New Zealand : Part VIII
Friday, June 24, 2011
14 June 2011 : Wanaka - Omarama - Mt. Cook
Saat entry ini ditulis, saya betul2 rindukan NZ..skrg sepatutnya jam 7.30pm di sana dan saat ini, 14 hari yang lalu saya masih lagi berada di Dunedin, menahan sendu kerana lens cap hilang tah ke mana...arrrrggggh seksanya menanggung rindu huhuhu!!
Saya cuba nak habiskan entry NZ secepat mgkn sebab lepas ne tak boleh nak online sgt kerana terpaksa hantar pc masuk 'bengkel' :-(
Plan utk hari ke-8 sepatutnya kami ke Franz Jozef tapi atas sebab2 tertentu, plan terpaksa diubah. Saya pun tak sure sapa punya cadangan untuk bermalam di Mt. Cook tapi oklah, dapat jugak tgk Mt. Cook dari dekat. Kami bergerak keluar dari Wanaka Bakpaka jam 11.00am dan perjalanan agak santailah; takde terkejar2 masa mcm hari sebelum2 ini. Bab hotel, memang tasya dan mofu yang uruskan.
Lokasi pertama yang dituju sebelum terus ke Mt. Cook adalah Omarama; sebuah lagi pekan koboi. Sunyi sepi sungguh pekan ne, kedai adalah dalam 5-6 biji kot,sebuah petrol pam, balai bomba dan 2-3 buah hostel kot..Rasanya dari pic di atas pun korang tau macam keadaan pekan Omarama ne..Kami sempat masuk di salah sebuah kedai menjual souvenir utk mengabiskan saki baki duit..
Perjalanan diteruskan lagi, dan kali ini kami singgah di Lake Pukaki untuk ke information centre tapi sayangnya dah tutup. Jadinya masing2 ambil peluang utk ke toilet. Cantik tempat ne. Kebetulan masa sampai, matahari betul2 terpacak atas kepala, jadinya keadaan mmg terang-benderang dan cantikla (perasan tak saya asyik guna perkataan ini sahaja; tak tahulah mcm mana nak gambarkan keindahan yang ada).
Perjalanan masih lagi diteruskan (nampak sgt takde idea nak mengarang, asyik dok ulang ayat yang sama je huhuhu), kelibat Mt. Cook makin jelas kelihatan. Teruja2 hehehe~ Beberapa kali singgah di tepi jalan utk snap pic dan keadaan sekliling sangat sejuk dgn angin bertiup agak kencang...
Mt. Cook, walaupun teramat mustahil utk tawan puncaknya, dapat 'tawan' dalam pic pun kira dah oklah..skurang2nya ada gak buta 'saya dah sampai mt. cook' (eksenkan :D)
Inilah tempat persinggahan kami, YHA Mt. Cook.
*bersambung utk hari ke-9
5 comments
hai...nak tnya, banyak ka belanja pi NZ ni??
ReplyDelete:P
dalam RM1700 tidak tmasuk tambang flight
ReplyDeletemurah nye!! bole tolong itemize kan details tak?
ReplyDeletehuyyooo. murah gilaaaa? ish jelez niii
ReplyDeletemurah sebab p b'7, byk benda yg kitaorang share sama2 + pginapan pun takat hostel2 murh..
ReplyDeletekemang, awat nak jelez ye? hehehe