 comments
lawa nye nz..nak msuk kan dlm travel waiting list la huhu..tix pi nz brape sis?
ReplyDeletekemang, ye sila masukan dgn kadar segera hehehe..tix dalam RM1600 kot, lupala pulak tapi ada yang dapat dlam RM500 je..apa2 pun kena rajin belek web AA la, ada je promo sila rembat dgn kadar segera :D
ReplyDelete